SEASON 2 ; 10 - AKHIR

544 30 6
                                    

BAU busuk amat meloyakan tekak terus menusuk-nusuk ke hidung. Cikgu Hani cuba bangun tetapi tubuhnya sakit-sakit kerana terhempas ke dinding rumah hantu. Tangisan itu semakin rancak berlangsung di hadapannya. Ketika dia berusaha untuk bangun, sundel bolong mula bergerak memusingkan tubuhnya. Kini dia sedang berdiri menghadap Cikgu Hani. Mereka hanya berjarak beberapa sentimeter sahaja.

Allahuakbar...

Cikgu Hani memejamkan mata lalu cuba mengingati beberapa ayat suci. Dia tidak boleh terus begitu. Dia harus bangkit dan melawan iblis itu. Dia cuba melupakan kesakitan yang mencengkam tubuh lalu mula bangun dan membaca ayat Qursi yang mula kembali ke kotak ingatannya.

Sekejap sahaja sundel bolong itu menjadi tidak keruan. Dari menangis dengan penuh sayu, dia menjerit-jerit penuh kemarahan. Lubang di tengah tubuhnya semakin membusuk dan semakin dipenuhi ulat yang menjijikkan. Beratus-ratus ekor jatuh ke tanah.

Cikgu Hani memandang ke arah para pelajarnya yang pengsan sambil terus membaca ayat-ayat suci. Dia mengatur langkah perlahan-lahan. Semakin menjauhi si sundel bolong. Dia harus membangunkan pelajar-pelajarnya tetapi bagaimana? Kerana dalam waktu yang sama dia harus membaca Qursi. Dalam kebingungan akhirnya muncul Cikgu Haiqal dan Abang Zack.

Syukur ya ALLAH.

Cikgu Haiqal pantas membangunkan Emma dengan yang lain sambil dibantu oleh Abang Zack. Mereka berdua akhirnya berjaya bebas dari apa yang mengganggu mereka di luar. Itupun selepas Cikgu Haiqal berjaya mengusir iblis-iblis itu setelah berusaha sekian lama.

Kemudian mata Cikgu Haiqal dan Abang Zack terpaku pada Aliff yang berdiri berhampiran unggun api. Rahangnya sudah tercabut dari wajah dan matanya terbuntang luas. Sedang memandang ke arah mereka dengan penuh dendam. Dia tidak akan membenarkan manusia-manusia ini bebas!

"Aliff, Ikhwan dengan Razif......"

"Dah takde kan?" Sambung Cikgu Hani sebelum Cikgu Haiqal sempat menghabiskan kata-kata.

"Macam mana cikgu tau?"

"Emma yang bagitau saya."

Wajah lembut Cikgu Hani diperhatikan buat beberapa saat. Ada riak sedih pada wajah itu. Cikgu Haiqal mengangguk lemah. Kini mereka harus keluar dari funfair itu secepat mungkin. Sudah tiada masa untuk dibazirkan lagi.

Sundel bolong sudah mendiamkan diri. Kini hanya menunduk ke bumi dengan rambut yang berjurai menutupi wajahnya. Manakala Aliff pula hanya pegun berdiri bagaikan mannequin sambil merenung tajam ke arah mereka. Dia seperti mahu meratah mereka hidup-hidup. Tiada sesiapapun yang harus keluar dari situ hidup-hidup!

Mereka harus mati!

"Cikgu....."

Cikgu Haiqal, Cikgu Hani dan Abang Zack berhenti bergerak. Mereka merenung tanah selepas ditegur oleh Aliff. Ada apa lagi yang dimahukan makhluk itu?

"Cikgu nak pergi mana? Kan saya dah cakap yang kita cuma menunggu mati je. Cikgu, Abang Zack, semuanya akan mampus."

Cikgu Hani menelan liur. Suara itu tidak lagi merupa suara Aliff. Suaranya sangat garau dan menakutkan.

"Takde siapa yang akan selamat. Sekali masuk, sampai kiamat takkan keluar." Aliff menyambung. Dia ketawa terkekeh-kekeh. Ya, dia mahu mereka mati.

Pandangan Cikgu Haiqal beralih pada sekumpulan pemuda yang duduk mengelilingi unggun api pula. Salah seorang dari mereka sangat dia kenali. Seperti wajah Imriz. Imriz, rakannya ketika dia di universiti. Tetapi dia yakin itu bukannya Imriz yang sebenar. Mustahil.

Jelmaan 4 sekawan itu mula menyanyi-nyanyi kecil dan penuh kegembiraan. Liriknya menggambarkan kesakitan dan kematian. Sambil menyanyi sambil mereka memandang ke arah manusia-manusia itu. Tidak lama selepas itu, wajah mereka bertukar buruk. Tidak ubah seperti wajah mayat hidup.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jan 14, 2018 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin