BAB 18: Imbasan Memori

225 19 2
                                    

Seriously guys author takde idea nak isi tajuk, so I hentam jelha hahaha. 

   Falih memandang Rian sinis, senyuman yang tersirat beribu makna dihadiahkan olehnya. Terasa kemenangan berada dipihaknya, kini dia hanya perlu membuat Rian tersedar tentang fakta yang dari dulu lagi mengekorinya, kebenaran yang menjadi bayangnya. Pembunuh kepada setiap nyawa, perancang kepada sebuah kematian, dan pemuja kepada titisan-4titisan darah perlu dirungkaikan. Falih mahu Rian tersedar bahawa ini adalah kenyataan yang dia perlu tahu dan sedar.

"Kau ingat peristiwa yang berlaku 10 tahun yang lepas?" tanya Falih sambil memandang Adrian penuh kebencian, ya kebencian dan dendam yang sekian lama membarah lalu memusnahkan kota kedamaian yang telah mereka miliki satu ketika dahulu.

Penglihatannya kabur, itu sahaja yang mampu dikatakan saat ini kerana mutiara-mutiara jernih mula bertakung di tubir matanya, pelbagai memori menjengah minda Adrian, menyentak kewarasan akal, menjentik sikap kemanusiaannya lalu menumbuk lumat hati yang dia miliki.

Adrian melihat seorang lelaki berkemeja putih menghampiri sekumpulan anak-anak kecil sedang leka menonton video 'baby shark doo doo' yang pernah menjadi tular satu ketika dulu. Lelaki tersebut memegang pisau, melihat daripada gaya lelaki tersebut berjalan Adrian tahu bahwa dia masih dibawah pengaruh alcohol. Adrian mengeluh, inilah yang telah berlaku terhadap nasib bangsa Melayu yang dahulunya di sanjung kerana keluhuran budinya namun kini mereka penyumbang dominan kepada segala salah laku di tanah warisan yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang terdahulu.

Perlahan-lahan asid sulfuric di curahkan keatas seorang kanak-kanak perempuan yang memakai sweater biru dan jogger pants hitam, kanak-kanak itu menjerit kesakitan, mukanya terhakis akibat simbahan asid tersebut, dua orang kanak-kanak lelaki tersebut masih lagi tidak sedar bahawa nyawa mereka dalam ancaman bahaya. Dengan perlahan-lahan leher kanak-kanak tersebut dikelar sehingga darah memercik di sekeliling rumah. Melihat situasi itu Adrian terduduk, dia cuba menjerit meminta bahawa kanak-kanak lelaki tersebut melarikan diri namun suaranya seolah-olah tidak didengari mereka.

Lelaki tersebut menghampiri seorang kanak-kanak yang baru sahaja terduduk kepenatan selepas melakukan tarian tersebut. Perlahan-lahan dia menekup mulut kanak-kanak tersebut sehingga dia terkulai layu, Adrian mentafsir perbuatan lelaki tersebut, kurang daripada 5 minit kanak-kanak itu sudah terbaring pastinya ada bahan kimia yang digunakan oleh lelaki tersebut, Adrian cuba mengingat chemical yang sering digunakan oleh pembunuh untuk melemahkan mangsa, lelaki tersebut menikam mangsa dengan sikap yang menunjukkan kebinatangan seorang manusia.

Menyedari nyawanya hampir diragut, kanak-kanak tersebut cuba berlari ke arah tempat yang selamat, mencari perlindungan namun nasib tidak menyebelahinya kerana dia berada di penjuru tangga, Adrian terus berlari menghampiri kanak-kanak tersebut, dia berdiri betul-betul dihadapan lelaki yang tidak terurus, bau alcohol menusuk rongga hidungnya, Adrian terus mengambil telefon bimbitnya, (cliché bukan kalau saya katakana bahawa Adrian ingin mendail nombor kecemasan? Ok author saje je nak menyibuk hahaha)

'DEVICE DEACTIVATED BY AA'

Adrian terkejut melihat tulisan yang tertera di telefon bimbitnya, dia tidak membatalkan sebarang akses untuk telefonnya. "Jangan bergerak selangkahpun atau kau tahu yang kau akan meringkup dalam penjara" Jerkah Adrian, dia tidak suka kanak-kanak diseksa sedangkan Malaysia telah menguatkan kuasakan undang-undang bagi memelihara keselamatan dan keamanan negara namun rakyat sendiri menjadikan undang-undang sekadar tulisan yang berada didalam buku-buku yang dijadikan rujukan oleh peguam-peguam pada masa dahulu dan artikel-artikel yang ditulis sekadar kempen kesedaran yang langsung tidak efektif.

