TANIA 1

355 12 0
                                    

EPISODE 1

Malam itu, bayu bertiup lembut membelai halus pipi Tania. Angin malam menyapa menelusuri setiap helaian rambutnya. Pandangannya berkaca dan bergenangan air mata. Tik. Tik. Tik. Air matanya jatuh menyelusuri pipinya yang kian memerah hangat. Tania merasakan pipinya pijar saat tamparan itu hinggap di pipinya. Namun kesakitan itu tidak sehebat apa yang dirasai oleh hatinya. Darah terbit dari bibir manisnya, semerah mawar yang tersemat pada kot jejaka tampan itu. Christina segera berpaut pada lengan Tommy sambil disaksikan Tania. Pedih. Ya, itu yang dirasakannnya saat itu. Bagai luka yang diperah limau dan ditaburi garam.

Saat itu, berkecai sudah putik-putik cintanya pada Jejaka tampan itu. Kekecewaannya pada malam itu teramat berat sehingga mampu meranapkan hatinya yang telah sedia ada rapuh. Berderai yang akhirnya menjadi debu-debu yang berselerakan dibawa angin lalu. Berterbangan tanpa arah tuju. Dunianya terasa gelap dan kosong seketika.

Tanpa berkedip, air matanya terus jatuh berguguran sambil memandang tepat ke arah jejaka itu. Christina tersenyum sinis, namun Tommy masih lagi merenung tajam gadis di hadapannya dengan wajah mencuka dan marah. Terasa bahagia sekali hati Christina kerana Tommy memilihnya. Langsung tidak menyangka jejaka idamannya itu memilihnya. Hadirin yang tadinya terdiam melihat drama mereka sebentar tadi mula berbisik antara mereka. Ibu Tania bersama suami barunya encik Michael iaitu ayah kepada Tommy bergegas kearah mereka. Semua mata tertumpu kearah mereka.

" Hey! Whats going on here? !! " tanya encik Michael.

"Why are you here Tania?! I told you not to come here. You are ruining our occassion, " marah encik Michael.

Tania tergamam disergah begitu, terasa pilu hatinya dimarahi ayah tirinya seperti itu, dia tidak pernah melihat ayah tirinya semarah itu.

" Shame on you Tania. Get out from here, now ! " Marah ibunya sambil menghalaunya.

Tania sudah biasa dimarah sebegitu oleh ibunya. Sejak dulu lagi dia tidak rapat dengan ibunya. Ibunya tidak pernah menganggapnya sebagai anak melainkan pembawa malang kepadanya.

Suasana sunyi seketika.

" I don't want to see your face HERE, " kata Tommy menegaskan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.

Ayat yang keluar daripada mulut kekasihnya itu menyiat-nyiat hatinya. Hatinya terluka, amat berbisa sekali seakan panahan petir menusuk ke dadanya. Para tetamu mula berbisik semula, hadirin mula berbicara buruk tentangnya. Walaupun hanya bisikan halus namun masih mampu didengari oleh Tania. Kata -kata itu mula menusuk telinganya dan mencarik-carik hatinya. Wajah seputih salju Tommy mula memerah kerana menahan ledakan amarah. Seakan-akan terpanggang di atas api yang membara. Tania Kaku. Kakinya seakan terpaku di situ.

Di satu sudut lain ruangan itu pula, ada mata-mata yang turut sama memerhati.

" You know what ?! Serve her right. She's no match for Tommy. At least Tommy got a real girl this time. I agree that she's beautiful, but I'm more beautiful than her. They are no match for me. Hahaha, " kata Rose sambil ketawa dengan angkuhnya bersama rakan-rakannya.

" That bitch will ruin him for sure. But he deserve it for rejecting me. Karma will hit him, and I will watch that happen.  Poor you, Tania. I hate you but I also pity you, " Rose bermonolog sendirian sambil tersenyum sinis.

Tania masih terpaku di situ, tangannya menggenggam erat bajunya. Ingin dia memeluk kekasihnya seeratnya, namun hati itu sudah jauh darinya. Tania sedar usahanya itu hanya akan menjadi sia-sia dan memalukan dirinya. Ingin dia berlari selajunya pergi dari situ, namun hatinya masih ego mahu tetap di situ. Hatinya masih enggan berputus asa melepaskan kekasihnya. Hatinya masih tetap berharap padanya.

Bibir Tania mula terasa pedih. Sehelai daun kering jatuh mengenai kepalanya dan kemudiannya menyusur jatuh melalui rambut panjangnya. Saat itu, dia mula sedar hati itu bukan lagi miliknya. Tania memandang  bayang-bayang kekasihnya. Dia tidak kuat untuk memandang wajah itu lagi. Bayang- bayang itu juga sudah mustahil untuk didakap. Pandangannya juga terasa berat .Hatinya terasa kering dan sepi sekali. Tania memejam matanya menelan segala perih dan pedih di hatinya.


 TANIAWhere stories live. Discover now