TANIA 32

62 5 0
                                    

EPISODE 32

Tania menyandarkan badannya pada dinding restoran hotel mewah itu.
Pelayan di situ segera merapatinya lalu menghulurkan buku menu.

 Pelayan di situ segera merapatinya lalu menghulurkan buku menu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tania membaca senarai menu yang terdapat di dalamnya.

"Give me Cold Lemonade and Seafood Spaghetti" katanya lalu memulangkan buku menu tersebut kepada pelayan tadi.

Pelayan itu hanya mengangguk dan memesan menu yang dipilih Tania melalui Ipadnya.

Setelah pelayan tadi beredar Tania mengeluarkan buku nota dari dalam begnya, di dalamnya tercatat beberapa nota dan kerja rumah daripada gurunya. Tanpa membuang  masa dia terus menyiapkan kerja-kerja sekolah tersebut. Selesai itu, dia mengeluarkan fail dan mengepil kesemua notanya.

Pelayan tadi datang semula membawa makanan dan minuman yang dipesan olehnya. Tania segera menghabiskan makanannya dan balik ke bilik.

Sampai sahaja di bilik, beg galasnya dicampak di atas sofa. Fail dan buku teksnya diletakkan di atas meja. Tania mencapai "bath robe" dan terus masuk ke bilik mandi.

************************************

Itu adalah bilik terakhir yang perlu di-"service" oleh Mark dan pekerja kepercayaan ayahnya, Lara. Dia telah didenda oleh ayahnya kerana digantung sekolah akibat bergaduh di sekolah.

Lara menekan loceng bilik VIP tersebut.

🎶Dingdong🎶

"Room Service!" Kata Lara melalui skrin di pintu luar bilik hotel tersebut.

Tania menekan butang unlock, membenarkan mereka masuk.

Tania yang baru sahaja selesai mandi mengelap-ngelap rambutnya yang basah menggunakan Tuala.

Lara meletakkan baju-baju Tania yang siap dibasuh di atas mejanya.

Mark terpaku melihat kekacakkan Tania, kulit putih saljunya hanya dibalut "bath robe". Rantai yang terkalung indah di lehernya menambah seri kulitnya yang cantik itu.

Mark menggelengkan kepalanya.
"What's wrong with me?!stop it! I'm not gay" tegasnya di dalam hati.

Mark mula mengelap meja kopi yang ada tengah-tengah ruang tamu bilik tersebut, buat -buat sibuk untuk mengalihkan perhatiannya daripada terus melihat Tania.

Tania menghampiri Mark, baju dan buku teksnya diambil lalu diletakkan di atas katil bagi memudahkan Mark membersihkan meja tersebut. Haruman Tania menusuk deria baunya, sangat lembut dan wangi.

Bilik Tania sememangnya amat bersih,tidak banyak yang perlu dikemas dan dibersihkan. Tania duduk di atas katilnya setelah selesai memakai pakaiannya. Dia membelek-belek buku textnya.

Lara meminta diri untuk keluar setelah selesai mengemas bilik Tania. Tania hanya mengangguk.

Ting !🎶 📩.

S.U boutique : Your order already arrived!

Tania : Tq.
Did you receive the payment already?

S.U. boutique : Yes, tq for your payment.

************************************

" Mark , tolong hantar pakaian ni ke bilik 613," arah Lara.

"Okay," Jawabnya dalam nada malas.

Mark terlalu letih untuk bertekak dengan Lara seperti selalu. Dia hanya ingin cepat-cepat menyelesaikan tugasannya dan balik ke rumah. Katilnya seolah-olah telah melambai-lambai kepadanya. Dia melangkah longlai ke bilik 613. Sambil menunggu "lift" sampai ke tingkat atas dia membelek-belek baju uniform itu.

"Eh, ini logo sekolah aku! Ada pelajar baru ke??," Monolognya sendirian. Mark menekan loceng bilik 613.

🎶Dingdong🎶

"Room Service !" Ujar Mark pada skrin.

🎶Teet🎶 pintu bilik terbuka.

************************************

🌼imagination🌼

Tania meneruskan latihan tariannya tanpa menghiraukan Mark yang masuk ke biliknya. Mark terkebil-kebil tidak pasti mahu meletakkan baju uniform tersebut di mana. Dia hanya berdiri tegak di situ melihat Tania menari dan menunggu arahan Tania yang seterusnya.

Dia kagum melihat betapa fokus dan yakinnya Tania mempersembahkan tariannya.

************************************

Tania sampai awal ke sekolah pagi itu. Dia hanya duduk termenung , pandangannya dilemparkan jauh ke luar tingkap. Telinganya disumbat dengan 'earphones', playlist SoundCloud "mind and soul" menjadi pilihannya pagi itu. Cuaca agak mendung pagi itu sama seperti hati dan perasaannya.

Tania memejam matanya. Memori saat-saat indah bersama unnienya terpapar seperti wayang gambar. Sangat jelas pada ingatannya.

"Unnie. Pogoshipda. I miss you". Bisik hatinya.

Spontan bibirnya menuturkan bait-bait lirik lagu yang sedang dimainkan oleh playlistnya.
Dia terlalu menjiwai lagu tersebut tanpa menyedari dirinya menjadi perhatian rakan sekelasnya.

Jongsoo hanya mendiamkan diri manakala Kihyun yang baru sahaja meletakkan begnya tergamam mendengar suara merdu Tania dan terkejut mendengar serangan "high note" secara tiba-tiba daripada Tania.

Air mata Tania jatuh membasahi pipinya. Di akhir nyanyiannya Tania menangis. Kesedihan itu sukar ditahan olehnya.

Rindu itu terlalu dalam.
Rindu itu menyeksakan.
Rindu itu anugerah.

Tik Tik.. air matanya jatuh di atas meja. Matanya masih terpejam. Tangannya digenggam erat.

Kihyun terdiam melihat keadaan Tania sebegitu. Hatinya turut sama bersedih dan pilu. Spontan jarinya menyentuh pipi lembut Tania tanpa sedar, air matanya  diseka.

Tania membuka matanya memandang ke arah pemilik jari yang menyentuh lembut pipinya. Tania memandang ke arah Kihyun dengan pandangan yang masih berkaca. Air matanya gugur lagi mengalir menyelusuri pipi gebunya.

Jiwa lelaki Kihyun terusik , dia tidak pasti akan perasaannya. Hatinya bergetar pilu melihat wajah mendung Tania. Mereka saling berpandangan, agak lama. Kihyun memandang sepasang mata cantik milik Tania.

Hijau emerald, dia baru sedar akan sepasang mata hijau emerald milik Tania. Sangat cantik.

Kihyun mula sedar dan kembali ke alam realiti apabila guru kelas mereka masuk.

Rakan sekelas mereka ternganga melihat drama di depan mata mereka.
Muka Haesoo mula mencuka, cemburu, begitu juga Jongsoo.

 TANIAWhere stories live. Discover now