TANIA 52

61 5 1
                                    

EPISODE 52

Tania tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Dia berpaling menghadap Shizuma yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Dia menatap wajah tampan suaminya yang masih lena diulit mimpi itu. Bulu matanya yang panjang menarik perhatian Tania. Jari telunjuk Tania  menyentuh lembut setiap helaian bulu matanya, pipi suaminya dielus lembut dan sentuhannya berakhir pada bibir menawan lelaki itu. Wajahnya diamati sepenuhnya oleh Tania. Itu merupakan kali pertama di mengambil masa untuk menganalisa setiap inci wajah tampan itu. Ya, suaminya sangat kacak.

Bosan terkebil-kebil merenung syiling bilik tidur mewah itu, Tania bangun dari katil "queen size" mereka. "Night gown" disarungkan semula ditubuhnya dan berjalan menuju ke balkoni luar rumah mewah yang berlatarbelakangkan  pantai itu. Bayu bertiup lembut mengelus lembut setiap helaian rambutnya. Tania menarik nafas panjang, menghirup udara dingin malam itu sedalam-dalamnya. Matanya dipejam rapat lantas memori semasa dia tidak sedarkan diri di hospital tempoh hari terputar kembali..
______________________________________

Tania perlahan membuka matanya yang terasa berat. Dia bangun dan duduk bersandar pada dinding di sebelahnya sambil menggosok-gosok matanya perlahan. Pandangan matanya yang pada mulanya kabur kini terang semula.

"Kat mana aku ni?," Tania tertanya-tanya sendirian apabila menyedari dirinya terbaring sendirian di tepi jalan sebentar tadi. Tania cuba untuk berdiri semula sambil berpaut pada tiang elektrik di sebelahnya dan mula berjalan mencari tahu keberadaanya.

Setelah beberapa minit berjalan, langkahnya terhenti di hadapan sebuah hotel.

" HOTEL DEL LUNA "

" Hotel Del Luna ?! Aku kat eropah ke apa ni? ," Tania menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia memandang sekelilingnya, namun tiada bangunan lain di situ. Cuaca juga mulai gelap dan lampu jalan raya mula terpasang. Begitu juga lampu bangunan hotel mewah itu.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Tania. Dia mula berjalan perlahan mendaki anak tangga dihadapannya dan masuk ke perkarangan hotel itu. Langkahnya terhenti di hadapan pintu masuk hotel itu, berkira-kira sama ada mahu masuk atau tidak. Dia memandang uniformnya yang dibasahi darah.

Tik

Tik

Kepalanya terkena air. Tania mendongak ke langit. Tangan kirinya spontan didepa kehadapan.

"Huja ..n rrrrrr?, "  Splllaaaasssshhhhh.. wajahnya basah disirami air misteri. Air itu laju menuruni kerongkongnya.  Tania terminum air itu. Dia kaku di situ dengan tangan kirinya yang masih tergantung. Matanya terkebil-kebil.

Tiba-tiba tanah yang dipijaknya bergoncang kuat. Tania panik. Dia berlari memeluk tiang pintu masuk hotel itu. Matanya dipejam rapat.

"Ahh..kenapa masa ni pulak nak gempa bumi ?," Pelukannya pada tiang hotel mewah itu dieratkan.

_____________________________________


Hotel mewah itu bergegar kuat. Semua mereka yang ada di dalam hotel itu panik dan berpaut pada apa yang ada dekat pada mereka.

Suasana kembali tenang beberapa saat  kemudian. Semua mereka kehairanan dan menyambung semula aktiviti mereka seperti biasa.

************************************

Tiba-tiba bahunya disentuh sesuatu.

 TANIAWhere stories live. Discover now