DPK - BAB 46

29.7K 671 3
                                    

USAI  solat, Keysha meletak kembali telekung serta sejadah ke meja tepi sisi katil. Dia mengesot tubuh lalu duduk bersandar dikepala katil. Baru saja dia hendak menutup lampu utama, pintu bilik tidurnya diketuk dari luar. Pantas dia menoleh.

"Mama menganggu ke?" Puan Sri Dian bertanya sambil menjengol kepala pada regangan pintu itu.

"Tak adalah. Masuklah, ma." Ujar Keysha.

Puan Sri Dian terus melangkah masuk lalu berlabuh di hujung kaki Keysha. Kaki kanan si anak disentuh lembut.

"Macam mana kaki kamu?" Tanya Puan Sri Dian.

"Dah semakin baik. Tak lama lagi Sha bolehlah guna kaki sendiri semula. Sangat seksa guna kerusi roda dan tongkat. Pergerakan Sha rasa terbatas." Ujar Keysha.

"Mama pun seksa tengok kamu berjalan. Sekejap bertongkat, sekejap pula berkerusi roda." Keysha ketawa sendiri apabila mengenang semula semua itu. Sulit dan sukar.

"Bila malas duduk atas kerusi roda, bila rajin.. jalanlah guna tongkat." Keysha ketawa lagi.

Puan Sri Dian turut ketawa. Tahu sangat sikap anak perempuannya ini. Tidak berubah walaupun sudah berubah status ibu orang.

"Macam mana pertemuan kamu dengan Izz petang tadi? Ada ikut hati tak bila berbincang?" Soal Puan Sri Dian ingin tahu.

Keysha senyum.

"Sha dah agak dah kenapa mama masuk bilik Sha. Mesti ada sebabnya tapi berkias dulu."  Puan Sri Dian turut tersenyum.

"Mestilah kena berkias sebelum ke topik utama."

Makin lebar senyuman Keysha. Dia tahu mama mengharapkan khabar gembira darinya. Setiap ibubapa pastinya mahu melihat anak-anaknya bahagia. Mama tak terkecuali.

"Sha minta masa lagi."

"Kenapa?"

"Tengoklah keadaan Sha sekarang. Bertongkat. Sha tak nak menyusahkan Izz disebabkan keadaan Sha yang bergantung ni. Nak uruskan kerja pun agak susah." Jelas Keysha.

"Kalau Izz betul-betul sayangkan kamu, dia takkan kisah dengan keadaan kamu sekarang ni. Kamu boleh bergantung pada dia."

"Ma.. mama tahu kan Sha tak suka menyusahkan orang. Sha rasa tak selesa walaupun dia tu suami Sha sendiri. Sha tak nak terlalu bergantung kepada bantuan orang sebab Sha nak berdikari sendiri. Biarlah Sha sembuh seperti sediakala sebelum Sha kembali kepada Izz. Lagipun Sha bukan satu-satunya isteri Izz. Auni lebih perlukan Izz berbanding Sha sekarang ni."

Puan Sri Dian menyentuh lembut bahu Keysha.

"Setiap pasangan berkongsi susah dan senang. Tapi, kenapa kamu hanya mahu berkongsi senang dengan pasangan kamu dan bila susah kamu sendirian?" Puan Sri Dian benar-benar tidak memahami jalan fikiran anaknya ini.

"Sha tak nak susahkan sesiapa. Biarlah susahnya Sha sendiri dan bila senangnya Sha berkongsi."

"Mama dah tak boleh kata apa kalau tu kata kamu." Puan Sri Dian hanya mampu mengalah.  Keysha senyum lagi.

"Mama kekuatan Sha. Mama selalu support Sha walaupun kadangkala Sha tahu mama tak faham sepenuhnya apa sebenarnya niat Sha."

"Kamu anak mama jadi haruslah mama sentiasa support kamu. Apa-apa pun keputusan kamu, mama akan support sebab mama yakin kamu lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kamu dan cucu-cucu mama."

Keysha terus memeluk Puan Sri Dian. Erat. Satu kucupan hinggap di pipi tua itu lembut.

"Mama nak tanya ni."

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now