Bab 11 Rahsia Logo

245 22 1
                                    

Harraz terdiam melihat pemandangan yang menyapanya, Adam Adrian lelaki yang penuh dengan kekemasan kini terbaring lemah dihadapan muka pintunya, bibirnya pecah seolah-olah diberikan daya yang kuat dimukanya, baju nya terkoyak, badannya berlumuran darah.

Harraz terus membawa Rian kedalam dan meletakkannya di ruangan bilik tetamu, kelibat Nadiah dicarinya, wanita tersebut hilang dari tempat pembaringannya.

Harraz terdengar bunyi seseorang bersuara, doktor peribadinya telah tiba, dengan siapa dia berbual, Harraz mengusir jauh persoalan tersebut  lalu dengan segera memanggil Nadiah dan doktor tersebut ke kamar yang terletak jasad Adrian.

"I dont know apa yang berlaku, dia ada depan pintu rumah I dalam keadaan macam ni"

Tanpa berlengah Doktor Nurul terus memulakan kerjanya, darah-darah yang mengalir di badan Adrian dibersihkan, tangannya laju membuat kerja, kepakarannya dalam bidang perubatan tidak dapat dinafikan, khidmatnya telah lama, malah dia juga mempunyai kliniknya yang tersendiri.

Terdapat torehan watch out pada lengan Adrian, Nadiah terdiam, rahangnya diketap kemas, amarahnya memuncak, mengapa mudah pembunuh itu membunuh tanpa henti ? Adakah manusia hanya boneka kepada mereka ?

Nadiah meminta izin untuk kembali ke pejabat namun dihalang oleh Harraz, dia meminta untuk Nadiah berada di ruangan kerja dirumahnya, ada banyak perkara yang perlu dikaji oleh mereka.

"Oh ya, unit forensik dan Dr. Suria dah emailkan kepada saya beberapa report tentang kes ni, kita bincangkan saja di rumah saya" kata Harraz sebelum kembali fokus kepada Adrian.

Nadiah terus menuju keruangan tersebut, Nadim adiknya telah pergi, pihak polis tidak memberinya sebarang petanda, malah Harraz tidak mahu membincangkan soal ini. Nadiah terus memerhatikan video yang diterimanya , satu persatu dia teliti, tangannya pantas menambah catatan, kini siasatannya bukan lagi keran empati tapi dendam yang mula membarah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

"You pergi mana Falih? Penat I cari you, you tahu dekat mana Adrian sekarang?" Rycca merenung Falih, lelaki dihadapannya kelihatan kusut masai, perasaan hiba menghiasi romannya.

"Setiap kali you jumpa, you tanya Adrian! Adrian! Adrian!, you tak nampak ke kewujudan I depan you? Ape lebihnya Adrian! Kenapa dia?" mata Falih memerah menahan marah, mengapa Rycca tidak memahami perasaanya, kewujudan tidak disedari atau dia yang tersilap menafsir tingkah laku wanita dihadapannya ini.

"No Falih, I bukan pilih you, bukan jugak I pilih Adrian, dia tu lain dari kita, you tahukan dia macam mana?" kesal, Rycca kesal dengan sikap Falih yang tidak memahami persahabatan mereka.

"I hantar dia ke rumah CIP Harraz, I penat jadi boneka you berdua, you tahu, I suka tengok Adam Adrian merayu minta I lepaskan dia, meribtih minta maaf, I suka, I terhibur tengok dia macam tu, tapi I kesian, sebab dia kawan I" lafaz Falih dengan nada yang berubah-ubah seperti seorang psiko.

Rycca menelan air liur, jantungnya berdegup laju, peluh mulai merenik, otaknya ligat mensintesis keadaan sekeliling, mencari solusi kepada permasalahan yang dihapadapinya ketika ini. Berhadapan dengan sahabat yang berubah menjadi psiko, nyawanya dalam bahaya.

"Tak Rycca, I takkan cederakan you, sikit pun I taknak sentub you" setapak demi setapak dia menghampiri Rycca yang perlahan mengundurkan langkahnya, akhirnya Rycca terperangkap, tiada ruang yang mampu dia bolosi, Falih telah mengepungnya. Pisau diletakkan di bibir Rycca.

"You tahu, I nak sangat bibir you ni panggil nama I macam mana you seru nama Adrian, I nak sangat you pandang I macam mana you pandang Adrian, I nak sangat you ambik tahu pasal I macam mana you ambil tahu pasal Adrian" lafaznya penuh pengharapan, Falih memainkan pisau dimuka Rycca, matanya merenung tepat kedalam mata Rycca lalu dia tersenyum sinis.

"Fa... Falih, I ... I tak tahu apa yang jadi dekat you, ta.. tapi please jauhkan pisau tu, I .. I taknak you out of control"
Falih akur, dia duduk dia membawa Rycca ke ruangan rehat, disitu Falih menayangkan beberapa video ngeri, sehinggakan Rycca hampir memuntahkan isi perutnya.

To: Adam Adrian
From: Rycca
Something wrong dengan Falih help me, dia psiko, I takut, you ok ke ?

Falih memandang Rycca....

"I suruh you tengok video ni, bukan tunduk!" rambut Rycca ditarik sehibgga terdongak, sakit, hatinya sakit melihat Rycca yang tidak mendengar arahannya.

Dalam masa yang sama.....

Rian membuka matanya, pancaran lampu menyilaukan matanya, dimana dia sekarang? Dia cuma memerhati keadaan sekeliling, seni hiasan bilik ini tidak pernah dilihatnya, bilik yang mengtengahkan unsur laut dengan akuarium menghiasi kepala katil, didinding terdapat aquarium yang menempatkan hidupan akuatik kecil menambahkan keunikannya, di satu sudut terdapat sebuah meja yang mempunyai mini rak buku. Adrian cuba untuk bangun, telefon bimbitnya terletak diatas meja tersebut.

Phone dicapai lalu Adrian berjalan perlahan-lahan untuk keluar dari bilik tersebut, dia perlu mencari Rycca.

Harraz terlihat kelibat Rian berehat dirumahnya buat sementara waktu, kejadian tembak menembak telah berlaku di runahnya, hampir kesemua bodyguard nya mati ditempat kejadian. Berita yang diterimanya sedikit sebanyak menghentak perasaannya, tempat yang paling selamat di rumahnya telah diceroboh.

"Sokeyh bro, aku nak blah dulu, takpe aku boleh jaga diri aku, kau teruskan siasatan kau, lebih banyak mangsa terkorban" sayu nada Rian, ketenangan dirumahnya diragut tanpa sebarang tanda, memori hitam kembali menghantuinya. Kemana harus dia mencari Rycca, Falih, mengapa begitu kejam tindakannya, adakah Falih yang melakukan semua ini.

Adrian terus berjalan meninggalkan rumah Harraz, dia berjalan tanpa tujuan, hancur dan musnah impiannya. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Falih, langkat terus di atur laju, Falih perlu diberi pengajaran, mudah sekali dia memperlakukan Rycca dengan begitu.

Menyedari langkahnya diikuti, lelaki berjaket putih dan bertopi Malead tersenyum sinis, perangkapnya berjaya, kaki terus diatur ke tempat yang telah disediakan perangkapnya.

"Falih!" Laungan Rian tidak diendahkan, berang, pantang sekali panggilannya tidak disahut, Rian terus berlari mengejar Falih selaju yang mungkin, kepenatan yang di alaminya diabaikan, keperitan di kulitnya dibiarkan, Rycca lebih penting baginya ketika ini.

Setibanya di sebuah lorong, kelibat Falih hilang, hanya kelihatan sebuah kereta yang amat dikenalinya, kereta yang menjadi penemannya, tanpa berlengah dia terus masuk kedalam kereta.

Enjin tidak dimatikan, mungkin ia sengaja dihidupkan oleh Falih, fikir Rian, dia duduk seketika, ingin membalas text yang dihantar oleh Rycca.

To: Rycca
From: Rian
I dha jumpa Falih, you tenang je, nanti I akan settle kan dia, buat masa ni you ikut je cakap dia, Trust me, Falih takkan buat apa-apa dekat you. Sebab

Tiba-tiba kepalanya menjadi berat, matanya mula kabur, nafasnya seakan sesak, dia mengangkat muka, dia melihat seorang lelaki berjaket putih sedang tersenyum sinis ke arahnya, perlahan-lahan penglihatannya mula bertukar hitam.

IdentitiWhere stories live. Discover now