TANIA 54

49 4 0
                                    

Episode 54

Tania memerhati seorang gadis serigala jadian yang dibelasah teruk oleh kumpulan alphanya sendiri di tepi sebatang sungai. Lengan kirinya melecur, sepertinya baru sahaja terkena minyak panas. Dia ditendang dan disepak berulang kali oleh sekumpulan serigala jadian itu. Gadis itu cuba melindungi dirinya dengan memeluk tubuhnya dan melingkar di atas tanah. Rintihan gadis itu tidak dipedulikan, dia dipukul tanpa belas kasihan. Gadis itu mengerang kesakitan dan merayu mereka agar berhenti memukulnya.

Lucy. Gadis itu bernama Lucy. Lucy merupakan anak yatim piatu. Dia telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak dua bulan yang lalu kerana diserang oleh sekumpulan serigala jadian "Alpha Red", kumpulan serigala jadian yang sangat kuat dan digeruni. Kejadian itu berpunca dari Lucy, kerana dia telah menolak permintaan ketua kumpulan "Alpha Red" untuk memperisterikannya. Kerana berang permintaannya ditolak maka kedua ibu bapanya telah diserang hendap dan dibunuh semasa mereka dalam perjalanan menuju ke pasar bersama Lucy. Dalam kejadian itu hanya Lucy sahaja yang terselamat dan ditemukan dua hari kemudiannya, Lucy hanya mendiamkan diri setelah kejadian itu. Dia tidak memberi sebarang penjelasan ke atas apa yang terjadi dan menimbulkan kemarahan ahli keluarga dan kumpulan alphanya, "Alpha Blue". Setelah kejadian itu , dia telah dipersalahkan atas kematian kedua-dua orang tuanya. Dia dilayan dengan teruk dan tanpa belas kasihan.

Gadis serigala jadian itu merupakan misi pertama Tania. Dia perlu mengutip roh suci gadis itu dan menamatkan penderitaannya.

______________________________________

Bulan purnama penuh pada malam itu sangat cantik sekali, menerangi segenap pelusuk bumi di kala malam mula berkabung, gelap gelita dan kelam. Tania merenung bulan purnama penuh malam itu. Jubah hitam bersulam benang emas yang dipakainya beralun lembut ditiup angin.

Tania menoleh ke arah katil "Queen size" di dalam bilik mewah itu. Shizuma masih lagi lena diulit mimpi. Dia menyeluk poket Jubah yang dipakainya. Daun itu bercahaya dan mula terapung di atas telapak tangannya. Daun itu berpusing menunjukkan arah yang harus diikutinya. Tania menoleh ke arah Shizuma buat kesekian kalinya sebelum secara senyap memanjat pagar balkoni rumah agam mewah itu dan terjun ke bawah. Kedua-dua telapak kakinya mendarat secara senyap. Tiada siapa perasan akan kehadirannya termasuk pengawal keselamatan yang berjaga pada malam itu. Tania mula berjalan perlahan menuju ke arah pantai mengikut arah yang ditunjuk oleh Daun itu. Langkahnya terhenti saat dia sampai di penghujung pantai di tengah-tengah lautan itu. Daun yang terapung tadi mula mengeluarkan cahaya yang terang dan menyilaukan. Angin pula mula bertiup kencang membuatkan Tania terundur sedikit. Dia menutup mukanya menggunakan kedua belah tangannya mengelak daripada terkena pasir yang beterbangan.

Daun itu tiba-tiba berubah menjadi jelmaan seorang jejaka kacak, namun tanpa seurat benang pun pada tubuhnya. Mereka saling berpandangan. Tania terkebil-kebil memandang jejaka dihadapannya. Wajah jejaka itu tiba-tiba merah padam.

" Yah!! Apa tengok-tengok?!," Jerit jejaka kacak itu, tangannya mula menutup tubuhnya yang tanpa pakaian itu. Kulitnya putih, seputih salju, bibirnya merah bak delima, anak matanya berwarna biru laut serta berambut merah.

"Aaa... Sorry ," Tania berpaling membelakanginya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia segera membuka jubahnya lalu dihulurkan kepada jejaka kacak itu tanpa sedikitpun menoleh ke arahnya.

Felix mengambil jubah itu dan segera memakainya. Dia kemudiannya berdehem .

Tania berpaling semula menghadapnya. Felix terpaku melihat kecantikkan Tania, angin dingin malam itu mengelus lembut rambut Tania. Dia bertambah cantik lebih-lebih lagi di bawah pantulan sinar rembulan pada malam itu.

Felix menggelengkan kepalanya. Tubuhnya dipeluk erat.
" Who are you? How you do it?," Soal Felix.

" Do what? ," Tanya Tania pula.

 TANIAWhere stories live. Discover now