SEASON 2 ; 5

374 15 0
                                    

"KAU OKEY TAK NI LIFF?" Tanya Razif dengan muka terkejut. Sesungguhnya Aliff nampak sangat tidak okey pada pagi itu.

Aliff masih menggigil-gigil dan nafasnya berbunyi-bunyi. Bagaikan orang yang sakit asma dan Aliff bukannya penghidap asma. Razif dan Ikhwan tahu tubuh rakan mereka itu telah dihuni oleh sesuatu yang ghaib. Dalam masa yang sama keduanya masih berusaha membuka pintu bas.

"Nak pergi mana?" Soal Aliff dengan suara yang berlapis-lapis.

Ikhwan dan Razif tergamam. Memang tidak syak lagi. Aliff sedang kerasukan! Bagaimana mereka mahu keluar dari bas sekolah itu? Yang lain sedang berada jauh dari pintu pagar utama funfair. Mereka juga sedang lena diulit mimpi.

"Dah datang, ingat senang-senang nak berambus?"

Razif dan Ikhwan menepuk-nepuk pintu bas dan menjerit-jerit meminta tolong. Suara mereka hanya berlegar di dalam bas sahaja. Tidak kedengaran hingga ke luar. Mereka menjerit sampai kerongkong mereka perit tetapi semuanya sia-sia sahaja. Pintu bas tetap tidak dapat dibuka dan mereka terus terperangkap dengan Aliff yang sudah dirasuk sesuatu yang ghaib.

"Kau takkan dapat lari. Temankan aku.... Kita mati sama-sama..." Kata Aliff seraya ketawa berdekah-dekah. Ada hilai tawa perempuan di luar yang turut sama ketawa dengan Aliff.

"Mengucap Liff." Nasihat Razif. Dia sendiri sudah kelu untuk membaca ayat-ayat suci. Berserabut habis kepalanya. Begitu juga dengan Ikhwan.

Aliff yang tiba-tiba duduk di seat paling belakang memeranjatkan dua remaja itu. Mulut Aliff terkumat-kamit bagaikan membaca sesuatu yang tidak difahami apa bait ayatnya. Semakin lama semakin banyak suara yang ikut berbunyi dari luar bas. Bercampur-campur suara garau lelaki dan suara halus perempuan.

"Mengucap Liff, mengucap..." Razif mengulangi nasihatnya dengan suara yang tersekat-sekat. Dia dan Ikhwan kini menyandarkan tubuh mereka ke pintu. Terus berusaha membukanya walaupun ia tetap berkunci kemas.

"Betul tu Liff... Mengucap Liff..." Sokong Ikhwan.

"Diamlah bodoh!" Aliff berteriak penuh kemarahan.

Automatik Razif dan Ikhwan berhenti bersuara. Lidah mereka terkelu. Kehilangan kata-kata. Aliff sudah dikuasai sepenuhnya. Kemungkinan dia sudah lupa yang mereka ialah rakan-rakan baiknya. Apa yang pasti, kebencian yang meruap-ruap terzahir dari nada suara Aliff.

"Wan, aku tak ingat surah Qursi.....Kau ingat tak? Kalau ingat, tolong baca kuat-kuat..." Bisik Razif. Dia benar-benar buntu. Ketakutannya menyebabkan kepala otaknya bercelaru teruk. Pertama kali dia berdepan dengan situasi begini.

"Aku pun tak ingat...." Balas Ikhwan dengan dua tangan di kepala.

"Tolong! Cikgu! Abang Zack!!" Hanya itu yang mampu dilakukan oleh dua orang remaja itu. Terus menjerit meminta tolong.

"Kau jeritlah sampai mati....Kau takkan terlepas dari aku." Aliff berkata penuh sinis. Skrin handphone diswipe dan wajahnya disinari cahaya dari telefon bimbit itu. Ketika itu, Razif dan Ikhwan dapat melihat wajah Aliff dengan jelas.

Mata Aliff putih dan bibirnya pucat.