"Adam Adrian, kau nak lari mana? Kau duduk dekat situ dekat penjuru tu, kau ingat ada orang nak bantu kau? Mari sini, mari sini dekat aku, jom rasakan keindahan dunia" kata lelaki tersebut sambil ketawa.

Adrian terdiam, kewujudannya tidak disedari sesiapa disitu, mengapa lelaki tersebut begitu bengis memanggil Namanya, kenapa budak lelaki tersebut mempunyai nama yang sama dengannya? Perlahan-lahan dia memalingkan badannya menghadap kanak-kanak tersebut, "Awak Nampak abang tak?" tanya Adrian dalam sendu, ya dia terasa seperti halimunan disitu.

Kanak-kanak tersebut meluru kearah lelaki tua tersebut sebelum menolaknya jatuh daripada tangga. Akibat daripada pergerakan tersebut, pisau yang dipegang oleh lelaki tersebut tertusuk tepat kedalam badannya, pisau yang sepanjang 20cm terbenam 60 peratus didalam badan lelaki tersebut. Adrian melihat kanak-kanak tersebut, dia memeluk kakinya menangis memanggil nama rakan-rakannya yang sudah bertemu ajal sebentar tadi.

"Rycaa, Falih jangan tinggalkan Rian, Rian sorang-sorang kat sini, lelaki tu dah mati, lelaki tu dah tak kacau kita. Ry...Rycca bangunlah janganlah buat Rian macam ni, janganlah baring macam ni Rian takut. Falih, bangunlah, janganlah tidur, Rian takut, Falih" Rian merintih, dia ketakutan.

Adrian terdiam mendengar rintihan kanak-kanak tersebut, mengapa ingatan ini hilang daripadanya, air matanya gugur, dia menghampiri dirinya semasa kecil.

Kanak-kanak tersebut tergelak tiba-tiba, "Falih main-main je kan, Adrian tahu yang Falih dah penatkan, jom, Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo Doo, Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo Doo, Baby Shark Doo Doo Doo Doo Doo Doo Doo, Baby Shark", nada yang awalnya gembira kini bertukar menjadi sayu. "Falih penat ke? Takpelah Adrian tidur sekali dengan Falih ok?" Terus dia baring disebelah rakannya itu, rakan yang sebenarnya telah berpisah roh dan jasad.

Adrian terduduk lemah, sayu melihat lelaki tersebut, rupanya Falih dan Rycca telah lama terkubur mengapa dia tidak tahu mengenainya? Mengapa?!

Adam Adrian memejamkan matanya sebelum dia rebah ke bumi.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

"Sekarang kau faham kenapa aku tak takut lansung dengan ungutan kau? Kau tahu sebab aku adalah tak wujud dalam dunia nyata, langsung tidak, dan aku tiada Identiti, dan segala pembunuhan yang berlaku adalah keatas kau, dan segalanya bermula daripada kau", kata Falih

Adrian terdiam, dia terasa seperti ada sesuatu yang telah berlaku diluar kesedarannya. Akhirnya dia memilih untuk tidak bersuara, otak dan hatinya tidak bersatu, tidak ada satu pun yang perlu dia perlu jelaskan. Adrian meraup mukanya.

Falih hanya berdiri dihadapannya, "Kalau kau nak aku ditangkap kau silap, tak percaya? Kau teruskan dengan semua ni, kau lihat betapa kejamnya kau menyebarkan kezaliman dan kau kaburinya dengan berpura-pura menegakkan keadilan."

Adrian tertunduk, dia tahu segala yang Falih katakan hari ini adalah benar, dia yang tidak dapat menerima semuanya, namun megapa Falih masih bersamanya, mengapa Falih ada dihadapannya kini? Jika dia sekadar roh yang tidak menemui ketenangan masakan dia berada di dunia nyata?

(Flashback)

"Encik Adrian?" Tegur seorang doctor yang merawatnya.

"Saya, saya rasa ada sesuatu yang tak kene dengan diri saya."

"Boleh awak terangkan pada saya apa yang berlaku?"

Soalan doctor tersebut hanya dibalas dengan hilaian tawa semata-mata oleh Adrian. Renungan Adrian membuatkan doctor tersebut diam dan hanya menanti dia untuk bersuara.

******

So, author nak say thanks to reader and All the best lah untuk result stpm, result spm, yang pastinya bulan 3 is bulan makcik" bawang k.

IdentitiWhere stories live. Discover now