SEASON 1 ; 4

576 23 2
                                    

SUARA-SUARA di luar semakin rancak berbual. Airil menelan liur dan cuba bertenang. Mungkin itu sekadar halusinasinya sahaja. Dia kan separuh mamai ketika mengintai keluar khemah sebentar tadi. Suara-suara di luar masih kedengaran dan dia tahu itu bukan milik rakan-rakannya kerana mereka semua sedang lena di sebelahnya tetapi suara-suara itu memang mirip dengan suara mereka.

Ya ALLAH, moga ini sekadar ilusi sahaja.

Selepas berfikir beberapa minit, dia akhirnya berkeputusan untuk mengintai buat kali kedua. Mahu membuktikan yang itu semuanya tidak benar. Tidak mungkin dia dan rakan-rakannya berada di luar sedangkan mereka semua berada di dalam khemah. TIDAK MUNGKIN.

Dia menarik nafas dan menghelanya perlahan sebelum merapatkan wajahnya ke pintu khemah yang zipnya terbuka sedikit. Dengan jelasnya, dia melihat mereka berempat sedang duduk mengelilingi unggun api di luar. Sedang rancak berbual dan sesekali akan menyanyi-nyanyi riang. Cepat-cepat dia menjauhi pintu khemah setelah 'dirinya sendiri' menoleh dan memandang tepat ke khemah. Seolah-olah tahu ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka.

Nafas Airil turun naik. Dia separuh nyawa menahan debaran yang menggila di dalam hati. Nampaknya apa yang berlaku di luar bukanlah halusinasinya. Ia benar-benar wujud! Dia mengejutkan Jeff dari lena.

"Jeff, bangun Jeff!"

Lelaki itu terpisat-pisat.

"Bangun Jeff!"

Lena Jeff sudah terganggu. Dia melirik jam di handphonenya. Sudah hampir pukul 3:35 minit pagi.

"Kenapa Ril?" Dia bertanya.

"Ada jelmaan kita kat luar..." Jawab Airil dalam nada separuh berbisik. Mata Jeff serta-merta terbuka luas.

Tidak menunggu lama, Jeff merangkak menuju ke pintu khemah dan memeriksa sendiri apa yang didakwa Airil. Semasa dia mengintai keluar, jelmaan-jelmaan itu sedang merenung unggun api tanpa berkata apa-apa. Semuanya membisu seribu bahasa. Dia kembali ke posisi asal secara perlahan-lahan.

Pandangan dua sekawan itu bertemu lama. Perasaan keduanya bergolak hebat.

Imriz dan Danny masih lena. Keduanya belum mengetahui apa yang sedang berlaku ketika itu. Airil dan Jeff mengejutkan mereka dari lena dan awal-awal memberi isyarat SENYAP supaya tidak didengari oleh para iblis di luar.

Entah di mana silapnya, suara 'Danny' mengajak rakan-rakannya tidur dan pastinya mereka akan menuju ke khemah. GILA, BETUL-BETUL GILA!

"Ada orang kat dalam. Kita nak buat macam mana ni?" Soal 'Imriz' dengan penuh kenakalan.

"Heii orang di dalam.... Kitorang nak masuk. Bukalah zip khemah ni...." 'Jeff' mengetuk-ngetuk khemah sambil ketawa kecil.

Empat sekawan itu memandang ke pintu khemah dengan penuh ketakutan. Nak masuk ke dalam pulak? Manusia tidak akan bercampur dengan iblislah! Mereka kehilangan idea untuk tindakan seterusnya. Bagaimana jika jelmaan-jelmaan itu benar-benar masuk ke situ? Tanpa membuka zip khemah pun iblis-iblis itu boleh menyapa mereka di dalam.

Bacaan ayat suci sudah meniti di bibir masing-masing. Walaupun bacaannya tersekat-sekat tetapi tidak lagi berterabur seperti sebelum ini.

Suasana di luar sunyi dengan tiba-tiba.

Wajah empat sekawan itu sudah pucat lesi. Mereka tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Memang benarlah funfair ini berpuaka. Sudah tidak salah lagi. Terima kasihlah Danny!

"Nak buat apa sekarang?" Airil bertanya dengan tekak yang kering. Dia merenung rakan-rakannya untuk sebuah jawapan.

Danny merenung lantai buat beberapa saat lalu mendekati pintu khemah.

"Kau nak buat apa?" Imriz menyoal cemas. Jemari Danny sudah menyentuh zip khemah.

"Kita keluar...."

"Kau gila?!" Imriz tidak dapat menerima kata-kata Danny. Entah-entah jelmaan itu masih merenung mereka dari luar dan hanya menunggu mereka keluar sahaja.

Danny mengeluh, "Aku rasa benda tu dah takde."

"So kalau keluar, kau nak buat apa?" Jeff cuba mengawal emosinya.

"Kita balik." Itu jawapan Danny. Akhirnya dia mengalah. Semuanya terlalu gila dan lebih baik mereka pulang sahaja.

Jeff berbalas pandangan dengan Imriz dan Airil.

"Cepat sebelum benda tu datang balik." Ajak Danny lalu membuka zip khemah. Dia pantas menyusup keluar sambil diikuti oleh rakan-rakan yang lain.

"Khemah ni siang-siang nanti kita ambik. Sekarang dah takde masa." Danny memberi usul dan ia dipersetujui oleh yang lain.

Danny berlari menuju ke tempat parkir keretanya. Airil, Imriz dan Jeff berdiri di sisi Danny dan sepasang tangan mereka berada di atas kepala.

"Mana kereta kau Danny?" Imriz memandang Danny dengan muka panik.

"Aku tak tahu......." Danny sendiri tidak tahu ke mana keretanya menghilang. Bagaimana mereka mahu keluar dari tempat itu?

"Aku tak kira... Kita kena blah jugak dari funfair ni geng. Kita jalan kaki!" Jeff memberi cadangan dan berlari ke pintu utama funfair tersebut. Lariannya diikuti mereka bertiga. Danny sudah tidak mempedulikan keretanya kerana apa yang penting ialah mereka harus keluar dari situ secepat mungkin.

Larian mereka terhenti. Mereka kembali ke khemah mereka dan jelmaan-jelmaan itu sedang duduk mengelilingi unggun api.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now