TANIA 61

54 5 0
                                    

EPISODE 61

" One more step, I swear .. I'll kill all of you ,"  ugut Tania. Hujan semakin galak turun dengan lebatnya, disertai angin yang kuat serta iringan dentuman guruh dan kilat di langit.

Tania kelihatan tidak terurus. Jiwanya kusut dan semakin bercelaru.  Anak matanya  yang merah menyala kini  kian berkaca  dan kelabu. Air matanya yang turun tanpa henti kini  bersatu bersama air hujan yang membasahi pipinya.

"Andwae.... Aku tak ingin ini terjadi lagi. Aku tak akan biarkan sesiapa pun merampas orang-orang yang aku cintai, meski nyawaku sendiri yang menjadi taruhannya," Katanya  sambil menggenggam erat tangannya.

Hatinya pedih. Hatinya beku. Hatinya sakit. Hatinya ngilu. Dia sangat membenci perasaan itu.

" Noona... ," Hansung kaku di situ. Dia sedar dia telah mati.  Tiada apa yang boleh dilakukannya kerana semuanya terjadi terlalu pantas. 

Pedang yang dipegangnya semasa dia menghalangi abang tirinya daripada bertarung dengan hyung Hwarangnya  rupanya telah disaluti serbuk racun. Semuanya kerana ulah datuknya yang gila kuasa.

Abang tirinya juga telah ditangkap dan dituduh sebagai pembunuh. Segalanya telah hancur.

Hidupnya, orang yang ingin dilindunginya, impiannya,  cita-cita dan segalanya yang dia punya dan inginkan juga telah musnah. Tiada lagi artinya untuk terus berjuang hidup.

Satu-satunya yang masih ada bersamanya adalah kenangannya. Dia pasrah dengan segala yang telah terjadi walaupun dia tidak rela.

Dan sebelum dia pergi dijemput malaikat maut, dia ingin menemui noona kesayangannya buat kali yang terakhir.

Tapi...

Kenapa?

Bagaimana...? bisa noonanya  melihatnya.

Noona yang dihadapannya , seperti bukan yang pernah dikenalinya. Auranya tiba-tiba sahaja berubah. Auranya membuatkan diri Hansung berasa jauh dan kerdil. Tubuhnya menggigil ketakutan.

Perasaan apakah ini? Kenapa aku berasa takut? Gerun? Cuak? Seram sejuk? Kecut perut? Dan berdebar begini? Betulkah dia noona yang pernah aku kenali? Perasaan apakah ini?

_____________________________________

" Selagi noona hidup.. noona akan melindungi kamu. Jangan.. sesekali ucapkan kata-kata perpisahan... tanpa noona betul-betul bersedia untuk melepaskan kamu pergi. Cukup.. Noona sudah cukup menderita. Noona sudah terlanjur melawan takdir dan menyayangi kamu. Noona tak sanggup kehilangan orang -orang yang noona sayang dan cintai... lagi..lagi..dan lagi.. Kali ini noona akan mempertahankan kamu dan menongkah  arus dunia ini sekali lagi. Dan kali ini, noona sedikitpun tidak gentar dan menyesalinya Kata Tania tanpa menoleh sedikitpun ke arah Hansung.

" Kerana noona adalah seorang pendosa, pendosa yang tidak akan  diterima   syurga. Pendosa yang akan sekali lagi melawan hukum alam. Apapun balasan yang akan noona terima nanti, noona akan harung dan jalani sepenuhnya.

 TANIAWhere stories live. Discover now