Bab 8 Virus dalam Gelombang

325 22 4
                                    

Nadiah menanti rakan-rakannya tiba, keadaan Harraz yang terbaring dilantai menyebabkan segala sendi dibadannya seakan lari dari posisi asalnya, Harraz lelaki yang tidak pernah cuai dalam setiap tindakan, tidak pernah musuh dapat menyentuhnya, mengapa kini dia terbaring kaku didalam pejabatnya, siapa Harraz yang berbual dengannya seketika tadi? Apa maksudnya dia akan menanggung kepenatan yang lebih selepas ini.

Pasukannya telah tiba, stuff hospital diperiksa satu persatu bagi memastikan tiada penyamaran, sungguh Nadiah tidak percaya, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang berjaya menyahaktifkan segala sistem dipejabat Harraz dan memalsukan identitinya dikawasan dikelilingi polis. Siapa lelaki tersebut, mengapa dia terlalu pakar dalam segala gerak geri.

"Puan rakaman CCTV telah kami periksa, tapi CCTV tidak merakam sebarang kejadian, dalam erti kata lain, CCTV di on tapi bukan untuk rakaman, jadi tiada bukti yang dapat kita cari" kata seorang pemuda kepada Nadiah. Segaris senyuman dilemparkan ke arah lelaki tersebut.

" Pastikan ambulans yang membawa Tuan Harraz diiring dengan kawalan yang ketat, saya mahu CCTV disekeliling kawasan ini diperiksa, pasti ada sesuatu yang mampu merakam dan mendapatkan bukti siapa pelakunya" dingin nada yang dilontarkan Nadiah, fikirannya buntu, kenapa mudah sekali Harraz ditumpaskan, mengapa?

"Telefon tuan Harraz saya akan ambil untuk siasatan, pastikan pegawai IT kita berada disini, apa-apa hal maklumkan kepada saya, pastikan tiada pihak media yang berjaya menghidu kes ini, atau segalanya menjadi lebih rumit faham?"
Nadiah terus melangkah kelaur dari banggunan tersebut ada sesuatu yang perlu dia kaji dan teliti, telefon bimbit Harraz tidak dibuka, dia beruntung kerana telefon peribadi Harraz merupakan telefon model Sony XZ, jadi mudah kerjanya.

Dia terus memandu laju keretanya meninggalkan kawasan kejadian.

Di Hospital

"Keadaannya masih lemah, beberapa botol adrenaline kami telah suntik bagi memastikan jantungnya berfungsi dengan elok, degupan jantungnya juga lemah, kami masih mencari punca jantungnya tiba-tiba lemah dan why he fainted" kata seorang doktor wanita yang bertudung labuh sambil menghadiahkan senyuman kepada seorang petugas polis disitu.

Laju sahaja lelaki tersebut menaip maklumat untuk dihantar kepada Inspektor Nadiah, dia tidak mahu wanita itu berada dalam keadaan risau, wajahnya yang pucat sebentar tadi menjengah kotak fikiran lelaki tersebut, perlahan-lahan senyuman terukir dibibirnya.

To: Inspektor Nadiah
From: OP39
Keadaan Tuan Harraz masih lemah, kawalan keselamatan telah kami ketatkan, terdapat seorang Doktor merawatnya dan empat orang jururawat yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan. Semua data pekerja yang bertugas saya telah hantar.

Nadiah membaca teks tersebut. Dia terus keluar daripada kereta miliknya dan berjalan ke arah sebuah rumah yang agak terpencil. Didalamnya terdapat seorang lelaki pakar IT yang bergiat secara haram mengakses data-data untuk manfaatnya sendiri.

Password please...
Belum sempat Nadiah menekan loceng terdapat sebuah screen dipintu yang meminta password. Bengang dengan sikap si pemilik rumah Nadiah terus menekan password pintu rumah tersebut.

No No No Wrong Password, audition tahun depan, sila cuba ya, HAHAHAHA
Baru sahaja Nadiah ingin menembak tombol pintu rumah tersebut, pintu telah dibuka daripada dalam. Nadiah terus menyimpan pistolnya .

"Wow, akak manis, tak perlulah nak tembak ointu rumah aku, nanti tak berpintu aku" kata seorang lelaki yang lebih dikenali dengan King Cyber, atau nama sebenarnya Nadim, adik kepada seorang inspektor di bawah unit jenayah, Inspektor Nadiah.

"Kau yang nak main-main, aku tahu kau tahu aku nak datang"
"Hahaha, apehal kau cari aku, duduk je kat situ, tak payah nak gerak, berdiri elok-elok"

IdentitiWhere stories live. Discover now