SEASON 1 ; 2

809 26 3
                                    

ENJIN dimatikan dan kereta telah selamat diparkir di hadapan rumah hantu di funfair tersebut. Alahai memang 'strategik' sungguh lokasi yang menjadi tempat parkir si Danny ni! Macamlah tak ada tempat lain.

"Okey geng, jom keluar..." Ajak Danny selepas beberapa minit. Namun dari apa yang dia lihat, rakan-rakannya seperti berat hati mahu keluar dari kenderaan itu. Apa sajalah yang bersarang di kepala mereka.

"Jom keluar..." Ajaknya buat kali kedua.

"Tunggu." Jeff memegang bahu Danny sebelum lelaki itu membuka pintu.

Danny melepaskan pemegang lalu berpaling ke belakang. Dia memandang Jeff tidak berkelip, "What's wrong?"

Airil dan Imriz turut sama memakukan pandangan mereka ke wajah Jeff. Lelaki itu tampak pucat dan dahinya dibasahi peluh. Sejujurnya mereka pun tidak sedap hati dengan apa yang sedang dilalui pada waktu itu. Kalau boleh, mereka mahu Danny menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang sahaja.

Tetapi mahukah Danny?

"Kau pasti ke nak bercamping kat sini?" Jeff bertanya. Riak wajahnya kelihatan bingung. Kelibat berkain hitam yang mengejar kereta mereka bertubi-tubi menyerang fikiran.

Danny mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Jeff.

"Selamat ke tempat ni? Entah-entah port mat pet hisap dadah." Tebak Airil pula. Tempat terbiar macam ni tidak akan disia-siakan oleh mat dadah. Jika terjumpa dengan orang jahat lagi naya.

"Siapa berani hisap dadah kat sini beb..." Ujar Danny seraya ketawa kecil.

Kata-katanya mengundang rasa hairan di hati rakan-rakannya, "Maksud kau?"

"Tempat ni kan keras." Selamba Danny berkata. Yang lain menepuk dahi. Dah tahu keras masih juga mahu bercamping di sini.

"Bacalah apa-apa yang patut... Kita stay kat sini sampai hari Ahad...." Usik Danny sambil membuat muka momok. Hampir sahaja makan buku lima rakan-rakannya.

"Tunggu, aku pernah dengar story pasal funfair ni dulu." Imriz membuka cerita.

"Cerita pasal apa?" Airil tidak sabar mahu mengetahui cerita selanjutnya.

"Masa-masa macamni jugak kau nak bercerita." Sindir Jeff. Suasana di luar sudah cukup menggerunkan.... Si Imriz pula menambahkan rencah keseraman yang sedang menular di dalam dirinya.

"Ada orang ternampak perempuan tinggi gila kat sini. Lepastu kelibat berkelubung hitam pun sama."

Cerita Imriz memeranjatkan Jeff. Kelibat berkelubung hitam! Adakah seperti apa yang dilihatnya sebelum ini?

"Geng, simpan cerita-cerita seram korang dulu. First, kita keluar dan pasang khemah. Lepastu kita buat campfire dan bercerita hantu....Amacam, best tak?" Usul Danny dengan penuh teruja.

"Eh gilalah kau! Kejadah apa nak bercerita hantu kat tempat macamni?!" Marah betul Jeff kerana cadangan berani mati Danny itu.

"Ala barulah thrill..."

"Thrill my foot!"

Danny ketawa terbahak-bahak. Jeff kalau marah memang lucu. Merah padam mukanya hahaha...

"Dah, hari dah makin lewat ni. Baik kita pasang khemah sekarang." Kata Airil menamatkan sesi usikan dua rakannya itu. Sempat dia merenung ke luar jendela. Memang cuaca pada malam itu dingin sahaja. Adakah kerana dia yang dilanda keseraman?

*****

KHEMAH sudah siap dipasang tidak jauh dari rumah hantu. Ketika memasang khemah, bulu roma Airil, Imriz dan Jeff meremang-remang. Bagaikan ada sesuatu yang sedang mengintai mereka dari segenap sudut. Danny kemudiannya menyalakan unggun api lalu memanggil mereka untuk duduk mengelilingi api tersebut.

"Campfire and ghost stories..." Danny tersenyum nakal.

Keempat-empatnya berselubung di dalam selimut kerana kesejukan yang terus menggigit sehingga ke tulang hitam.

"Perlu ke?" Jeff masih membantah idea untuk berkongsi cerita-cerita seram. Sangat wrong timing untuk melakukan aktiviti itu.

Danny menggeleng-geleng dengan senyuman di bibirnya.

"For fun beb."

"Okay aku sambung cerita aku tadi..." Imriz memulakan cerita. Jeff melepaskan keluhan berat.

Dengan pantas, Imriz menjadi titik fokus Danny dan Airil.

"Ada jugak yang pernah ternampak perempuan menangis sambil membelakangi dorang. Yang paling best, perempuan tu macam sundel bolong. Belakang berlubang."

Jeff memejamkan mata. Dia merinding satu badan. Danny tersengih. Fuyoh best kot cerita si Imriz ni!

"Geng........." Airil tiba-tiba berkata separuh berbisik. Dia kelihatan cemas.

"Kenapa?" Tanya Imriz.

"Tadi masa kita pasang khemah, aku ternampak apa yang kau cerita tu Riz. Aku ingatkan patung ke apa tapi bila aku pandang kali kedua, benda tu dah takde." Cerita Airil dengan penuh ketakutan.

Suasana senyap buat seketika.....

"Kau nampak kat mana?" Tanya Danny.

Airil menghalakan jari telunjuknya ke rumah hantu yang terletak beberapa meter di belakang mereka. Dia ternampak kelibat putih dengan bulatan di belakangnya. Namun disebabkan penglihatannya yang terbatas dek kerana gelap, dia menyimpulkan itu hanyalah patung.

Sundel bolongkah itu?

Jeff perlahan-lahan menoleh ke rumah hantu. Perasaannya semakin menggila.

"Kau salah tengok kot?" Imriz bertanya dengan hati yang berdebar-debar. Menyesal pula dia bercerita tentang sundel bolong tadi. Kang dibuatnya muncul betul-betul.... Mahu pengsan sehari semalam.

"Bila tengok kali kedua, kelibat tu dah takde geng. So apa korang rasa?"

Pertanyaan Airil tidak dapat dijawab oleh rakan-rakannya. Mereka pun tidak tahu apa sebenarnya yang telah dilihat Airil.

"Ah lupakan. Sekarang masa untuk aku pulak bercerita." Danny tidak mahu terus berfikir yang bukan-bukan. Masa itu seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana selepas ini tidak mungkin rakan-rakannya akan ke situ buat kali kedua.

Baru sahaja Danny mahu membuka mulut untuk bercerita, suara halus seseorang menyapa gegendang telinga mereka.

"Korang dengar tak?" Soal Airil penuh ketakutan.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now