TANIA 62

59 5 2
                                    

EPISODE 62

Tania berjalan merapati dinding penghadang yang memisahkan mereka dari orang luar sambil menyeret pedangnya.

Bunyi sereten pedang itu terhenti apabila Tania berada tepat berhadapan dinding mentera yang telah dibuat Sasuke dan pembantunya.

Tania dengan bersahaja  menusukkan pedangnya pada dinding itu.

Kreakk... Bunyi retakan kedengaran saat pedang itu menembusi dinding tersebut. Serta merta dinding itu pecah berkecai dan akhirnya lenyap dalam sekelip mata. Semua mata tertumpu padanya.

Permaisuri Kerajaan Silla  itu memandang ke arah Sasuke yang cedera ringan sambil dibantu oleh pembantunya untuk berdiri. Pandangannya kemudian teralih memandang ke arah Alexis  yang sedang kaku  di tengah-tengah padang itu dengan wajah mencuka dan kecewa. Tepat dihadapannya Tania  memandang tepat ke arahnya sambil memegang erat sebilah pedang berwarna hitam dengan ukiran mewah. Wajah itu telah hilang manisnya.

Tania menyeret pedangnya.

Srrrreeeeeeeeeeeetttt

Bunyi seretan pedang itu terhenti saat langkah Tania terhenti betul-betul di hadapan Permaisuri kerajaan Silla itu.

Shaank.. pedang ditekap pada leher jinjang Tania. Tania memandang ke arah Ketua Jeneral yang mengawal keselamatan Permaisuri itu.

Klank... Tania menepis pedang yang ditekap pada lehernya.

Para pengawal yang ada di situ mula mengerumuninya dengan mengacukan pedang mereka ke arah Tania dan melindungi permaisuri mereka.

"  Jangan. Halang. Jalan. Aku." Tutur  Tania satu persatu dengan tegas. Dia memandang tepat wajah Ketua Jeneral itu. Wajah serius Tania itu sangat menakutkan, dia  menelan air liurnya.

" Kau betul- betul menempah maut kan?" Amaran ditujukan kepada pengawal itu.

"Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kau. "  Belum sempat  dia menghayunkan pedangnya, Tania telah  diserang hendap dari belakang. Malangnya  serangan itu hanyalah sia-sia kerana  Tania pantas mengelak.

Walaupun begitu serangan itu masih berjaya membuatkan bajunya koyak. Maka terdedahlah bahagian belakang badannya. Semua yang melihat ke arah Tania tergamam. Itu adalah kali  pertama bagi mereka melihat seorang wanita cantik memiliki tatoo naga yang amat menakutkan.

Hanya individu-individu tertentu sahaja yang memiliki tatoo di kerajaan itu iaitu para pahlawan, pembunuh upahan-assasin dan pelacur -gisaeng. Walaubagaimanapun tatoo yang dimiliki Tania agak berbeza, setiap mereka yang bertatoo menandai badan mereka dengan lambang-lambang  tertentu.   Tiada siapa yang mampu mentatoo lambang  naga sesempurna itu dengan terperinci sekali seolah-seolahnya ia seakan hidup.

Dan proses mentatoo juga bukanlah sesuatu yang mudah malahan sangat menyakitkan. Untuk seorang wanita sepertinya mampu menahan sakit seperti itu adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal. Ini kerana wanita yang dibenarkan bertatoo hanyalah pelacur- gisaeng, namun begitu tatoonya hanyalah tulisan  kecil pada bahu kanan sahaja . Tapi Tania, tatoo naganya memenuhi hampir keseluruhan belakang badannya.

Dan tatoo itu membuktikan Tania bukanlah wanita biasa dan calang-calang orang.

Tania dengan selambanya mengoyak bajunya yang telah koyak itu. Baju itu hanya menyukarkan pergerakannya. 

Semua yang ada di situ mula panik melihat Tania mula membuka satu persatu lapisan pakaian yang dipakainya. Namun Tania tidak menghiraukan mereka.  Maka  tinggallah Tania hanya memakai pakaian dalamnya sehelai sepinggang.  Tapi jika di dunia modern, berpakaian seperti itu adalah sesuatu yang biasa dan kasual.

 TANIAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora