Bab 7 Amarah memuncak

327 18 0
                                    

"Aku bayar squad korang bukan untuk fikir apa yang berlaku! Settlekan kerja korang bukan berborak daripada tadi!"
Bentak Rian dengan nada yang tidak dikawalnya, dia melihat sekeliling mencari kelibat Rycca namun tidak menjumpainya.

"Ba... Baik Encik Adrian, Ka.. Kami buat keje dulu" serentak dengan itu Alex dan rakannya melepaskan pegangan dibahu mereka. Tanpa membuang masa mereka terus memulakan projek, mereka mengeluarkan barang-barang perabot didalam rumah, tirai putih berona hitam itu tidak di tanggalkan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan tidak dapat dihidu oleh manusia yang diluar sana.

"Aku ada dekat atas, kalau dah siap bagi tahu, takperlu kacau aku untuk sesuatu yang remeh, faham" dingin nada Rian melambangkan dia tidak mahu berinteraksi dengan mereka.

Alex hanya mengangguk faham, tubuh kecil milik lelaki berbangsa cina ini terasa suatu ketakutan dengan panahan sebentar tadi namun pantas diusir perasaan tersebut. Sejenis cecair berwarna putih dikeluarkan daripada beg peralatan, suhu rumah dipastikan berada pada suhu yang optimum.

Suhu dirumah berada pada suhu yang tinggi mungkin kerana pembebasan carbon dioxide daripada mereka dan haba badan manusia, sejenis peranti mudah alih pantas dikeluarkan dan diletakkan di suatu sudut untuk memastikan suhu kembali kearah normal.

"Kenapa termometer ni asyik detect bacaan tinggi je" Alex menggaru kepala apa yang menyebabkan termometer tersebut tidak dapat membaca bacaan yang sebenar. Mata dialihkan untuk melihat kearah termometer, bacaan ditelefonnya dibiarkan seketika.

"Aisy! Ni bukan masa mainlah! Kau nak kene lagi ke dengan mamat kat atas tu?" Alex cuba menahan suaranya daripada memarahi Aisy, mana tidaknya si Aisy boleh meletakkan termometer tersebut kedalam air panas yang digunakan oleh squad mereka untuk membersihkan peralatan sebelum memulakan kerja.

"Sorry bro, aku tengok kau buat kerja tak pandang kiri kanan, aku tahu kau dah start nak guna enzim tapi tengoklah dulu kami ni haa"
"Pukul 5 kau.. atas"

Alex terus menyambung tugasnya, setelah memastikan suhu berada dalam suhu optimum tidak terlalu panas dan sejuk bagi memastikan enzim lipase yang digunakan oleh mereka tidak nyahfungsi, dia terus memastikan kawasan yang dilitupi dengan darah sebentar tadi benar-benar telah dibersihkan.

Aisy terus melalukan Ultraviolet Ray keatas permukaan kawasan tadi bagi memastikan kebersihan di kawasan tersebut. Enzim lipase dibiarkan seketika sebelum mereka mencucinya, suhu lantai dan dinding memudahkan kerja mereka tanpa perlu risau akan keberkesanan pencucian.

Sejenis cecair dituang untuk memastikan tiada kesan darah di tinggalkan jika pihak forensik melalukan pemeriksaan. Sekali lagi Aisy melakukan kerjanya melalukan sinaran tersebut. Setelah puas dengan hasil kerja mereka, perabut yang baru tiba di angkat masuk dan disusun seperti keadaan asal, langsir ditukar dengan berhati-hati untuk memastikan tiada kesan darah yang akan bercampur dengan bahan kimia lain menyebabkan mereka terpaksa mengulang kembali prosuder kerja mereka.

Gambar diambil sekali lagi memastikan tiada apa yang berubah. Tiba-tiba jeritan suara Adrian menyebabkan mereka tersentak. Alex terus berlari menuju ke pintu bilik Adrian lalu mengetuknya. Jawapan dingin yang diberikan menyebabkan lelaki tersebut turun dari kawasan atas sambil mengangkat bahunya apabila ditanya mengenai kejadian diatas. Ya tiada siapa yang tahu punca Adrian menjerit.

Mereka telah siap melakukan kerja segala bahan telah dikemaskan dan diletakkan kedalam kereta, dua tiub cecair disimpan didalam beg bagi memastikan kewujudannya tidak diketahui oleh teammate yang lain. Belum sempat Aisy dan Alex keluar dari rumah Adrian, mereka merasakan ada sesuatu yang menyentuh kepala mereka.

"Letakkan dua tube tu atas lantai tanpa berpusing, atau otak kau terburai dekat sini"

Alex dan Aisy meletakkan dua tube kecil darah dan cecair di kawasan kejadian diatas lantai. Siapa pemilik suara yang berjaya mengesan kegiatan mereka, bukankah Adrian sedang tidur.

"Berambus, Adrian mesti akan kecewa dengan tindakan korang, pergi!"

Kedua-dua mereka terus mendapatkan kereta squad mereka diluar, anehnya situasi tadi, tiada siapa yang mengetahuinya, bagaimana dia boleh dikesan. Semuanya menimbulkan tanda tanya kepada mereka berdua.

--------------------------------------------------------
"Kami dah siap lakukan penyiasatan, segala bukti kami dah kumpulkan, kerja-kerja pembersihan akan dilakukan oleh mereka", sambil menunjukkan kearah squad cleaner yang bernaung dibawah syarikat gergasi kerajaan.
"Jika Encik Adrian ada apa-apa masalah boleh refer semula pada kami" CIP Harraz memotong kata-kata Inspektor Nadiah.

Pegawai peribadi Rian meninggalkan mereka, Nadiah dan Harraz jalan beriringan menuju ke kawasan yang agak jauh daripada ahli yang lain, Nadiah tahu ada sesuatu yang membawa tuannya kemari, adakah ini merupakan kesinambungan daripada kes pembunuhan terdahulu?

"Jom ikut saya ke pejabat saya, saya nak awak bantu saya, seperti ada sesuatu yang saya tertinggal di setiap kes."
"Baik Tuan"

Harraz memandu keretanya ke pejabatnya, pejabat yang diberikan oleh pihak polis untuk dia melakukan penyiasatan mengikut caranya tersendiri, tiada satu pun penyiasatannya gagal namun kali ini kecekapannya dicabar, kesabarannya direntap, kewarasannya diuji hanya dengan permainan si pembunuh.

Nadiah masih di rumah Adrian untuk memastikan pasukannya berada didalam keadaan baik, dia tidak mahu kes berulang dimana suspek menyamar menjadi polis, dia mahu keadaan sekelilingnya terkawal.

Di Pejabat Harraz

Harraz terus menyambung penyiasatannya sekali lagi, ada sesuatu yang perlu dia fikirkan dimana bermulanya semua ini. Kronologi pembunuhan di susun satu persatu, segala-galanya diluahkannya diatas papan tersebut.

Lagu Havana menggangu fikirannya, Harraz terus mencapai telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Harraz... Penat ke fikir cara kerja aku? HAHAHAHA... kau kan pegawai polis yang hebat, takkanlah jenayah kecik macam ni pun kau tak boleh handle"

Dalam masa yang sama Harraz terus mengaktifkan komputernya, dia cuba mengakses kedudukan si pemanggil.

"Shhh, Harraz aku tahu apa kau buat, kau tak perlu akses kedudukan aku, sebab aku betul-betul depan pintu bilik kau, depan ni je"

Harraz terdiam lalu cuba untuk bersuara, namun peti suaranya tidak mengeluarkan suara, dia mencuba sekali lagi.

"Alololo, comelnya Harraz nak bersuara ya sayang, HAHAHA, aku ingatkan teknologi kat tempat kau ni up to date, tapi sayang, kau pun macam sampah, bagi aku jelaskan sebab kau tak mampu bersuara, Urmm... Nampaknya inspektok kesayangan kau tengah nak ke sini, dont worry aku tak sentuh dia"

Panggilan dimatikan dan Harraz terbaring sebelum matanya terpejam rapat. Segalanya menjadi gelap Harraz cuba untuk bangun namun dia menemui hampa.

"Nadiah, saya nak makan, awak teman saya makan sekejap" kata Harraz kepada Nadiah yang baru sahaja melangkah ke anak tangga terakhir.
"Baik tuan call saya dari tadi, penat tau panjat tangga hari ni"
"Hahaha, kamu akan lebih penat nanti" Harraz hanya membalas dengan satu ayat yang menyentak naluri penyiasatan seorang wanita dihadapannya.
"Tuan saya nak tinggalkan phone kat pejabat tuan boleh tak? Phone saya battery about to die lah, semalam lupa nak charge."
Harraz hanya mengangguk dan memberikan senyuman yang penuh makna sebelum meneruni tangga.

Nadiah berjalan lalu memulas tombol pintu bilik Harraz, pelik lelaki ini tidak pernah meninggalkan meja dalam keadaan bersepah, tapi kali ini.
"Tahu lah lapar, meja pun malas nak kemas, phone office dia tinggal lepas tu nanti mulalah, kunci kereta tak ambil, dah kenapa dia ni"
Nadiah membebel sebelum dia dikejutkan  dengan situasi dihadapannya.

POLIS 0 PEMBUNUH 1
0-1
HAHAHAHAHAHA

Nadiah terdiam melihat keadaan di depannya, dia keliru, perlahan-lahan dia melangkah ke arah meja Harraz. Lagu DNA membuatkan Nadiah tersentak lalu terus melangkah keluar, dia tidak sanggup melihat keadaan didalam bilik tersebut.

IdentitiWhere stories live. Discover now