Bab 19 Autopsy Report

288 20 3
                                    



Nadiah membuka fail-fail autopsy yang berada dihadapannya, bermula dengan pembunuhan mayat pertama sehingga kepada pembunuhan mayat adiknya dibuka satu persatu. Dia meneliti segalanya sebelum dia akan pergi meninggalkan jabatan ini, unit yang membawanya kepada jiwa obsess terhadap menumpaskan penjenayah untuk mejaga keamanan bumi Malaysia, namun hati mana yang tidak dipagut rasa sayu seandainya keselamatan ahli keluarga sendiri tidak dapat dijaga dengan rapi?

Melihat satu persatu yang tertulis di laporan tersebut Nadiah akur bahawa pembunuhan ini hanyalah imbasan daripada pembunuhan yang telah berlaku beberapa dekad yang lalu, pembunuhan yang dahulunya tidak mempunyai motif sehingga kini menjadi kes misteri yang tidak diketahui pembunuhnya bertukar menjadi pembunuhan bermotifkan dendam. Dia beralih memandang kearah beberapa bungkusan yang dihantar oleh lelaki misteri yang membantunya menyiasat kes ini, lelaki yang mendedahkan identitinya setelah melakukan segala pembunuhan, footage yang dirakam sedikit sebanyak membantunya meneliti pembunuh tersebut.

Pembunuh yang mengalami masalah mental, pembunuh yang melakukan pembunuhan tanpa sedar, dan undang-undang tidak dapat menjatuhkan hukuman terhadapnya. Dia tidak sanggup untuk melihat semula bagaimana mangsa ditikam tanpa simpati, dikelar lalu dicincang, bagaimana pembunuh terhibur dengan aktiviti yang dia lakukan tanpa dia sedar bahawa perbuatannya telah meragut nyawa orang lain, nyawa insan yang tidak bersalah.

Nadiah terlihat satu sampul surat yang diberikan oleh penceroboh yang memasuki IPD nya sebentar tadi. Dia bingkas bangun lalu mencapai dokumen tersebut.

Mental Disorder- Dissociative of Identity Disorder

Patient's name: Mr. Adam Adrian

Doctor In charged: Doctor Nurul

Nadiah terdiam, jadi benarlah bahawa dia penghidap masalah mental dan melakukan segalanya diluar kesedarannya? Dan ini bermakna dia tidak akan ditahan di bawah kanun keseksaan, Nadiah mengeluh dia tahu bahawa tiada satu pun yang perlu dia sesalkan kerana Harraz telah menyedarkannya dengan beberapa fakta tersebut sebelum dia tekad untuk menuntut bela atas kematian adiknya. Dia hanya mengeluh sebelum membiarkan semua dokumen itu di atas meja tanpa ada perasaan untuk mengemas meja tersebut, kunci keretanya dicapai, dia ingin menenangkan diri buat sementara, dia tahu satu kesalahan sebagai seorang anggota polis meninggalakn tugasan tanpa sebab yang munasabah namun dia tiada pilihan dia sudah penat memendam rasa. Putus asa dengan segala yang berlaku.


Nadiah berlalu meninggalkan IPD nya, dia merancang untuk pergi bercuti ke sebuah kampung yang jauh daripada kenalannya, kampung yang akan membantunya melepaskan segala kepenatan dan keresahan, dia idamkan sebuah ketenangan yang jauh daripada pembunuhan dan memori sedih. Dia ingin bercuti di Pulau Duyong, terdapat rumah inap desa yang terpencil dan jauh dari kenalannya, rumah yang dibina di muara Sungai Terengganu menjanjikan seribu satu ketenangan yang membawanya ke alam yang tiada siapa dapat menebaknya.


****

Doctor Nurul terus membelek fail pesakitnya, dia melihat fail yang tertulis nama Adam Adrian, fail suspect atas pembunuhan kejam yang berlaku, namun undang-undang telah melepaskannya daripada hukuman. Dia terkenang semasa permulaan dia mengenal Adam Adrian, remaja yang sangat pendiam, susah untuk dia berbual dengan Adrian, sepatah sahaja perkataan yang dilafazkan olehnya, dia seolah-olah memegang sebuah rahsia dan menanggung penderitaan yang hebat.

Perlahan-lahan mereka berbual bermula dengan aktivitinya disekolah, kemudian Nurul menjadi tutornya, segala yang dilakukan adalah untuk memastikan Adrian boleh berbual dengannya seperti biasa, seperti pesakit yang lain. Daripada pemerhatiannya dia dapat melihat bahawa Adrian merupakan seorang penghidap depression yang memerlukan bantuan namun dia tidak dapat melakukan apa-apa jika tiada sebarang kerjasama yang diberikan oleh Adrian.

Suatu hari, Adrian datang menunjukkan kepadanya keputusan peperiksaanya dan dia sangat gembira kerana keputusannya cemerlang, dia tunjukkan kearah Falih dan Rycca yang hanya dapat dilihat olehnya, bermula daripada itu Nurul tahu bahawa Adam sudah menghidap Schizophrenia yang mana dia hanya mendengar suara individu lain dan dia mula berimaginasi mengenai waktak tersebut. Nurul cuba membantunya dengan memberitahunya bahawa Falih dan Rycca tidak wujud dan hanyalah imaginasinya namun setiap kali perkara itu dibahas Adrian akan meninggalkannya sendirian tanpa meminta izin untuk berlalu pergi walaupun rawatan masih diteruskan.

Ketukan dipintu menyentakkan lamunan Doctor Nurul. Muka formal dipasangnya sebelum memberikan keizinan kepada stafnya.

"Doctor, one of your patient asked me to give this and he said thank you for everything" kata jururawat yang memegang sebuah paper bag yang bercorak serta berwarna biru. Nurul hanya membalasnya dengan anggukan.

Hadiah tersebut dicapai dan dia melihat nama pengirimnya.

To: Doctor Nurul

From: Adrian

Thank You for all your sacrifices and research to help me doctor. And now I realized that I'm on of them, suffering from mental disorder. I will find my own peace. Here a gift for you, I hope you like it.

Nurul terdiam membacanya, dia hanya membuka hadiah tersebut, terdapat sehelai kemeja berwarna baby blue. Nadiah hanya tersenyum, namun dia juga dipagut kerisauan mengenai kesihatan Adrian.

"Boleh I masuk" kata Harraz apabila ketukanya tidak didengari oleh Doctor Nurul.

"Come in, you nak file dia ke?"

"Yup, macam tahu je apa yang I nak"

"Ni nota terakhir Adrian, I hope you can find solution, ni file dia"

Harraz tersenyum lalu mengambil nota tersebut. "Don't worry,kami akan pastikan dia dibawah pemantauan pasukan kesihatan, dia tidak dibenarkan keluar negara, kawalan ketat di setiap airport sedang dilakukan"

Harraz berlalu pergi.

*****

So, author sedeyh nak habis dha... Hahaha... big prob jugak lha nak siapkan ni...

So tq to my special bestie and My kawan ganu sebab tolong.

IdentitiWhere stories live. Discover now