SEASON 2 ; 8

377 15 0
                                    

API kemarahan semakin dirasai di situ. Bacaan ayat suci terganggu dan kadangkala fikiran Cikgu Haiqal jadi berserabut. Berkali-kali juga dia cuba menghabiskan bacaannya tetapi ternyata gangguan-gangguan membuat fikirannya bercelaru. Kemudian dia menoleh ke belakang, Abang Zack kembali di seat pemandu dengan jari yang menekan-nekan butang untuk membuka pintu.

"Memang tak boleh buka cikgu!" Abang Zack semakin panik.

Cikgu Haiqal meluru ke hadapan dan turut menekan-nekan butang itu. Perbuatan mereka ditertawakan oleh Ikhwan dan Razif.

"Nak pergi mana cikgu? Marilah lepak-lepak dengan kami. Tempat duduk masih kosong ni." Ujar Razif penuh sinis. Ikhwan ketawa berdekah-dekah.

Cikgu Haiqal dan Abang Zack berhenti dari menekan butang tersebut. Mereka sudah mati akal. Sudah tiada idea bagaimana untuk keluar dari situ. Abang Zack merenung cikgu muda itu tidak berkelip.

"Apa kata kita pecahkan tingkap lepas tu lompat keluar?"

Cadangan Abang Zack agak menarik pada pendengaran Cikgu Haiqal. Mereka sudah tiada pilihan selain memecahkan tingkap bas dan melompat keluar. Keluar sahaja dari situ, mereka akan membawa yang lain lari dari funfair yang berpuaka itu. Jika mereka harus jalan kaki, ya mereka akan pulang dengan berjalan kaki!

"Kau ingat senang ke nak bolos dari bas ni bodoh?" Tanya Ikhwan dengan nada marah. Dia merenung tepat ke wajah Abang Zack.

Bunyi tawa terkekek-kekek sayup-sayup kedengaran. Suara itu milik makhluk serba putih itu. Ya, dia yang duduk di antara Ikhwan dan Razif.

Cikgu Haiqal beristighfar panjang. Baru dia percaya yang tempat itu keras. Dia sendiri yang sedang melaluinya. Dia menyesali mulutnya yang agak lancang sebelum ini. Benarlah kata orang tua-tua, jangan celupar jika di tempat-tempat begini. Natijahnya sangat besar.

"Kita takde pilihan lain bang. Kita kena berserah pada ALLAH. Sambil baca Qursi, kita rempuh pintu bas sampai terbuka." Usul Cikgu Haiqal. Abang Zack mengangguk. Lalu keduanya bergerak ke pintu bas sekali lagi.

"Diamlah bedebah!!" Marah mereka di belakang tatkala mulut Cikgu Haiqal dan Abang Zack mula mengalunkan ayat Qursi. Sambil membaca, mereka cuba merempuh pintu berkali-kali.

"Kau nak pergi mana bodoh?!!" Jerkah Razif. Suaranya garau dan menggerunkan. Dia benar-benar marah dengan tindakan Cikgu Haiqal dan Abang Zack.

Bacaan dikuatkan. Dengan izin ALLAH, pintu akhirnya terbuka selepas dirempuh dengan kuat. Dua lelaki itu jatuh terjelepuk di atas jalan. Cikgu Haiqal bergegas bangun dan menarik lengan Abang Zack. Mereka harus cepat kembali ke khemah untuk menyelamatkan yang lain pula.

"Cikgu, tolong kami. Kami tak dapat keluar dari bas ni...." Kedengaran suara Razif dan Ikhwan merayu-rayu dari dalam bas.

"Jangan percaya cikgu. Tu bukan dia orang."

Cikgu Haiqal mengangguk lalu menyambung larian masuk ke dalam. Cikgu Hani dan para pelajar lain harus dibawa keluar dari funfair 666 dengan segera! Tiada masa untuk dibazirkan lagi. Lagipun dinihari itu tidak juga siang-siang. Matahari entah di mana bersembunyi. Hanya bulan penuh yang tergantung di kaki langit.

