Bab 16 Lelaki Misteri

235 22 4
                                    

Melihat lelaki dihadapannya yang tidak menampakkan langsung kegagahannya menyebabkan hatinya bagaikan disuntik dengan antidot ketawa. Kemana hilangnya keberanian lelaki tersebut yang sanggup merentap satu persatu nyawa sehinggakan dia terlupa bahawa nyawanya juga boleh direntap dalam keadaan dia tidak bersedia. Lelaki yang berbangga kerana telah berjaya mencabuli keamanan dunia kini terduduk dengan wajah yang tidak berdarah serta ketakutan.

"Mesti kau ingat aku mati kan hari tu? Macam mana aku nak mati? Kalau kau tak pastikan tu betul-betul aku, takkan kau terlepas pandang kot?" Tanya Rian dengan nada yang sinis kerana setahunya Falih seorang yang teliti dalam melakukan kerja. Diam tiada sahutan daripada Falih, tidak membangkang dan tidak mula mengiayakan kata-kata Rian. Dia masih terkejut dengan jasad Rian yang berdiri dihadapannya.

"Kalau kau fikir kau cukup licik untuk kalahkan aku kau silap, silap sangat, sebab kau dan aku ada naluri dan cara fikir yang sama, bezanya kau bertindak mengikut nafsu dan aku bertindak mengikut kewarasan akal. Tapi setelah kau ragut kepercayaan aku, kau hancurkan ikatan persahabatan, sudah terpadam segala kenangan, kau tahu kenapa? Kesakitan yang kau tinggalkan tu tak ubah macam lelaki tua tu buat dekat aku" nada yang awalnya tenang kini sudah berubah tegang, tiada lagi senyuman di wajah Rian.

"Aku cuma tunaikan kata-kata kau, kau yang nak aku bunuh kau, bukan aku tiba-tiba nak bunuh kau, sepatutnya kau tetap akan mati, sebab kau terhidu Ricin. Tapi?" Falih terdiam, dia hanya menunduk tanpa memikirkan apa yang akan dikatakan olehnya. Dia tahu seandainya dia bersuara pastinya dia akan dibangkang, tiada sebarang alasan yang kukuh untuknya membunuh.

"Hari yang sepatutnya kau bunuh aku, aku telah pengaruh minda perkerja kau untuk lepaskan aku, pastinya kau tahukan bagaimana pukau digunakan dalam asap rokok? So, well known lha bro. And then aku lepaskan diri, camera kau dinyahaktifkan, ingat kecanggihan teknologi juga ada kelemahannya, jadi aku manfaatnya, pakaikan topeng muka yang sama dengan muka, dan pada hari tu kau bunuh dia" kata Rian.

Falih berdehem sebelum membetulkan kedudukannya. Sebelum ingin berduara namun kata-katanya terhenti apabila Rian mula melangkah menghampirinya.

"Kau tahu Ricin memerlukan lebih daripa 24 jam untuk membunuh seorang manusia dengam berat 160 paun ? Dan kau tahu kuantiti yangbkau gunakan kurang daripada 70mg, jadi tempoh untuk Ricin bertindak balas berkurangan. Vaksin yang kau beri kepada perkerja kau aku telah manfaatkan, dan kau terlupa Ricin juga membunuh jika kau terhidu, dan salah seorang yang tidak disuntik vaksin adalah Rycca."

Wajah Falih berubah serta merta. Takut. Dia takut kehilangan Rycca.

"Tapi kau cuai, aku suntik dia dengan vaksin waktu kau sibuk sangat berbincang dengan lelaki-lelaki tak guna tu, dan kau tahu, aku akan bawa ini semua ke muka pengadilan. Aku ada bukti, malah rakaman Camera kau pun aku dha siap untuk hantar. HAHAHAHAHA" jelas nada bangga dilontarkan oleh Rian.

Falih tersenyum sinis. "Kau yakin untuk menghantar video tersebut Adam Adrian? Kau yakin aku yang akan dibicarakan? Kau yakin? Kau yakin ke? Atau sebenarnya kau yang perlu dibicarakan?HAHAHAHAHAHA" ketawa Falih terburai, bersama nada sinis.

"Adrian, Adrian, Adrian! Look at me! Look into my eyes, kau tak ingat kejadian yang menimpa kita 10 tahun yang lalu? Kau tak ingat? Atauuuu... kau nak aku ingatkan?"

Adrian terdiam, mukanya kehilangan darah, tanggannya menggeletar. Peristiwa 10 tahun lepas kembali menerjah kotak fikirannya.

"Kau yakin peristiwa 10 tahun lepas akan bebaskan kau daripada kes ni? Kau yakin? Hahahaha, aku tak yakin dan aku rasakan kau akan dihukum lebih lagi dari sepatutnya. Peristiwa yang akan membuka mata dunia siapa Adam Adrian yang mereka sanjung, kau nak aku ingatkan?!" Falih mula mengetuai perbincangan, keadaan menjadi tegang, dia mahu Adrian mendengar segalanya.

"Kau ingat tak macam mana ayah kau mabuk malam tu? Kau ingat tak apa yang berlaku pada kita bertiga? Kau ingat tak?" Falih mula baran, soalannya tidak berjawab.

"Kau punca berlaku semua ni Falih, kalau kau tak call dia, semua tu tak jadi, kau takkan jadi macam ni, desperate of love! Kau buang persahabatan ni. Kau bunuh sana dan sini. Kau sedar tak apa yang kau buat ?" Tempik Rian, dia tidak mahu mengingati kembali peristiwa tersebut.

"Aku ke kau? Aku ke yang terdesak? Ke kau yang terdesak? Aku ke yang buang ke kau yang buang? Aku ke? Schizophrenia ke kau ni? PTSD ke kau ni ? Kau yakin dengan doktor-doktor tu? Kau ingat aku tak tahu, eh kau lupa ke? Aku dan kau ada persamaan. Kau lupa?" Nada Falih berubah-ubah kelihatan seperti seorang penghidap penyakit mental.

" Kau ingat kenapa perempuan tu dibunuh dan diikat? Dia adalah anak kepada perempuan yang ayah kau curangi tu, kau tak ingat? Dia yang ayah kau campak dekat tepi rumah orang, dan lepas pada tu perempuan tu mati, ayah kau mati. Kau tak ingat? Dia buat pemalsuan identiti, kau tak ingat dia jumpa kau untuk buat semua tu? Kau lupa ke?" Tanya Falih seolah-olah mendesak Adrian untuk ingat kembali.

Adrian mengeluh air matanya kini sudahpun mengalir. "Mayat dalam tin tu?"

" Lelaki tu? Geng Sajat tu? Dia yang dulunya menganjing kau, waktu kau dibangku sekolah. Kau tak ingat? Lepas pada tu, 2 tahun yang lepas dia datang studio kau dan cuba untuk menyebarkan fitnah yang lukisan kau adalah sebuah karya yang berteraskan karya-karya lama yang tidak diangkat, tahun tu kau mengalami zaman kemunduran. Kau lupa dengan mudah?" Tengking Falih.

"Kenapa ... Nedim?"

" Sebab lelaki tu ganpir saja tahu kegiatan kau bodoh! Dia siasat aktiviti kau! Dan Nadiah dan Harraz terlalu lambat untuk menyelesaikan kes ni, aku bosan dengan permainan yang takde cabaran, langsung takde keseronokan." Falih diam seketika.

"Aku bunuh? Kau yakin aku bunuh? Kau nak tengok siapa yang bunuh? Kau yakin aku ? Rycca atau aku atau kau yang membunuh? Haa? Alibi hanya Rycca je yang selalu menghilang. Kau yakin sekarang ni aku membunuh? Atau pun kau yang membunuh? Hahahahaha." Falih terus menaburkan pelbagai persoalan sehinggakan Adrian mengetap rahangnya, sakit, sakit apabila diperlakukan sebegini.

"Kau perlu dirawat Falih, kau mengalami masalah mental, percayalah pada aku" rayu Adrian.

"Seriously?  Schizophrenia itu kau fikirkan?" Tanya Falih yang mulai berubah wajahnya, wajah yang kelihatan sedih dan terkesan dengan pertanyaan Adrian. Namun, apakah Falih perlu tahu akan tahap kesihatan mentalnya.

******

Sorry late update, sepatutnya malam tadi... Hahaha... tapi bz sikit.

Btw, guys next nak novel horror ke novel cinta? PM or comment ok?
a. Gangguan
b. Pelangi Senja

Don't forget to vote yaaa reader" sekalian.

IdentitiWhere stories live. Discover now