TANIA 31

61 4 0
                                    

EPISODE 31

Loceng menandakan waktu masuk ke  kelas berkumandang. 🎶🔔🎶

Kelas 11A-1 Gold

Pintu bilik darjah 11A-1 Gold terbuka.
Guru kelas 11A-1 Gold melangkah masuk ke kelas bersama seorang pelajar baru. Dia tidak memakai uniform hanya berpakaian kasual pada hari itu. Penampilannya yang  kacak membuatkan satu kelas riuh rendah dengan suara gadis-gadis yang terpesona dengan kekacakkannya.

Jongsoo yang sedang ralit membaca buku menoleh ke hadapan kelas. Pen ditangannya terjatuh serta merta saat pandangan mata mereka bertemu.

Guru kelas ~
" Bagi perhatian sebentar kelas."

Tok, tok , tok... Meja  diketuk beberapa kali oleh guru kelas mereka menggunakan rotannya.

"Harini kita dapat seorang pelajar baru yang baru berpindah dari Amerika, dia pernah menjadi pelajar pertukaran di Jepun untuk beberapa minggu sebelum sampai ke sini . Saya harap kamu semua boleh menunjukkan contoh yang baik kepada dia, sebarang kegiatan buli adalah dilarang sama sekali . Sila perkenalkan diri kamu." arah guru kelas itu kepada Tania.

" Saya Kim Tan, hope we can get along well," jawab Tania ringkas. Nama panjangnya sengaja dipendekkan bagi menyembunyikan identitinya. Tania Kim. Nama yang digunakannya semasa persekolahannya di Amerika.

"Kim Jong Dae telah lama mati. Yang ada berdiri di sini adalah Tania Kim."
Monolognya sendirian di dalam hati, saat bertentangan mata dengan abang kandung yang juga kembarnya. Tiada riak di wajahnya. Semua perasaan terujanya bertemu abangnya dikubur sedalam-dalamnya di dalam  hati. Face mask hitam yang menutupi separuh wajahnya menimbulkan tanda tanya.

"Kamu boleh duduk di......"
Belum sempat cikgunya memberi arahan. Tania terlebih dahulu berjalan menuju ke arah meja paling belakang bersebelahan dengan Kihyun. Pandangan maut daripada Kihyun tidak diendahkan.


"Okay semua, cikgu ada kelas ni, kamu semua jangan bising dan baca buku."
Guru kelas mereka mula beredar.

Belum sempat Kihyun memarahi Tania. Guru matapelajaran addmath masuk ke kelas.

Tania mengeluarkan earphones dari begnya dan disumbatkan ke telinga. Tania memilih playlist  hype up song nya di SoundCloud.

Tania melemparkan pandangannya jauh ke luar tingkap sambil melayan perasaannya yang tengah berkonflik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tania melemparkan pandangannya jauh ke luar tingkap sambil melayan perasaannya yang tengah berkonflik.

Kihyun menggosok-gosok matanya. Dia memandang ke arah Jongsoo yang berambut hitam pekat kemudian memandang semula ke arah Tania yang  berambut blonde. Bagaimana mungkin dua individu berbeza  memiliki wajah sama tapi mempunyai penampilan dan karakter berbeza.

 TANIAWhere stories live. Discover now