SEASON 1 ; 3

696 26 2
                                    


DANNY automatik berhenti bercakap. Ya, dia turut mendengar suara halus yang dimaksudkan oleh Airil itu. Seperti suara seorang wanita tetapi bunyinya halus dan tajam menyapa pendengaran mereka. Memang menyeramkan.

Jeff sudah menggigil satu badan. Dia mengemaskan kain selimut yang berada di tubuhnya. Suara itu sangat jelas membelah kesunyian malam itu. Semakin lama bunyinya semakin jelas. Bagaikan semakin menghampiri mereka yang sedang duduk mengelilingi unggun api.

"Macam bunyi perempuan menangis weh..." Bisik Imriz. Cuping telinganya bergerak-gerak.

Akhirnya mereka berempat membisu seribu bahasa. Bunyi api meratah kayu bersatu dengan bunyi esakan halus itu. Sangat menakutkan. Danny bangkit berdiri. Dia merenung ke dalam rumah hantu dengan penuh minat.

"Weh, kau nak pergi mana?" Tanya Imriz.

"Aku rasa bunyi tu datangnya dari situlah." Danny sudah membuka langkah untuk ke situ tetapi dilarang oleh rakan-rakannya.

"Buat apa kau nak ke sana?" Jeff sudah turut sama berdiri. Selimut yang menutupi tubuhnya terlurut jatuh ke tanah.

"Eh jap..." Danny tidak menjawab soalan Jeff sebaliknya menarik keluar handphone dari kocek seluar jeansnya. Dia akan merakam segala-galanya dan akan membuatnya viral di media sosial.

"Dah berhenti..." Airil memandang rakan-rakannya. Bunyi itu sudah ghaib. Kesunyian kembali menggigit tangkai hati masing-masing.

"Ikut aku..." Ia tidak menghentikan niat Danny untuk terus merakam apa yang ada di dalam rumah hantu itu. Mungkin lebih hebat dari suara halus yang menangis tadi. Bukan setakat sundel bolong, mungkin lebih dari itu yang mereka akan jumpa.

"Kau biar betul Danny. Malas ah aku..." Airil menggeleng-gelengkan kepala. Kerja gila!

"Kita ke sini untuk benda macam nilah geng. Kalau kecut, better stay kat rumah je beb." Sindir Danny dan ia seperti magic... Rakan-rakannya akhirnya bersetuju untuk meneroka apa yang ada di dalam rumah hantu di funfair 666 itu.

"Sumpah kau ni ada something wrong kat kepala kau ni." Tempelak Jeff. Danny sekadar tersengih macam kerang busuk.

*****

LANGKAH diatur sehingga di hadapan rumah hantu. Danny sudah bersedia dengan handphone di tangannya. Hanya menunggu masa untuk merakam.

"Jom." Ajak Danny lalu diikuti oleh rakan-rakannya dari belakang. Mereka menyuluh dalaman rumah hantu dengan torchlight.

Kasut mereka memijak segala serpihan yang ada di situ lalu menghasilkan bunyi-bunyian. Bunyinya bergema kuat. Langkah mereka semakin jauh kerana rumah hantu itu memang luas tempatnya.

"Syyh!" Ujar Jeff secara tiba-tiba. Lalu langkah berhenti serta-merta.

"Korang dengar tak?" Tanya Jeff lagi. Dia menyuluh ke hadapan mereka. Gelap-gelita dan mereka tidak dapat melihat apa yang berada jauh di hadapan mereka.

"Bunyi tu datang balik weh..." Airil menelan liur. Suara halus itu kembali menyapa mereka.

Danny menekan butang ON dan kamera handphonenya mula membuat rakaman. Dia menghalakan lensa kamera ke hadapan walaupun hanya kegelapan yang dapat dilihat. Dia tahu bunyi tersebut datangnya dari situ.

Semakin lama semakin mendayu bunyinya. Memang benarlah ia suara perempuan yang sedang menangis hiba. Berdiri habis bulu roma mereka. Halus dan sayup-sayup bunyinya.

Kening Danny terangkat apabila ternampak sesuatu di dalam kamera. Pantas dia menunjukkannya kepada rakan-rakannya.

"Korang rasa apa yang aku rasa tak?" Imriz bertanya perlahan. Keningnya berkerut-kerut.

Dan nampaknya apa yang sedang bermain di kepalanya turut sama bermain di kepala rakan-rakannya. Itu SUNDEL BOLONG. Nampak jelas bulatan hitam di tubuh kelibat putih itu.

"So macam mana sekarang?" Tanya Airil dengan peluh yang merenik di dahi dan muka.

"Cabut?" Tebak Jeff.

Danny mengangkat tangan kirinya ke udara, "Sabar geng. Kita record buat beberapa minit lagi. Bukan senang nak jumpa dengan dia ni."

Jeff merengus. Terasa ringan sahaja tangannya mahu menampar kepala Danny. Mujur dia masih dapat mengawal perasaan bengangnya. Akhirnya dia mengunci mulut. Tiada mood mahu berkata apa-apa.

Ketawa mengekek kemudian kedengaran menggantikan bunyi tangisan sebentar tadi. Tawanya bersambung-sambung. Seperti bunyi lolongan anjing pun ada juga. Dada empat sekawan itu seperti hendak pecah menahan debaran. Danny tetap belum mahu berganjak. Masih meneruskan aktiviti merekodnya.

"Hei......" Ia menegur secara tiba-tiba.

Empat pemuda itu berlari lintang-pukang. Mujur jembalang itu tidak mengekori mereka hingga keluar. Mereka berkumpul di hadapan unggun api kerana hanya di situ terang sedikit. Bacaan ayat suci pula berterabur dalam ingatan masing-masing.

"Puas hati kau?!" Marah Jeff sambil menunjal bahu Danny.

"Kau nak marah kenapa?" Danny menempelak.

"Dah lah tu beb! Sekarang bukan masa nak bertekak." Imriz meleraikan kedua rakannya. Debaran di dada pun belum hilang lagi.

"Sekarang macam mana? Nak stay sini lagi ke?!" Soal Jeff bengang.

"Kalau kecut cakaplah kecut beb..." Danny memerli.

"Kalau kau berani sangat, kau duduk sini sampai lebam!"

Imriz dan Airil mengeluh. Bertekak pula dua mangkuk ni. Aduhai...

"Geng, lebih baik kita masuk tidur. Baca apa-apa yang patut sebelum lena. Siang nanti kita fikir apa nak buat." Airil memberi cadangan.

Jeff mendengus lalu berlalu ke khemah mereka. Hangin pula dia melihat Danny lama-lama. Lebih baik tidur! Danny hanya membisu.

"Jom masuk tidur." Imriz menepuk lembut lengan Danny.

*****

Airil terjaga tepat pukul 3 pagi. Ada sesuatu yang mengganggunya dari terus menyulam mimpi. Dia mengalih selimut dan merangkak perlahan-lahan ke pintu khemah. Dengan mata kelat dan separuh mamai, dia mengintai keluar.

Matanya terbuka luas tatkala melihat empat manusia yang berada di sekeliling unggun api. Mereka ialah Danny, Imriz, Jeff dan dia!

"Ada orang mengintai kita dari dalam khemahlah...." Ujar 'Danny' sambil tersenyum sinis.

Airil cepat-cepat menjauhi pintu khemah.

APA YANG BERLAKU??

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now