Bab 15 Misteri Terungkai

235 20 7
                                    

Nadiah dan Harraz bergerak seiringan ke bilik mesyuarat di IPD mereka, kali ini penjenayah tersebut hampir ditumpaskan, tiada lagi pembunuhan yang dikategorikan kejam dan tiada lagi penganiayaan terhadap jasad si mati, segalanya  telah terungkai. Di tangan Nadiah terdapat fail-fail laporan autopsi yang di ambil daripada Dr. Suria sebelum mereka bergerak ke ibu pejabat.

Semua anggota polis yang berada didalam bilik mesyuarat bangun ketika melhiat Harraz memasuki ruangan tersebut, tiada sebarang bunyi melainan helaian-helaian kertas yang diselak oleh ahli squad untuk mencatat segala keperluan mengikut ketajaman akal mereka tersendiri. Nadiah mengambil tempat duduknya setelah selesai menyediakan segala laporan untuk dibentagkan oleh Harraz.

"OK I guess semua dah tahu kenapa semua perlu berkumpul disini bukan? Setlah segala penat dan keringat kita,  hari ini akhirnyaidentiti pembunuh telah dapat dikenal pasti, terima kasih atas semua squad yang setia berkorban masa dan tenaga mengkaji kes ini sehinggakan penjenayah hampir ditumpaskan. Saya nak semua squad pastikan anak buah kalian dalam keadaaan bersedia memandangkan unit kita sedang cuba menjejaki mangsa melalui akses telefon bimbitnya."

Perbincangan dilakukan hampir setengah jam sebelum Harraz berpuas hati dengan  strategi yang dilakanakannya, jika ingin menundukkan ular, maka ikut tindak tanduknya, kerana ular akan merasakan bahawa dia seedan melihat dirinya, begitu juga penjenayah jika ingin ditumpaskan perlu bertindak mengikut caranya.

Harraz mengerling kearah Nadiah yag masih tidak berhganjak daripada kerusinya, perlahan-lahan pintu bilik mesyuarat ditutup semula lalu dia mengambil tempat selang satu keerusi daripada Nadiah. "Mayat Nadim telah dibawa ke makmal kita, Dr. Suria juga telah dijemput  untuk hadir ke makmal kita atas arahan pihak berkuasa" Harraz cuba memecahkan kesunyian, tidak rela dia melihat wanita dihadapannya ini dalam keadaan bersedih, entah apa yang dia fikirkan pun Harraz tidak tahu.

"Terima Kasih, pastinya Nadim gembira pembunuhnya hampir ditumpaskan, saya nak kembali ke rumah saya , saya ingin mengakes kedudukan pembunuh. Saya yakin dengan kelengkapan teknologi yang saya miliki dia dapat ditumpaskan, walaupun dia tidak akan disabitkan di bawah syeksyen 302 akta 574  tapi saya masih lagi dapat menumpaskannya" Nadiah tersenyum , senyuman yang cuba dimaniskan.

"Kamu tahukan kalau pihak mahkamah mendapati bahawa penjenayah melakuakn jenayah di bawah tempoh tidak sedar, dia tidak akan dihukum atau disabitkan dengan syeksyen 302 kanun keseksaan akta 574? Kamu tahukan seandainya dalam tempoh tahanan, Komisioner Jeneral mendapati bahawa tahanan mengamalami masalah mentel tahanan akan dipindahkan ke hospital mentel mengikut  seksyen 46 OrdinanKecelaruan Mental 1952?" Tanya Harraz dia hanya mahu Nadiah sedar dan menerima hakikat bahawa hidup ini bukan suatu pentas hiburan yang hanya mempersembahkan kebahagian.

"Saya tahu Tuan" getaran suara Nadiah dapat didengari Harraz, namun tiada apa yang mampu dia lakukan, Nadiah harus belajar menerima hakikat dan menerima segalanya dengan terbuka.

"Selepas pada kes ini, saya ingin bertukar kepada unit traffic, sayatidak mahu kehilangan lahi" Kata nadiah sebelum meninggalkan Harraz sendirian.

Kakinya dihayun laju menuju ke toilet yang berhampiran dengan kawasan tersebut, Nadiah meraup mukanya, airmata yang mengalir pantas diseka, dia tidak sanggup lagi menerima sebarang berita pahit mahupun melihat ahli keluarganya pergi, ia memeritkan.

