Bab 9 Permainan Bermula

294 18 1
                                    

Badannya bagaikan dicengkam dengan satu ketakutan, detak jantungnya semakin laju, matanya tidak mampu mengalihkan pandangan, nafasnya seakan terhenti dikerongkong, kakinya terpaku di tempat dia berdiri, badannya terasa lemah, melihat apa yang terhidang didepan mata.

Seorang lelaki bersweater hitam, dengan muka yang ditutup dengan hoodie dan face mask membuat jantungnya berdetak seakan baru melakukan aktiviti cergas, lelaki tersebut memandang tepat kearah camera, di tangannya terdapat pisau yang dimainkan seperti permainan, panahan matanya melambangkan jiwanya sedang dilanda api amarah.

Lelaki tersebut menunjukkan lambang yang telah dikenal pasti oleh Nadim lalu beransur pergi kearah kereta Nadiah. Terdapat sebuah kotak yang berbalut dengan pembalut hadiah berwarna hitam ditinggalkan, dia menghilang disebalik pokok yang berada berhampiran kawasan Nadiah meletakkan kenderaanya.

Mustahil untuk dia meminta bantuan polis, Nadim disini, dia buntu, penjenayah di depan mata, namun selepas peristiwa menimpa Harraz, keberaniannya seakan melayang bersama Harraz, lelaki yang cekap sedangkan dia hanya pegawai polis wanita yang berkerja dibawah unit jenayah tanpa pengalaman yang luas seperti Harraz.

Bagaimana penjenayah tersebut dapat menjejakinya, dia pasti tiada siapa yang mengekorinya. Perlahan-lahan Nadiah membuka pintu dan melangkah keluar. Ketakutan membaluti tubuhnya.

--------------------------------

Rian keluar dari biliknya, dia ingin segera menamatkan persoalan yang kian menghantuinya, lenanya terganggu, otaknya sentiasa berkerja memproses segala data, dia minat begitu.

Setiap ruang di rumah sewanya di periksa, sekali lagi Rycca hilang entah kemana, apa yang terjadi dia juga belum pasti. Laju tangannya menulis pesanan ringkas buat Rycca.

To: Rycca
From: Rian
You dekat mana? I nak discuss kenapa tinggalkan rumah ni macam tu je? Atau you sememangnya dah plan dengan Falih untuk tinggalkan I? Falih dia you diam, habis I ni apa?

Rian menghantar pesana tersebut melalui aplikasi Whats App, hanya satu tick membuktikan bahawa si penerima tidak aktif. Tanpa berlengah dia terus bersiap untuk pulang kerumah.

Tiba-tiba dunia dia gelap, ada sesuatu yang keras memukulnya.

"Adrian... si bapok ... bangunlah, bukan kuat pun aku hentak kepala kau tu. Itupun berejam kau tidur. Ingat kau bayar gaji aku ke untuk tunggu kau tidur?"

Rian tersentak bila namanya dipanggil, dia tidak mahu sesiapa menggangunya ketika ini, kepalanya masih sakit, dia meronta untuk dilepaskan.

"Sabarlah, kau rentap pun bukan terbuka, tu gari bukan tali, so aku cerita dekat kau apa yanh terjadi" lelaki tersebut duduk didepannya, bilik yang disinari cahaya daripada luar menyebabkan muka lelaki tersebut tidak dapatdilihat, hanya bibirnya sahaja yang kelihatan.

"Aku penatlah dengan kau, semua benda nak kene explain, boleh tak kau cuba belajar sendiri, cari tahu sendiri, guna lah otak kau tu sikit" sinis nada yang dilontarkan lelaki tersebut.

"kau nak apa, macam mana kau masuk rumah aku" bentak Rian, dia tidak suka sesiapa menceroboh rumahnya.

"Shh, bisinglah kau ni, diam kejap. Aku nak kau tahu, semua benda yang aku buat ni untuk kau, aku nak kau faham yang dunia ni banyak sangat tipu daya dia, dunia ni kejam, manusia sekeliling kau kejam, cuba kau fikir baik-baik, rumah kau ada polis, Falih hilang, kau panggil crime scene cleaner .. Rycca tak tahu dekat mana, kau fikir diorang biarkan kau macam ni? Diorang cuma nak kau hancur Rian, dengar cakap aku. HAHAHAHAHAHAHA.. Sebab aku yang akan setia dengan kau! HAHAHAHAHA"

IdentitiWhere stories live. Discover now