Bab 5 Misteri Rycca

430 25 4
                                    

Suasana sepi menghiasi ruang di rumah agam tersebut, Rian dan Falih berpandangan sebelum Rian mendengar nafas keluhan daripada Falih, dia hanya mengerling seklias sebelum terduduk di tepi pintu bilik Rycca. Pintu bilik Rycca yang terbuka sedikit telah membolehkan Falih melihat keadaan didalamnya.

Lantai yang berwarna putih kini bertukar menjadi merah, bau hanyir darah menusuk hidung mereka berdua, Falih meraut mukanya sebelum membuka lebih luas pintu tersebut. Dalam hati dia hanya mahukan keselamatan Rycca walau nyawanya perlu dicagarkan. Dia rindu Rycca, hampir dua hari mereka tidak bertemu.

Falih mengumpulkan semangatnya sebelum mengajak Rian bersamanya. Dia tahu sesuatu telah melanda benak rakannya itu, namun disaat ini dia memerlukan Rian untuk memberi sedikit kekuatan.

Adam Adrian you can do it!

Rian bangun lalu menguak pintu bilik Rycca, darah yang berlumuran di lantai dipandang dengan tanda tanya, di mana Rycca? Rian memandang Falih dengan penuh tanda tanya.

"I don't think she's here" perlahan Falih berkata dengan nada sendu, setiap ruang bilik diperiksa oleh Rian, manakala Falih hanya mampu terduduk di atas katil milik Rycca.

"I think someone dah datang sini, because...... " Rian terus menyuakan sekeping kertas yang dijumpai di sliding door. Falih menyambut huluran tersebut lalu membacanya satu persatu.

"Police on their way to come here, lets go outside and wait for them, oh ya they asked me to keep everything in their place, don't touch anything" Falih hanya mengangguk lemah dan berlalu pergi meninggalkan Rian. Dia perlukan udara segar untuk membebaskan segala perasaan.

Rian menutup pintu bilik dan turun kebawah untuk pergi mendapatkan Falih, ada sesuatu yang perlu dia kaji, tapi bagaimana? Semuanya semakin bercelaru, ada sesuatu yang tidak kena, fikirannya menerjah kepada suatu insiden yang dia alami. Pantas dia sanggah daripada terus menghantui mindanya.

--------------------------------------------------------

"Police? I should give you some lesson Adam Adrian! This is not the best way to trear people who have did many sacrifices for you! " mata lelaki tersebut bertukar merah apabila mendengar perkataan polis daripada mulut Adam Adrian.

Dia sempat tersenyum memandang Rian sebelum menghilangkan diri di sebalik tirai malam.

Dalam perjalanan pihak polis

"Sudahlah dua kes pembunuhan tu tak habis lagi kita siasat, ini ada lagi kes terbaru, nasib badan lah jadi anggota polis ni" keluh Nadiah kepada rakan sekerjanya. Hari ini inspektor Harraz tidak menyertai mereka kerana beliau sedang sibuk mengkaji mengenai dua kes pembunuhan terdahulu.

Pihak atasan sudah mula bersuara apabila masih tiada perkembangan dalam siasatan yang dijalankan oleh squadnya. Tetapi segalanya diatur dengan baik, tiada sebarang clue yang ditinggalkan.

"Alaa Puan, biasalah kerja kita ni mana ada rehat, kalau rehat itu pun bila penjenayah pergi bercuti, penjenayah kawin ke, takpun penjenayah pencen, nak menunggu negara kita ni freed dari jenayah tak ubah macam Puan tunggu pokok durian menghasilkan buah manggis" kata salah seorang ahli pasukannya yang berada didalam kereta mereka.

Terburai gelak tawa mereka. Setibanya di rumah agam milik Adam Adrian, mereka kembali memasangkan muka formal dan serious, Inspektor Nadiah terus turun dari kereta dan menghampiri dua lelaki yang duduk di tepi kolam, agak mudah untuk melihat mereka kerana pintu pagar telah siap dibuka dan cahaya di kawasan kolam tersebut memudahkan mereka ditemui.

"Encik Adam Adrian? "
"Ya saya"
"Saya Inspektor Nadiah daripada Jabatan Jenayah, kami datang sebab ada terima laporan yang kemungkinan berlaku jenayah bunuh disini"
"Better you go upstair and check it by your own eyes, I wanna hear a good news, I'll wait for you here, and my maid already wait for you inside, anything just let her know" mendatar sahaja nada Rian, dia tidak dapat mencerna apa yang terjadi.