Siren kecemasan berbunyi, Nadia pantas mengelap wajahnya belum keluar, pistol yang trselit kemas di capai sebelum keluar daripada toilet.

*****

Beberapa Jam yang lalu

I dah penat macam ni Rycca, I kejar you I tak dapat, I tak kejar you, and I tak dapat jugak, apa yang you pandang sebenarnya pada dia Rycca? Apa yang takde pada I ? Pipi Rycca diusap perlahan, tidak mahu menganggu lena yang baru menjelma, sepatutnya kesan ubat tisur yang diberikan telah habis, mungkin Rycca benar-benar keletihan.

"Aku nak korang pastikan dia tak keluar daripada kawasan ni, tiada siapa yang boleh tinggalkan tempat ni, aku ada hal nak diuruskan, pastikan tiada siapa yang menganggu aku, dan pastikan tiada siapa yang cuba masuk dalam kawasan rumah ni, kalau perlu bunh sahaja."

Falih terus menuju ke ruangan bacaan, ruangan ini dibina dengan indah, meja kerjanya membelakangkan tingkap yang memberikannya ketenangan semasa kekusutan melanda minda. Di kirinya terdapat lukisan-lukisan garisan yang hanya difahami oleh Rian akan ertinya, di ruangan kiri terdapat satu rak buku yang tingginya memenuhi ruang tesebut. Tidak jauh daripada pintu terdapat sofa berbentuk L yang sering dijadikannya tempat untuk melepaskan lelah, bilik yang bertirai hitam serta dihiasi perabot hitam menaikkan unsur casual dalam bilik tersebut.

Falih terus merebahkan badannya di atas sofa, lalu mencapai sebuah buku yang bertajuk The Dry karya Jane Harper, buku yang sering dibacanya walaupun sudah berkali-kali dia membacanya namun kerancakkan emosi menguasai dirinya tatkala menjiwai watak yang ditulis pengarang mendatangkan kepuasan kepadanya.

Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang sedang ketawa di meja kerjanya, bengang, bukankah sudah dimaklumkan bahawa tiada siapa perlu menganggu dia, dan dia tidak suka jika ada sesiapa menganggu meja kerjanya.

"Kau siapa yang duduk kat meja aku? And bukan ke aku dah suruh orang-orang aku supaya berkawal macam mana kau boleh masuk, lepas tu suka hati kau duduk dekat meja aku" Rengus Falih, dia malas untuk bangun, tangannya telah bersedia dengan pistol, tunggu masa untuk melepaskan tembakan kearah sasaran.

Falih mendengar esakan pula kali ini, mengapa dia menagis, siapa dia, aduh, Falih tidak sukamendengar rengekan manua, dia tidak uka melihat dan mendengar manusia menagis baginya ia sebuah kekusutan.

Falih terus bangun lalu menapak kemeja kerjanya, tidak mahu menganggu emosi si misteri, Falih terus mengabil tempat di tempat duduk tetamu.

Kerusi berpusing perlahan-perlahan, sebelum kelihatan seorang lelaki memakai kot hitam dan baju tertulis "BLOOD MOON", mukanya yang ditundukkan menyukarkan Falih mengecam lelaki tersebut tambahan pula topi yang disarungkan menutup matanya.

Perlahan-lahan lelaki tersebut membuka topinya dan melihat tepat kedalam anak mata Falih. 

Falih terdiam melihat lelaki tersebut, peluh mula membasahi dahinya, lidahnya seakan kelu, dadanya berombak ganas. Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis kearah Falih.

*************

Sorry Guys, late update, terlupa nak publish.... hahahaha...

Urm, minta jasa baik kalian untuk sedekah kan AlFatihah untuk cikgu author, Allayarham Cikgu Azman MatJusoh yang meninggal dunia pada 21.2.2018... Semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan orang" beriman. AlFatihah.

TO batch 00 all the best untuk result korang, and pilih lah pilihan yang baik untuk sambung study, cewah, author tak tahu nak amik apa, nak sambung apa, hahaha, sambungkan cinta dihati awak aci x? gurau".... 

jangan lupa vote and comment ok readers" tersayang...

IdentitiWhere stories live. Discover now