SEASON 1 ; 1

1.3K 32 1
                                    


"JOM PERGI FUNFAIR..." ajak Danny dengan wajah ceria.

Usulnya diterima bulat-bulat. Yalah funfair kot. Tapak pesta yang menggembirakan. Imriz, Jeff dan Airil mengangguk setuju. Ketiganya enak mengunyah biskut kering yang bersusun di dalam pinggan plastik.

"Nak pergi bila?" Jeff bertanya.

"Malam ni. Funfair 666 tu..."

Kata-kata Danny berjaya membuatkan biskut kering yang sedang dikunyah tersembur keluar dari mulut rakan-rakannya.

"Hah?!" Mereka bertiga berkata serentak. Mata ketiganya terbeliak luas.

"Funfair 666? Nak buat apa ke situ? Funfair lain ada kot!" Imriz berkata tidak puas hati. Funfair itu diberi nama 666 kerana ia sudah terbiar lama. Sudah hampir 16 tahun ia menjadi tempat jin bertendang. Pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan dilaporkan berlaku di situ.

"Baru thrill..." Danny tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya. Funfair yang meriah dan warna-warni sudah terlalu biasa dan tipikal. Funfair 666 barulah feelnya lain macam sikit.

"Amacam? Nak pergi tak?" Dia mahukan kepastian dari rakan-rakannya.

Airil, Imriz dan Jeff berbalas pandangan. Haish ada-ada sajalah si Danny ni! Funfair 666 tu memang berpuaka!

"Kecut?" Danny memerli mereka. Demi membuktikan kejantanan mereka, akhirnya rakan-rakannya bersetuju untuk ke funfair itu pada malam kelak.

"Pukul berapa nak ke sana?" Soal Airil. Memang mencari nahas sungguh. Ni namanya misi mencari penyakit.

"Lepas Isyak. Perjalanan nak ke sana ambil masa dalam 2 jam lebih gak. Dekat pukul 12 tengah malam sampailah." Balas Danny dengan muka teruja.

Yang lain sekadar menelan liur. Dahlah ke funfair 666, lepastu sampai sana dekat pukul 12 tengah malam pulak. Memang betul-betul kerja gila ni.

"Nak stay kat sana sampai pukul berapa?" Jeff sudah bingung.

"Ala rilekslah beb... Harini kan Jumaat. Kita stay sana sampai hari Ahad lah."

Aduh, Danny ni memang hampeh betul. Sampai hari Ahad? Nak duduk sekali dengan hantu jembalang betul-betul nampaknya ni. Sabar ajelah. Jeff menggaru kepala yang tidak gatal. Krukk krukk bunyinya. Dia dengan yang lain kehilangan idea untuk membuat bantahan.

Danny tersengih nakal, "Aku nak letak khemah dalam bonet kereta kejap. Al-maklumlah nak bercamping kat taman hantu kuikuii...."

Serius rasa nak cepuk pun ada si Danny ni.

*****

JAM sudah menunjukkan pukul 9 malam. Cuaca pada malam itu berangin sahaja. Macam tahu-tahu sahaja empat sekawan itu mahu ke funfair 666. Danny sudah menghidupkan enjin kereta dengan penuh semangat. Airil, Imriz dan Jeff masuk ke kereta dengan muka toya. Demi membuktikan kejantanan mereka, mereka sanggup menempuh perjalanan yang penuh puaka ini.

Danny menyanyi-nyanyi kecil sambil memegang stereng. Hatinya gembira sekali. Akhirnya dia berjaya meracuni fikiran rakan-rakannya untuk ke sana. Yalah tak seronoklah kalau ke sana seorang diri.

"Nak mandi kat mana nanti?" Tanya Imriz secara tiba-tiba. Funfair 666 sudah lama terbiar. Memang tiada sumber air dan elektrik.

"Tak jauh dari situ ada public bathrooms. Kita boleh mandi dekat situ." Danny membalas tanpa menoleh ke belakang.

"Elektrik?" Tanya Airil yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

"Elektrik memang takde. Sebab tu aku bawak pelita ayam. Haa, baru camping betul-betul geng. Torchlight pun aku ada bawak."

Kemudian suasana menjadi hening buat seketika. Semua soalan ada jawapannya. Danny memang hebat.

30 minit sebelum sampai, mata Jeff terlihat sesuatu. Dia menajamkan pandangannya tetapi ia hanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Dia ternampak satu kelibat berkain hitam yang berlari di bahu jalan. Seolah-olah sedang mengejar kereta yang sedang dipandu Danny itu.

Debaran di dada kian memuncak. Belum sampai sudah ternampak yang bukan-bukan. Entah apa yang bakal mereka jumpa ketika di sana nanti.

"Kenapa Jeff?" Tegur Imriz yang perasan dengan perubahan pada riak mukanya.

Jeff menggeleng-geleng, "Takde apa-apa..."

Imriz tidak lagi bertanya tetapi dia tahu ada sesuatu yang mengganggu perasaan rakannya itu. Muka pun pucat semacam. Macam nampak hantu aje?

*****

DANNY memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu pagar utama funfair 666. Mereka merenung apa yang berada di hadapan mereka dengan perasaan yang bercampur-baur. Sudahlah sunyi, seram, menakutkan..... Argh!

"Baca doa apa yang patut dulu sebelum aku drive masuk ke dalam." Danny memberi peringatan. Dia akan memarkir kereta di dalam kerana mereka akan memasang khemah di situ.

"Tunggu.... Sebelum tu kita keluar dulu tengok-tengok. Jangan main redah aje." Nasihat Airil. Dia lebih bimbangkan manusia yang berhati syaitan sebenarnya. Manalah tahu ada orang-orang jahat ke dalam funfair ni.

Yang lain bersetuju. Mereka keluar dari kereta dan berdiri di sisi kenderaan itu sambil memandang ke tapak pesta yang sudah terbiar selama belasan tahun. Hanya Danny yang berasa teruja. Manakala rakan-rakannya tidak henti-henti menyeka peluh sejuk yang asyik mengalir di dahi.

"Okey dah cukup masa untuk ni. Masuk kereta, aku nak drive masuk..." Danny memberi arahan selepas hampir sepuluh minit berdiri di luar.

Imriz merenung jam di tangannya. Hanya tinggal 15 minit lagi sebelum masuknya waktu tengah malam.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now