TANIA 30

64 5 0
                                    

EPISODE 30

"Morning, ke Imperial Hotel ye."
Tania memulakan perbualan sebaik sahaja masuk ke dalam teksi.

"Baik,cik". Jawab pemandu teksi itu.

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk hotel, Tania segera keluar dan membayar tambang.

Tania menuju ke kaunter pelanggan mengambil kunci biliknya. Bilik itu telah ditempahnya semasa di Jepun tempoh hari.

Tania membuka tirai balkoni biliknya, membiarkan cahaya memenuhi ruang biliknya. Dia merebahkan tubuhnya pada tilam empuk itu.

Tania memejamkan matanya.

"Kookie, noona miss you." air matanya mengalir membasahi pipi gebunya.. Tania memeluk tubuhnya erat. Hatinya terasa sayu. Tania akhirnya tertidur kerana terlalu letih menangis.

 Tania akhirnya tertidur kerana terlalu letih menangis

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

************************************

Perut Tania mula berkeroncong kerana kelaparan.. Dia tertidur pagi tadi, dan terbangun semula jam 7 malam. Mana tidaknya, dia bukan sahaja tidak bersarapan tapi juga bahkan tidak makan tengahari.

Tania turun ke restoran mewah milik hotel itu untuk mengalas perutnya.

Hotel itu milik ayah Nauto. Ayah Nauto menghadiahkan kad kredit VIP itu kepadanya. Sudah puas Tania menolak, namun ayah Nauto tetap berkeras agar dia menerima pemberiannya.

Tania melangkah longlai sambil menguap.

Buuukkk.. Tubuhnya terlanggar seseorang.

Dia segera membongkok memohon maaf dan meneruskan langkahnya.
Malangnya tangannya ditarik dengan kuat oleh pemuda yang dilanggarnya tadi.

"Jongsoo! Kau buat-buat tak kenal aku pulak sekarang eh. Kau ingat aku senang-senang je nak lepaskan kau?!"
Mereka saling berpandangan. Lama.

"Apa yang kau merepek ni hah?! Aku bukan Jongsoo." Tania merentap tangannya dari pegangan pemuda itu.

Tania mula melangkah meninggalkan pemuda itu ,namun nasibnya malang apabila kakinya tersandung dek pemuda itu. Tania jatuh tersembam di lantai. Dahinya berdarah.

Tania bangun dari tempatnya. Dia mengusap dahinya yang berdarah.

Kihyun tersenyum puas. Puas hati dapat mengenakan lelaki yang dibencinya itu. Kawan-kawannya  ketawa melihat Tania jatuh.

Tania mengetap bibirnya. Geram.

Kihyun menarik kolar baju Tania.

"Kau takkan pernah dapat memenangi hati Haesoo hanya dengan muka tampan kau. Tapi aku, ayah aku kaya, aku satu-satunya pewaris kepada kekayaan ayah aku. Duit aku banyak. Bukan macam papa kau, cuma supervisor shopping kompleks ayah aku je."
Kata Kihyun.

Tania menatap wajah tampan Kihyun.
Tangannya spontan memegang kedua-dua belah pipi Kihyun.

"Aku tak suka perempuan lah.emm emm ... Maaf kau silap..sebab aku cuma minat lelaki," Tania mengusap lembut pipi Kihyun.

Kihyun menolak tubuh Tania agar jauh darinya. Kihyun mengelap-ngelap kasar pipi dan tangannya . Geli.

"Hey! Aku bukan gay la. Aku normal, kau jangan dekat ," jerit Kihyun mula cemas.

Tania tersengih.

Nauto ternampak Tania dari jauh.

"L !!!!!" Jerit Nauto.

Tania menoleh ke arah suara itu.

"Nauto?!" Tania was-was.

Nauto berlari ke arah Tania dan terus memeluknya. Tania hanya tersenyum.
Ayah Nauto berdehem.

" Uncle, " Sapa Tania sambil menunduk hormat.

" What's wrong with your head?" Soal ayah Nauto. Risau melihat kepala Tania yang berdarah.

"Ahh, L jatuh tadi. Terlanggar mamat hensem ni hah." Jawabnya selamba dalam bahasa Jepun. Sambil tersenyum manis.

Ayah Nauto hanya menggelengkan kepala.

Nauto menjeling tajam Kihyun.

Lelaki tampan bertubuh tegap itu membuatkan Kihyun berasa cuak.

"Woah, hensemnya kau Nauto, dah potong rambut pendek, kan uncle." Tania memuji kehenseman Nauto. Tania mengangkat kedua-dua ibu jarinya.

"L !!!!" Jerit Nabe dan kawan-kawannya keriangan.

"Nabe ! Senpai !! " Tania berlari ke arah mereka. Mereka Terlompat-lompat keriangan.

Tiba-tiba perut Tania berkeroncong.
"Ahhhh... Sorry... Aku lapar la,dari pagi tadi tak makan."

"Tunggu apa lagi ,jomla kita pergi makan," mereka berlari keriangan masuk ke restoran.

Ayah Nauto hanya menggelengkan kepala.

"Nauto! Ayah ada meeting dengan client, kamu dengan kawan-kawan kamu berseronok la dulu. " Kata ayah Nauto.

"Okay boss! " Nauto berlari mendapatkan kawan-kawannya.

************************************
Kihyun memerhati gelagat Tania dan kawan-kawannya.

'Betul ke dia bukan Jongsoo? Tapi kenapa wajah dia macam Jongsoo? Dulu masa mula-mula datang kesekolahnya rambutnya juga blonde seperti itu, cuma beberapa tahun ni dia hanya membiarkan rambutnya panjang dan hitam semula. Aku pasti Jongsoo juga memang fasih berbahasa Jepun. Tapi.. aku tak pernah tengok kawan-kawan dia. Yang pasti kawan-kawannya nampak macam mafia je, tapi sorang tu memang anak pemilik hotel mewah ni.'
Kihyun bermonolog sediri.

************************************
"L..... Jomla..please..." Rayu Nabe.

"Okay, okay.." Tania akhirnya mengalah.

Tania dan kawan-kawannya naik ke pentas mengambil mikrofon masing-masing.

Nabe memberi signal kepada kawan-kawannya. Tania hanya tersenyum manis. Tetamu yang menjamu selera di restoran itu tertumpu ke arah mereka. Pentas yang dihias indah itu menjadi tumpuan mereka.

Ready one two three...

Persembahan dimulai dengan nyanyian Nabe dan Nauto diikuti kawan-kawannya yang lain.

Tania terpaksa bersetuju kerana Nabe telah berjanji dengan peminat mereka  jika video mereka mencecah 1 million tontonan . Mereka akan membuat persembahan live. Patutlah mereka semua sanggup terbang ke korea.
Tania mengeluh berat. Namun kehadiran mereka membuatkannya bisa melupakan masalah nya buat seketika.

🌼👉Imagination👈🌼

Persembahan mereka mendapat tepukan dan sorakan meriah daripada para tamu yang suka dengan persembahan mereka

************************************

" Dahae ??!" Jongsoo terkejut melihat video live di youtube itu.

 TANIAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu