Bab 14 Ricin

266 22 0
                                    

Mayat sedang di bedah siasat yang dikendalikan oleh Dr. Suria, kali ini Harraz mengambil posisi yang agak jauh dari squadnya, dia inginkan sedikit ruang untuk berfikir, apa yang telah berlaku.

"Saya tahu Tuan teragak-agak macam mana saya boleh expect yang mangsa di racun sebelum di tembak bertubi-tubi dimuka sehingga muka mangsa hancur, dan saya juga pasti Tuan beranggapan bahawa saya ada kaitan dengan pembunuh, bukan ?" tanya Nadiah sambil menghulurkan secawan coffee kepada Harraz.

Harraz menyambut huluran tersebut, baginya Nadiah bukanlah seorang yang akan mengkhianati tugasnya, bagaimana pula kalau ini sekadar lakonan? Atau yang berada dihadapannya ketikan ini bukanlah Nadiah yang dikenalinya, akhirnya Harraz mengeluh.

"Saya tahu kamu akan jelaskan kepada saya, tanpa perlu saya bertanya"

"Kalau tuan lihat, muka mangsa hampir 90% hancur, muka mangsa tidak dapat dikenal pasti, identiti mangsa juga kita kenali berdasarkan fizikal mangsa dan wallet yang berada dalam pocket seluar mangsa, laporan autopsi akan mengesahkan teori saya." Nadiah menyandarkan badannya, penat dengan tuntutan kerja yang menggasak semenjak dia kehilangan adiknya. Hari ini dia hampir sahaja tidak mampu untuk meneruskan kerjanya.

"Saya tak tahu doktor, semenjak berlaku kes pembunuhan Nadim, saya tidak mampu untuk meneruskan kerjaya saya, setiap kali saya nak pegang pistol saya, tangan saya menggeletar, saya rasa takut dan sedih, dan tadi bila saya lihat keadaan mangsa ditembak dengan beberapa das tembakan sehingga muka mangsa hancur, saya ketakutan." Kata Nadiah sambil membuang pandang ke luar tingkap, matanya menjamah kawasan hijau yang dipenuhi dengan tumbuhan renek dan aneka warna.

"Saya tak dapat nak sahkan kamu adalah penghidap PTSD ataupun tidak, kerana PTSD bukanlah satu penyakit yang saya boleh senang rumuskannya, buat masa ini saya merasakan kamu adalah satu daripada penghidap PTSD, Post Traumatic Stress Disorder, jadi bagi mengesan masalah kamu, saya mahu kamu sentiasa berjumpa saya pada setiap hari Ahad, untuk saya tahu perkembangan kamu, boleh macam tu inspektor?" tanya seorang doktor yang tampak ayu dengan blouse berwarna dark purple dan seluar slek berwarna cream  yang sama dengan warna tudungnya, ditudungnya terdapat name tag tertulis Uzmana.

"Ok doktor, saya terpaksa pergi, dan pastikan tiada siapa tahu mengenai ini" Nadiah tersenyum sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Itu adalah keutamaan kami, data pesakit tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak tanpa keizinan pesakit, your privacy is our priority" kata Doktor Uzmana sebelum menghantar pemergian Nadiah, wanita yang kelihatan kuat fizikalnya, namun mempunyai hati yang rapuh.

"Nadiah, kamu dengar saya ke tak ni ? Haih, boleh pulak dia mengalamun waktu saya bincang pasal kes ni" rungut Harraz yang baru terperasan Nadiah sudah hanyut dalam emosinya.

"Hahaha, sorry" Giginya ditayang tanda meminta maaf.

"Saya dah dapatkan keterangan daripada stuff suspect daripada pegawai kita , ya baby shark doo doo memang antara lagu favourite dia dan projek latest diorang, jadi kali ini teori kamu betul, kita hanya perlu pastikan bahawa mangsa ada kaitan ataupun hanya pemalsuan identiti."

"Oo, rumah yang berlaku kes jenayah tadi, didaftarkan dibawah username palsu, dalam erti kata lain, nama didaftarkan tidak wujud dalam pengkalan data pendaftaran negara, saya dah akses tadi"

"Kamu ni laju sangat buat keje, bagus, kamu perlu bergerak setapak lebih awal supaya pembunuh dapat ditumpaskan"

" Tuan jangan risau, squad kita antara squad terbaik, kalau dulu Malaysia merupakan antara negara yang kurang kemajuan, kini negara kita merupakan negara yang mempunyai kehebatan dalam teknologi mengalahkan negara-negara terkemuka, dan polis kita merupakan antara polis dunia yang mampu menyelesaikan kes pembunuhan dalam jangka detik yang pendek" kata Nadiah dengan penuh bangga.

Identitiحيث تعيش القصص. اكتشف الآن