SEASON 1 ; 9 - AKHIR

567 23 3
                                    

JEFF mengengsot mendekati Airil. Torchlight Danny sudah berada di tangannya. Sampai sahaja di hadapan Airil, dia bertanya apa yang tidak kena pada rakannya itu. Airil tidak menjawab pertanyaannya. Dia hanya berdiam diri dan tidak melakukan sebarang pergerakan.

Suasana hening buat seketika...

Entah mengapa bulu roma Jeff merinding secara tiba-tiba. Mungkin kerana perlakuan Airil yang aneh. Dia sempat memandang muka Danny buat beberapa saat. Walaupun suasana ketika itu kelam sekali tetapi dia tahu Danny turut memandang ke arahnya. Dia bertekad untuk menyuluh ke muka Airil. Dengan cara itu sahaja dia dapat melihat wajah lelaki itu.

Torchlight diangkat perlahan dan dihalakan ke Airil.

Dup dup dup.... Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Sepasang mata Airil sedang terbeliak memandang ke arahnya. Bola matanya hitam dan ada titik putih kecil di tengahnya. Dia automatik berundur dari Airil. Danny dan Imriz terperanjat dengan perlakuan Jeff selepas melihat wajah Airil.

Mereka seolah dapat meneka apa yang telah dilihat oleh Jeff sebentar tadi. Mereka berdiri di sisi Jeff.

"Pelik sangat ke muka dia?" Bisik Imriz. Jeff mengangguk-angguk.

Imriz menelan liur. Macam manalah agaknya muka Airil ye? Perlukah dia tengok sendiri? Rasa ingin tahunya membuak-buak.

"Tengok sendiri." Ujar Jeff lalu menyerahkan torchlight kepada Imriz. Seperti tahu apa yang sedang bermain di kepala rakannya itu.

"Perlu ke?"

"Up to you Riz." Balas Jeff.

Imriz mengesat air peluh yang membasahi muka. Serba salah pula dia mahu menyuluh Airil. Kalau dia terkejut sampai pengsan macam mana? Jadi satu hal pula Jeff dengan Danny mahu menjaga orang pengsan. Macam-macam pula yang berlegar di kepalanya ketika itu. Berdebar tak usah cakaplah....

Sempat dia merenung Jeff dan Danny. Saja mahu mencari kekuatan yang sudah lama pergi. Dengan tangan terketar-ketar, dia mengangkat lampu suluh dan menyuluh tepat ke hadapan mereka. Airil ketika itu sedang menunduk ke lantai.

"Ril? Kau okey tak ni?" Imriz memberanikan diri untuk bertanya.

"Geng....." Kata Airil secara tiba-tiba.

Rakan-rakannya segera memandang ke arahnya. Menunggu ayat yang seterusnya.

"Kita takkan dapat keluar dari sini. Ada someone yang bagitau aku...."

"Kau cakap apa ni Ril? Siapa yang bagitau kau?" Danny menyoal tegas. Airil pasti sedang mengarut. Pasti rakan mereka itu tidak dapat berfikir dengan waras.

"Ada someone....."

"Siapa?" Danny mengulang soalannya.

"Iblis."

Jawapan Airil mengejutkan mereka bertiga. Memang betullah Airil sedang diganggu oleh sesuatu. Airil bukan seperti ini.

"Jangan mengarut Ril." Danny memarahi Airil. Dia tiada masa untuk benda macam ini! Apa yang paling penting untuk mereka ialah keluar dari neraka ini.

Airil ketawa berdekah-dekah. Bergema memenuhi satu bangunan itu. Bulu roma mereka semakin meremang. Nampak gayanya Airil sedang dirasuk. Allah.......

"Bersedia untuk mati jelah wei....Kau nampak ke jalan keluar dari sini? Takde! MATI je jalan penyelesaiannya!" Nada suara Airil keras dan menggerunkan. Kini dia sudah mendongak sambil merenung tajam ke arah Danny, Jeff dan Imriz.

Wajah-wajah pucat itu dia tenung lama-lama.

"Takut ke?" Soalnya dengan muka sinis.

"Mengucap Ril." Imriz berkata. Dia sedang mencongak cara untuk membantu Airil yang dirasuk.

FUNFAIR SEASON 1 DAN 2Where stories live. Discover now