Bab 3: Tin Mayat

461 24 5
                                    

" Tuan, ada kes pembunuhan terbaru dilaporkan pada pagi tadi, saya ada hantar  location pada tuan" pesanan daripada whatsapp dibukanya. Harraz terkejut melihat keadaan mangsa. Sudahlah kes semalam membawanya ke jalan buntu, hari ini dia terpaksa ke lokasi pembunuhan sekali lagi. Dia mengeluh sebelum menyuruh Nadiah menghabiskan makanan dengan segera dan mengikutnya ke lokasi pembunuhan.

Kesepian dan kengerian yang begitu seni lagi tajam itu, bagai mahu menukik kedalam getaran jiwanya. Keadaan ini menyebabkan oxygen didalam bilik itu seolah-olah berkurangan, kali ini kelenjar adrenal telah membuatkannya seperti ingin menghentikan sahaja impulse yang dihantar ke otaknya. Suatu perasaan yang berbaur kengerian dan ketakutan telah menyebulunginya, apa yang telah berlaku, mengapa keadaan dikelilingnya gelap?

Tiba-tiba kedengaran suara seorang yang amat dia kenali.

"Well, Rycca, you're so beautiful. Nak pulak waktu kau tido, sungguh indah, seolah aku sedang menyaksikan sang puteri yang sedang beradu, HAHAHAHAHA" suara itu melepaskan tawa jahatnya."

"I know that was you! Why you do this to me? Where are we? Where is my friend?" Bentaknya dengan nada geram, ligat saraf- saraf medulla oblongatanya mentafsir dan mencerna suara yang menerjah cerobong telinganya. Suara yang tidak asing baginya, tapi dia tidak dapat meneka pemilik suara tersebut.

"What do you mean with your friend? Oh, lelaki yang keluar makan dengan kau tadi atau si pelukis yang terlalu angkuh dengan kekayaannya tu? Rycca Rycca, kenapalah kau terlau bodoh untuk menilai siapa kawan kau. Aku kawan kau! Bukan dua ekor tu! Aku yang dah banyak kali selamatkan nyawa kau! Tapi kau tak pernah pandang aku, kenapa Rycca" lelaki itu mula dihantui amarah namun nadanya mengendur mungkin hiba dengan nasib diri atau sebenarnya .........

"Rycca, you ok tak ni? Someone call me kata you tiba-tiba pengsan waktu nak balik, are you really ok girl ?" Tanya Falih dengan nada cemas, baginya Rycca melebihi seorang kawan, tapi apakan daya dia lebih memilih untuk menjaga persahabatanmya daripada memilih soal hati.

"I'm okeyh, Falih kita kat mana, I rasa pelik, tadi bukan ke kita.."
"Dah, you takpayah banyak cakap, I bawak you gi klinik, this time no excuses"
"No Falih, I'm ok, trust me, I wanna go home" balas Rycca, dia tidak mahu rahsianya terbongkar begitu sahaja, masih ada banyak perkara yang perlu dia pastikan.

Rian mencapai telefon bimbitnya, lama dia memerhati screen telefonnya, gambar mereka bertiga di pantai ketika bercuti tahun lepas. Dia memejamkan rapat matanya, membiarkan minda berterbangan bebas keawang-awangan.

---------------------------------------------------------

Lokasi Pembunuhan

Harraz dan Nadiah memakai sarung tangan sebelum melangkah masuk kedalam rumah tersebut.  Rumah yang mempunyai pagar yang tinggi dan jauh dari penduduk lain serta tirai hitam menyerlahkan lagi identiti mangsa sebagai seorang yang phobia terhadap social. Reka bentuk rumah yang mengetengahkan unsur barat telah mempersonakan setiap mata yang menjamahnya.

Sebaik sahaja melangkah kedalam rumah,  Harraz dan Nadiah seakan tidak percaya dengan keadaan yang menyapa penglihatan mereka, bau hanyir darah telah menyebabkan kedua-dua mereka terpaksa meminta mask daripada pegawai yang bertugas.

'ENJOY YOUR MEAL'

Perkataan di tulis menggunakan darah tersebut membuatkan Inspektor Nadiah terdiam dan terasa suatu gelojak daripada perutnya lalu dia terus memberi isyarat kepada Harraz untuk beredar keluar.  Bekalan elektrik yang sengaja dipotong telah menyebabkan susasana didalam rumah tersebut kelihatan suram dan menyeramkan.  Harraz terus menyelak langsir agar cahaya dapat menembusinya tanpa khuatir pasal pihak media kerana dari awal lagi pegawai-pegawainya telah mengahalang pihak media menghampiri rumah tersebut.

Dengan tiba-tiba Harraz sudah basah dengan cecair merah, dia mendongak keatas, kelihatan bekas putih yang mempunyai warna yang sama dengan permukaan atas ruang tersebut yang menempatkan cecair merah tersebut mencurahkan isinya.  Dia terus melihat apa yang ada disebalik tirai tersebut,  terdapat beberapa bahagian badan mangsa.

"Tolong check dekat belakang langsir,  I'm sure mesti ada bahagian badan mangsa yang ada disini. Inspektor Nadiah,  pastikan daging mangsa yang telah dicincang dalam tin-tin tersebut dihantar ke Hospital Doktor Suria,  dan pastikan Dr.  Suria yang handle this case.  Kamu semua pastikan tiada satu pun yang tertinggal." Tegas CIP Harraz memberi arahan,  kesabarannya diuji apabila dia terpaksa bermandi darah pula pada hari ini, sudahlah sebentar tadi sewaktu tiba dia disajikan dengan pemandangan yang jijik dimana terdapat kaki dan kepala mangsa dibentukkan seperti huruf 'i' , usus mangsa dijadikan seperti lambang love dan huruf 'U'.

Persoalan yang menghantui minda dia ketika ini,  dimanakah tangan kiri  mangsa dan alat sulit mangsa.  Harraz mendiamkan diri dan memerhati kawasan sekeliling.  Akhirnya dia memutuskan untuk pulang dan membersihkan badannya, darah yang melekat pada badannya menyebabkan ringga hidungnya tidak mampu bernafas dengan tenang.

"Tuan!.........

IdentitiWhere stories live. Discover now