TANIA 3

164 9 0
                                    

EPISODE 3

Tania merenung imej dirinya pada cermin kedai itu. Tania menyentuh bibirnya yang lebam,
wajahnya pucat tanpa solekan, rambutnya yang panjang mengurai dirapikan kembali.

 Tania menyentuh bibirnya yang lebam, wajahnya pucat tanpa solekan, rambutnya yang panjang mengurai dirapikan kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tania menyeluk poketnya mengambil getah rambut lalu mengikat rambutnya. Tania meninggalkan kedai tersebut lalu menuju ke kedai serbaneka 7e. Tania mencapai mi segera dan kopi 3in1. Selesai membayarnya Tania duduk sebentar sementara menunggu mi segeranya masak.

Dia menghirup air kopi 3in1 nya bagi menghangatkan tubuhnya yang kesejukan kerana ditimpa hujan semasa dalam perjalanan sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menghirup air kopi 3in1 nya bagi menghangatkan tubuhnya yang kesejukan kerana ditimpa hujan semasa dalam perjalanan sebentar tadi. Dia melirik jam di dinding, 2 pagi.

" Alangkah baiknya jika hati dan perasaanku ini bisa kuhangatkan kembali," bisik hatinya.

Tania merenung wajahnya di dalam cermin tingkap itu. Dia mengambil tisu basah mengelap mukanya yang kian kusam dan tidak bermaya itu. Tania menampal plaster pada bibirnya yang luka tadi.

Selesai makan, Tania membuka dompetnya, ternyata mengecewakan. Cukuplah untuk mengalas perut dua tiga hari lagi sebelum mendapatkan kerja baru, di tempat baru. Tania mula melangkah pulang ke rumahnya.

Tania perlahan -lahan melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya. Dia segera mengemas beg pakaiannya. Mengambil hanya pakaian yang dibeli hasil duitnya sendiri. Adalah dua tiga helai. Tania membalut tabungnya di dalam selimut dan memecahkannya. Cukup untuk wang saku perjalanan dan sewa bilik. Nasib baik ada tabungan, bisik hatinya. Tania memandang seluruh penjuru biliknya buat kali terakhir sebelum menutup rapat pintu biliknya. Tania kemudiannya singgah di sebuah bilik yang bersebelahan dengannya.

Ternyata pembantu rumah mereka sedang nyenyak tidur. Tania mengucup dahinya sebagai tanda perpisahan. Pembantu rumah itu membuka matanya, mereka saling berpandangan.

"Why don't you sleep Tania? Are you having a nightmare?," soalnya dalam keadaan mamai.

Tania menggelengkan kepalanya.

"Nothing, just go back to sleep okay," Tania mengusap rambutnya. Tania bersyukur kerana bilik itu gelap tidak menampakkan wajahnya. Tania menepuk lembut bahunya.

 TANIAWhere stories live. Discover now