Bab 13 CCTV

267 21 2
                                    

Sunyi. Satu perasaan yang menjalar kedalam hati Adrian ketika ini, dia tidak tahu siapa yang harus dia adukan segala hal. Telefon bimbitnya entah kemana, Falih hanya hanya sesekali datang dan bertanya khabar sebelum menghamburkan segala kata-kata tomahan. Dia memerhatikan keadaan sekelliling, ruangan yang dikawal sepenuhnya dengan komputer di bilik kawalan tempat Falih bersembunyi. Dia tersilap percaturan, dia fikirkan bahawa Falih adalah sahabat yang akan mengisi kekosongan di hatinya, sahabat yang akan meminjamkan bahu untuknya mengagihkan beban yang tidaktertanggung, namun segalanya hampa, Falih dihantui amarah dan dendam yang dia sendiri tidak pasti mengapa Falih bersikap sedemikian rupa.

Dia memerhatikan botol-botol mineral yang disediakan untuknya, namun tiada perasaan untuknya makan dan minum, Adrian memulakan misinya untuk mengemas ruangan tersebut, dia tidak betah duduk dalam lautan makanan dan keadaan yang tidak teratur. Dia menyusun semua mineral di satu ruang, kotak-kotak mineral tersebut digunakan untuk mengisi burger-burger yang ada supaya bau-bauan yang tidak enak dapat diperangkap untuk jangka masa pendek. Adrian kemudian tersandar di dinding, keletihan mengemas segala ruang. Kemudian dia  terdengar suara Falih yang sedang berbual telefon bimbit, malas mahu mengambil kira Adrian mula membaling dirinya ke tempat yang ada disediakan sekeping kotak,dia bercadang untuk tidur.

Dalam masa yang sama....

Bengang dengan sikap pemanggil, Falih tidak dapat apa yang dia inginkan, bukan susah tugasan yang diberinya, hanya perlu pastikan mangsa berada di rumah yang telah mereka rancangkan tetapi itu pun orang suruhannya tidak dapat melakukannya.

"Aku nak kau pastikan bendalah tu ada pada kau, dan pastikan pengahasilannya tiada siapa tahu, lepas kau dapat bahan tu, bagi dia ganjaran yang lumayan, jangan sampai kau yang aku bagi ganjaran tu, faham?" tanya Falih dalam nada yang tegas berbaur muslihat.

Dia melihat ke arah screen komputernya, kelihatan Adrian yang sedang berbaring, bilik itu kelihatan kemas, bagus, lagi mudah untuk aku aturkan strategi. 

"Adrian, penat ke mengemas. Ye lah selalu kau mengarah orang je, ok Bro, kau nak tahu akan ada berita yang menggemparkan esok, alaa, mesti kau tak tahu, kau kan orang gua, ok let me tell you, urm dari mana aku nak mula ye ? Baby shark doo doo doo doo, baby shark doo doo doo doo, baby shark doo doo doo, baby shark, mommy shark doo doo...."

"Kau nak buat apa lagi Falih?" Adrian memintas Falih yang sedang menyanyikan lagu baby shark, menyampah, terasa berbual dengan orang yang mengalami masalah mental.

"Huh! Kau dah kene seksa pun still taktahu sabar, ok esok akan terpampang didada akhbar yang kau adalah pembunuh kepada Rycca, pembunuhan beracun, hahaha, ataupun Rycca pembunuh kepada kau, aku masih pening nak bunuh siapa kau ada idea tak ?" tanya FAlih seolah-olah menganjing. "Eh, ke kau nak aku bunuh dua-dua? Yelah, bosan tau jadi hamba cinta korang, bukan aku dapat faedah pun" nada cemburu terserlah menyebabkan Rian mendapat idea.

"Kalau kau bunuh aku,kau akan dapat Rycca, tapi kalau kau bunuh Rycca kau akan kena imbas memori aku dengan dia, kau sanggup ke?" balas Rian, mengikut percaturannya, ini adalah langkah yang terbaik untuk menyelamatkan Rycca, pembunuhan yang dilakukkan Falih semuanya kelihatan agresif, dalam setiap tindakan Falih ada kekurangan dan mesti ada ruang-ruang kelemahan yang boleh membuatkannya menumpaskan Falih.

"As your wish, ok... Haa, kau kan nak mampos, nak makan apa-apa tak? Wahai kawan...." Tanya Falih dengan nada yang jelas bangga dengan keputusan Adrian. "Nothing" sepatah sahaja yang mampu Adrian lafazkan, serebrumnya ligat memproes data untuk memastikan beberapa impuls dihantar ke serebelum dan medula oblongata sebelum merangka strategi yang lebih mapan.

Falih tersenyum, Adrian aku tahu apa yang kau fikirkan, kematian pastinya menjanjikan sesuatu yang sangat kau tidak impikan. Falih berlalu pergi, masih bayak urusan yang harus di jalankan. CD yang tertulis Tin Mayat diambil sebelum dia berlalu pergi.

IdentitiWhere stories live. Discover now