"Pegawai saya akan menyoal siasat encik berdua untuk dapatkan keterangan daripada saksi, saya harap encik memberikan kerjasama yang baik" kata-katanya hanya dibalas anggukan oleh Rian, dia malas berbasa-basi dengan stranger. Nadiah terus mengatur langkah untuk masuk kedalam.

Nadiah dan beberapa pegawai polis yang lain hanya mengikuti langkah seorang wanita yang sudah separuh usia ke kawasan kejadian.

"Puan, ni dia biliknya, Encik Adrian minta untuk saya tunggu disini sementara pihak polis melakukan kerja. "

"Eh, takpe makcik saya akan maklumkan makcik apa-apa yang saya perlu, makcik duduk lah dulu. "

Nadiah terpandangkan dua orang lelaki berbadan sasa dengan kaca mata hitam menghampiri mereka.

"MakJah, tuan panggil MakJah, takpe kami yang akan perhatikan mereka, ini arahan tuan" salah seorang lelaki tersebut memberitahu wanita yang dikenali sebagai MakJah. Nadiah kebingungan nanun belum sempat dia bertanya MakJah telah menjelaskannya.

"Adrian memang begitu, dia tidak suka rumahnya didedahkan kepada sesiapa, dia juga tidak mahu sesiapa menyentuh barangannya, mereka berdua pegawai peribadinya, mereka disini untuk memastikan tiada apa yang berlaku" MakJah terus berlalu pergi.

Nadiah hanya tersenyum dan terus memakai sarung tangan, dia memeriksa segenap ruang didalam bilik tersebut, satu persatu diperhatikannya. Dia teringat pesan Harraz.

"Jika kita ingin menumpaskan penjenayah, kita perlu berfikir seperti seorang penjenayah, kita tidak boleh mengatasinya mengikut fikiran seorang polis"

Nadiah cuba meletakkan situasinya didalam keadaan tersebut, dia melihat kesan darah yang bermula dari ruanh tengah bilik, satu persatu dia cuba analisis sehingga dia terjumpa satu nota. Dia membaca satu persatu ayat dikertas tersebut.

'AKU KAU DAN DIA ADALAH SATU'

Ringkas namun mempunyai makna yang tersirat, di hujung kertas tersebut ada satu lambang yang tidak mampu ditafsir olehnya, laju tangannya mencapai SmartPhone Sony XA miliknya, gambar diambil lalu dia meletakkan nota tersebut kedalam plastic beg.

Setelah selesai, mereka terus pulang dan memberitahu bahawa kawasan tersebut telah diletakkan dengan pita keselamatan yang menunjukkan itu adalah crime scene yang melarang pencerobohan.

"Encik Adrian, We will come back tomorrow morning, and crime scene cleaner will cimw with us"

"Owh, ok, you nak cakap you akan datang kejap lagi kan? It's already 3 a. m. Inspector. "
"Yaa, will come on 7. Tq"

Rian hanya membiarkan pegawai polis beredar, Falih telah lama pulang kerumahnya, Rian memanggil dua lelaki tersebut turun kebawah.

"Bob and Man, aku nak korang jaga rumah ni, aku tidur hotel malam ni, pastikan tiada siapa keluar masuk rumah ni, jaga keselamatan MakJah sekali, kalau dia nak balik, salah seorang daripada korang pergi hantar, faham"

"Baik bos! "

Adam mencapai kunci keretanya, tiba-tiba dia rasakan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar, menandakan ada pesanan yang masuk.

From: Unknown
To: Adam Adrian
You should regret for what you have done Adam Adrian! I'm totally messed up with your idea! Stop it or Death? HAHAHAHA

Rian terdiam, dia hanya memerhatikan keadaan sekelilingnya, kenapa dia merasakan sesuatu yang tidak kene? Bagaimana si penghantar tahu number nya, bagaimana dia tahu pasal kehadiran polis? Death? Siapa?

Adam Adrian terdiam seketika sebelum dia meninggalkan perkarangan rumahnya.

Hye readers 😘😘 tq baca and dont forget to vote and comment ok?
-author-

Read this too:
Biar masa membunuhnya by Aree Izat
https://my.w.tt/UiNb/g3VsG7LEVJ

IdentitiWhere stories live. Discover now