"Boo!" Aliff mengacah...

*****

CIKGU Haiqal membuka mata. Bagaikan ada seseorang yang meniup wajahnya sebentar tadi. Dia menoleh ke sebelah. Abang Zack masih lena. Dia toleh ke sebelah lagi, Aliff juga masih tidur. Eh, tapi di mana Razif dan Ikhwan?

Dia bingkas bangun dan mengejutkan Aliff dari tidur.

"Kawan-kawan awak mana?"

"Tak tau cikgu...." Balas Aliff separuh mamai. Dia menguap beberapa kali.

Cikgu Haiqal keluar dari khemah dan memeriksa semua khemah pelajar lelaki dan dua remaja itu memang tiada. Dia mulai bingung dan terpaksa memanggil Cikgu Hani dari luar khemah. Dia khuatir jika ada perkara yang tidak elok berlaku ke atas mereka.

"Kenapa cikgu?" Tanya Cikgu Hani. Dia menjengulkan kepala di pintu khemah.

"Razif dengan Ikhwan takde dalam khemah cikgu."

"Dia orang tidur dalam khemah lain kot?"

"Saya dah cari. Memang dia orang takde."

Cikgu Hani segera keluar dari khemah dan turut bingung memikirkan apa yang terjadi. Tidak lama selepas itu, Emma menyusup keluar dan berdiri di hadapan dua cikgu itu. Dia kelihatan serba-salah.

"Ada apa Emma?" Cikgu Hani bertanya. Dia memegang lengan remaja itu dan tidak sabar mahu mendengar apa yang mahu dikatakan Emma.

Emma memandang ke pintu pagar utama. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 5:15 pagi. Suasana masih gelap dan mendinginkan.

"Kenapa Emma?" Tanya Cikgu Hani lagi.

"Saya dengar bunyi tempikan kuat dari dalam bas tadi cikgu....." Kata Emma.

"Haa?" Cikgu-cikgu itu terlopong. Bunyi tempikan?

"ALLAH...." Cikgu Haiqal terus berlari ke pintu pagar utama. Dia pasti tempikan yang didengari oleh Emma itu suara Razif dan Ikhwan.

Cikgu Hani bergegas mendapatkan Abang Zack yang kebetulan baru bangun. Lelaki itu baru keluar dari khemah dengan muka yang penuh pertanyaan. Belum sempat dia bertanya apa-apa, Cikgu Hani menceritakan semuanya. Dia kemudiannya berlari ke pintu pagar utama dan menyusul langkah Cikgu Haiqal sehingga ke bas yang terletak di luar.

Cikgu Hani, Emma dan beberapa pelajar yang lain turut menyusul dari belakang. Tidak lama kemudian, kepala mereka dibasahi titisan air hujan yang kembali turun menimpa ke bumi.

Cikgu Haiqal dan Abang Zack menolak-nolak pintu bas tetapi ia berkunci. Baru sahaja mereka berhajat untuk merempuh, pintu itu tiba-tiba terbuka luas. Tanpa berfikir panjang, dua lelaki itu terus berlari masuk ke dalam. Di dalam kesuraman dinihari itu, mereka berdiri di dalam bas dengan bulu roma yang meremang hebat.

"Ikhwan? Razif?" Panggil Cikgu Haiqal.

Tiada jawapan walaupun ada dua susuk tubuh di tempat duduk paling belakang yang sedang duduk bersandar secara bersebelahan. Mereka pasti Ikhwan dan Razif.

"Awak berdua okey ke?" Tanya Cikgu Haiqal. Keduanya membisu sahaja. Hanya bunyi unggas hutan yang kuat berbunyi di luar.

Cikgu Haiqal mengatur langkah perlahan-lahan tetapi lengannya dipegang oleh Abang Zack. Langkahnya terhenti serta-merta. Dia memandang Abang Zack dengan penuh tanda tanya.

"Kenapa bang?"

"Saya rasa lebih baik kita keluar dari sini cikgu....." Abang Zack berkata gugup.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora