DPK - BAB 1

51.2K 842 106
                                    

DOKUMEN yang bersusun itu diambil satu dan diperiksa dengan penuh teliti. Sesekali dia memicit kepala yg tiba-tiba berubah runsing. Tanpa kata, tubuhnya terus disandar pada kerusi kulit warna putih itu. Kepala terus didongak merenung siling putih. Mata yg tadinya cergas mencelik kini dia tutup perlahan-lahan.

Matanya kembali dibuka apabila terdengar ketukan di daun pintu bilik pejabatnya. Tubuh yang lemah tadi terus ditegakkan semula. Dia terus bersuara memberi arahan.

"Masuk!"

Daun pintu itu terus diselak dari luar dan terjengol wajah Ain yg sedang tersenyum manis.

"Ya, Ain.. ada apa?"

"Ada orang nak jumpa Cik Sha."

Dahi Keysha terus berkerut. Jam di laptop terus dipandang. Ini waktu pejabat. Siapa pula mahu bertemu dengannya?

"Siapa? Awak kenal?" Tanya Keysha ingin tahu.

"Saya kurang tahu, cik tapi lelaki."

"Oh, okay.. izinkan dia masuk ke sini. Awak boleh sambung kerja semula." Ujar Keysha tenang. Dia seakan dapat mengagak siapa lelaki yg hendak bertemu dengannya itu. Arg, dia lagi.

"Baiklah. Saya keluar dulu beritahu encik tu."

Keysha mengangguk. Sebaik saja Ain berlalu, tidak menunggu lama daun pintu biliknya kembali dibuka dari luar. Dia hanya tenang melihat lelaki itu sedang menghampiri mejanya dan dengan bersahaja berlabuh di hadapannya tanpa dijemput olehnya.

"Ke mana awak menghilang, Cik Keysha?"

"Ada apa ni, Ash? Mana awak tahu pasal kafe saya ni?" Tanya Keysha dalam nada tidak puas hati.

Bibir Ash terukir senyuman. Wajah Keysha dipandang sejenak. Tiba-tiba Ash hela nafas. Berat.

"Dah nama pun Sha's Cafe.. mudah sangat untuk saya tahu siapa si pemilik kafe ni kalau bukan awak Cik Keysha Dayani."

Keysha tersenyum sinis.

"Berbasa-basi pula."

"Bila saya cakap jujur.. inilah awak, berbasa-basi pula." Ejek Ash semula. Termasuk mimik muka Keysha dia ejek sekali.

Keysha berdecit kecil. Tangannya terus menyentuh tetikus lalu matanya kembali mengadap skrin laptop. Fail dokumen tadi dia tutup terus dibuka semula.

"Saya busy."

"Menghalau ke ni?" Ujar Ash lalu ketawa kecil.

"Terserahlah awak nak fikir apa, Ash.. tapi awak bukannya buta untuk menilai dengan mata sendiri dan awak sendiri nampak..saya sibuk!" Tanpa memandang Ash, Keysha membidas.

Ash terus bersandar sambil matanya terus memandang wajah tidak beriak Keysha.

"Awak ni degil kan Keysha."

"It's up to you to think about me, Ash." Balas Keysha hanya tenang.

"Berapa kali saya nak cakap Keysha, awak tu.."

"Stop it! Tak perlu awak nak ingatkan saya banyak kali, Ash. Awak tahu tak.. saya sangat muak dengar cakap awak tu.. muak! Menyampah dan benci yang teramat sekali." Cantas Keysha tegas. Matanya terus merenung wajah Ash. Tajam.

Ash terus terdiam.

"Sampai bila?"

"Tak perlu ingatkan saya. Saya tak suka dengar. Dan jangan sesekali sebut lagi, saya tak kuat. Awak faham tu?"

"Awak sedang luahkan perasaan ke ni?" Ash menyoal selamba.

"Yup, supaya awak faham dan lebih faham keadaan saya sekarang. Tak perlu usaha dah, biarkan aje macam ni." Akui Keysha.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now