TANIA 44

53 4 0
                                    

EPISODE 44

Shizuma menarik tangan Tania agar mengikutnya. Dia melepaskan tangan Tania sebaik sahaja sampai di belakang bangunan sekolah. Dia menghadap Tania. Mukanya merah seakan-akan terbakar.

" Are you jealous?" Tania cuba meneka reaksi Shizuma.

Shizuma menolak tubuh Tania pada dinding bangunan itu.

" You! ...." Kata-kata Shizuma dipotong dengan ciuman pada bibirnya. Mukanya semakin merah. Dia kaku di situ.

Tania tersenyum. Tangannya dilingkar pada leher demon itu. Tubuh mereka semakin rapat. Mata mereka bertentangan. Nafas demon itu mula tidak sekata. Perlahan Tania mengucup bibir demon itu. Haruman demon itu sangat menggoda dan mengasyikkan.

Shizuma memeluk pinggangnya. Membalas kucupan hangat bakal isterinya, tetapi ciuman itu kemudiannya bertukar menjadi ghairah dan melemaskan.
Tania  menolak demon itu,  kedua-dua  belah pipi demon itu dicekup dengan kedua telapak tangannya.

"No.., you naughty demon," kata Tania sebaik sahaja meleraikan ciuman itu.

Tania berpaling , berlari  meninggalkan demon itu menuju ke kelasnya semula.

Shizuma mengetap bibirnya.

" Argghhh... Tania.. why I'm always loosing to you." Rambutnya diraup kasar ke belakang. Satu keluhan berat dilepaskan.

************************************
Himawari mengunci pintu biliknya dan bersandar pada dinding.
Dia menyentuh bibirnya.
Adegannya berciuman dengan Tania  terpapar semula di layar mindanya.

Dia menggelengkan kepalanya enggan mengingati memori itu. Dia menanggallkan bajunya,menuju ke bilik mandi untuk mandi.

Darah-darah yang melekit pada tubuhnya mengalir bersama pancuran air yang mengenai tubuhnya.

"Aaaaahh....!!!"

Himawari mengerang kesakitan.

Dadanya yang  terasa sakit dipegang.
Jantungnya pula mula berdegup kencang.

Matanya dipejam rapat, tubuhnya disandarkan pada dinding lalu terduduk di lantai kerana sakit yang teramat sangat.
_____________________________________

8.14 pm

Perlahan jantungnya kembali normal.
Namun tidak lama selepas itu, tubuhnya tiba-tiba terasa panas. Dia segera membuka air 'shower'nya semaksima yang boleh. Kulit putih gebunya mula bertukar kemerahan seolah-olah terbakar.

Dia kemudiannya merangkak  keluar dari bilik mandi itu sambil memegang dadanya.

Dup ...dup.... dup..

"Mini fridge" dibuka. Botol air mineral  dibuka dan dituang ke tubuhnya namun masih lagi tidak mampu menyejukkannya..

"..panas .....air ...a is... " Himawari terketar-ketar membuka satu lagi botol air mineral  sejuknya.

Air ais itu masih juga belum mampu menyejukkan badannya  ..Ketul ais dikeluarkan.. disapu pada tubuhnya. Tetapi dia masih tetap juga kepanasan.

Himawari akhirnya jatuh tersembam ke lantai, matanya perlahan tertutup. Pengsan.
______________________________________

10. 25 pm

Himawari membuka matanya perlahan, terganggu mendengar deringan telefonnya.

"Hello.. just put it ..in front of my door.. i will pick it up later.. I'm showering now.." tuuuuut.... panggilan telefon ditamatkan.

Himawari terhuyung hayang bangun menuju katilnya...

 TANIAWhere stories live. Discover now