SEASON 2 ; 4

385 19 2
                                    

TIGA sekawan itu menelan liur. Pertanyaan Aliff dijawab oleh satu suara yang halus dan tajam bunyinya. Ikhwan dan Razif menggosok-gosok lengan mereka yang merinding. Masing-masing mengemaskan zip baju sejuk di tubuh masing-masing.

Aliff masih belum puas bermain lagi. Dia menekan butang 'RECORD' sekali lagi dan mahu bertanya soalan lanjut. Dia berdehem beberapa kali, "Berani tunjukkan diri?"

Ikhwan bingkas bangun dan menyekeh kepala Aliff, "Kau gila? Buatnya dia betul-betul munculkan diri macam mana??"

Aliff ketawa terkekeh-kekeh. Memang betullah kawan-kawannya ni pengecut. Muka sahaja gangster tetapi hati tisu. Rakaman dia OFF kan dan dia memandang Ikhwan dengan pandangan sinis.

"Sejak bila kau hati tisu ni Wan? Penakut bukan main..."

"Tisu tak tisu! Sudahlah aku nak balik ke khemah. Tidur lagi bagus!"

"Kalau penakut cakap je lah penakut..." Sindir Aliff. Sengaja mencuit kemarahan Ikhwan. Razif yang masih duduk segera berdiri dan berdiri di antara dua remaja itu sebelum mereka bertumbuk.

"Chill geng! Janganlah gaduh-gaduh..." Nasihat Razif.

"Aku tak berkawan la dengan lelaki pengecut macam someone tu..." Aliff terus menyindir. Panas telinga Ikhwan mendengarnya.

Ikhwan hampir-hampir menumbuk Aliff namun bunyi ketukan di dinding bas segera menghentikan tindakannya. Pandangan cepat-cepat difokuskan ke sisi kiri bas. Ada bunyi ketukan dan bunyinya jelas sekali. Aliff mengatur langkah perlahan-lahan ke tingkap yang bertutup dengan langsir hijau tua.

Dia tidak melihat apa-apa yang menakutkan di luar. Suasana juga gelap-gelita.

TOK! TOK!

Ikhwan memandang Razif. Adakah itu jembalang yang mengganggu Abang Zack petang semalam?

"Kau nampak apa-apa tak?" Razif mendekati Aliff. Aliff menggelengkan kepala.

"...DALAM BAS..."

Rakaman itu tiba-tiba bermain dengan sendirinya. Suara yang sama seperti dalam rakaman yang pertama. Ikhwan dan Razif terperanjat besar. Mereka terdorong sehingga ke tempat pemandu.

Aliff mencapai handphonenya yang terletak di atas kerusi lalu merenungnya dengan kening yang berkerut-kerut. Nampaknya ada penghuni lain yang turut ada bersama mereka di situ. Kemudian pandangannya dialihkan ke belakang bas. Nampak menakutkan pula melihat kerusi-kerusi yang kosong begitu.

"Kau ada dalam bas kan? Tunjukkanlah diri kau!" Aliff mencabar.

Ikhwan dan Razif melepaskan keluhan berat. Aliff memang sudah gila! Tidak habis-habis mahu memprovok. Kalau benar-benar ia memunculkan diri, jangan Aliff jatuh pengsan sudahlah!

"Weii kau apasal celupar sangat ni hah?!" Marah Ikhwan.

Aliff tersenyum mengejek. Dia memang mahu menyakitkan hati Ikhwan.

"Dasar penakut!"

Ikhwan mengetap bibir. Aliff sudah melampau. Dia meluru ke arah Aliff dan menumbuknya. Remaja itu tersungkur ke lantai bas. Jenuh Razif meleraikan mereka. Suasana benar-benar tegang dan penuh dengan kemarahan.

"Kau ni kenapa Ikhwan?!" Aliff bangkit dan menjegilkan matanya. Pipi kirinya sakit ditumbuk Ikhwan.

"Stop panggil aku penakutlah!"

"Itu bukan akulah! Takkan kau tak perasan!"

Ikhwan dan Razif terkedu. Bukan Aliff? Jadi suara itu milik siapa?

"Tapi memang suara kau Liff..." Ujar Razif separuh berbisik.

"Bukan aku!" Aliff menolak tubuh Ikhwan menjauhinya. Saja-saja terima penumbuk free pagi itu! Nasib baik dia masih mampu berfikir secara waras, jika tidak pasti Ikhwan sudah menerima tumbukan balas darinya!

PSST!

Ada seseorang sedang menyapa mereka dari kerusi paling belakang. Dalam kesamaran, mereka melihat sesusuk tubuh putih sedang duduk di belakang. Mukanya tidak jelas. Apa yang pasti ia bukan manusia. Ikhwan dan Razif berlari ke pintu. Mereka mahu keluar.

"Weii pintu takleh bukak!" Razif berkata panik.

Aliff masih berdiri di posisi yang sama dengan mata yang terbeliak. Akhirnya makhluk itu benar-benar menunjukkan dirinya. Dia terpaku dan seperti hilang kemampuan untuk berfikir.

"Aliff! Tolong kita orang buka pintu bas ni!" Panggil Razif. Dia dan Ikhwan berpeluh-peluh cuba membuka pintu yang berkunci.

Aliff memusingkan tubuhnya lalu memandang keduanya dengan pandangan kosong. Mukanya pucat lesi dan dia menggigil satu badan.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now