"Ya ALLAH..." Serentak keduanya bersuara.

Beberapa meter di hadapan, ada bas sekolah yang sama. Mereka kembali di tempat yang sama. Berpusing-pusing di lokasi yang serupa. Mereka sudah kepenatan. Baju T-shirt hitam yang dipakai keduanya basah lencun dengan peluh. Mereka akhirnya terduduk di atas jalan yang berdebu dan kotor.

"Macam mana ni cikgu?"

"Allahuakbar...." Hanya ini yang terlafaz dari mulut Cikgu Haiqal. Dia tercungap-cungap.

"Cikgu...."

Razif dan Ikhwan memanggil-manggil. Suara mereka halus dan kedengaran aneh. Di antara mereka masih ada makhluk putih itu. Ketiganya sedang berdiri di tingkap sambil menghadap Cikgu Haiqal dan Abang Zack.

"Selamat kembali ke neraka...." Ujar Ikhwan.

*****

4 jelmaan itu kini menyanyi-nyanyi penuh girang sambil merenung unggun api. Nyanyian mereka di dalam bahasa yang tidak mampu difahami oleh semua yang berada di situ kecuali Emma. Yang paling diulang-ulang ialah perkataan MATI. Emma sudah bingung. Nyawa mereka di dalam bahaya.

"Kita dalam bahaya cikgu."

"Kenapa Emma? Apa yang dia orang nyanyi tu?"

"Dia orang nak kita mati."

Jawapan Emma membuatkan Cikgu Hani dan pelajar-pelajar yang lain menelan liur. Mereka ketakutan. Walaupun mereka tidak memahami apa yang dinyanyikan namun mereka mempercayai Emma. Emma tidak akan bergurau dan dia benar-benar serius.

"Kita lari. Lepas kiraan tiga, ikut cikgu okey?" Bisik Cikgu Hani pada anak-anak muridnya.

"Cikgu...."

Cikgu Hani pantas menoleh dan melihat Aliff di belakang. Dia sedang berdiri di sisi khemahnya. Dia sangkakan Aliff bersama-sama Razif dan Ikhwan di dalam bas.

"Aliff cepat. Mari ikut cikgu."

Aliff menggeleng-geleng.

"Aliff!" Cikgu Hani memanggil-manggil. Dia tidak akan meninggalkan Aliff di situ bersama jembalang-jembalang itu.

"Dah takde gunanya cikgu. Kita takkan dapat keluar dari sini." Aliff berkata penuh yakin. Wajahnya selamba. Dia merenung Cikgu Hani dengan pandangan yang kosong.

"Aliff-"

Belum sempat Cikgu Hani menghabiskan ayatnya, Emma mendekatkan mulutnya ke telinga cikgu itu, "Tu bukan Aliff cikgu... Lebih baik kita lari dari sini secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi yang muncul."

Hah?

Cikgu Hani memandang Emma, "Apa maksud kamu?"

Emma mengetap bibir.

"Saya akan ceritakan lain kali. Sekarang kita pergi dari sini dulu."

Cikgu Hani terpaksa bersetuju. Dia mengangguk seperti orang bodoh. Dia tidak mahu membuang masa dengan lebih lama. Sempat dia membuang pandangannya ke unggun api, Aliff sudah berada di situ bersama-sama mereka.

Namun sejenak mereka terlupa yang sundel bolong itu masih ada. Nun sayup-sayup di hadapan. Melayang-layang bagaikan kain putih. Kadangkala bagaikan kabus dan menghilang kemudian muncul kembali.

*****

KILAT petir tiba-tiba menyambar kuat di dada langit. Cikgu Haiqal dan Abang Zack terkejut besar. Angin mula bertiup kencang sehingga membuatkan pokok-pokok bergoyang ke kiri dan kanan. Rintik-rintik hujan mulai tajam mengenai kulit muka.

Pintu bas yang bertutup sendiri kini terbuka seluas-luasnya.

MEREKA MAHU CIKGU HAIQAL DAN ABANG ZACK KEMBALI KE DALAM.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now