DPK - BAB 52

27.1K 593 16
                                    


"AKU minta maaf, Keysha. Masa kita terjumpa kat taman dulu tu aku tak sempat nak minta maaf betul-betul dengan kau." Ucap Auni.

"Aku dah maafkan kau, Auni. Kau tak salah dan Izz pun tak salah. Kalaulah aku tak muncul balik dalam hidup Izz.. kalau aku tak nekad.. mungkin kau dengan Izz dah lama bahagia." Balas Keysha. Jauh disudut hati, dia rasa ralat sebab hubungan Auni dan Izz terlerai begitu saja.

"Tak, Sha.. kau pun tak salah. Aku faham dan aku tahu kau memang betul-betul cintakan Izz, kau bukan ego yang macam aku tuduh. Aku betul-betul rasa bersalah dengan kau." Ujar Auni perlahan.

"Kenapa pula?" Tanya Keysha hairan.

Auni menelan liur. Seketika dia membuang pandang ke luar jendela dari dalam kafe milik Keysha itu. Mencari sedikit kekuatan dan keyakinan.

"Kenapa kau rasa bersalah, Auni?" Tanya Keysha lagi bila Auni hanya diam.

"Aku renggangkan hubungan kau dengan Izz dalam diam."

"Hah? Tak fahamlah." Keysha menggeleng kepala.

"Dulu.. aku sengaja buat hubungan kau dengan Izz renggang lepas aku tahu kau isteri Izz. Aku curi masa Izz, ajak dia keluar sepanjang hari semata-mata aku tak nak dia spend time dengan kau terutamanya weekend. Aku sengaja dan paksa dia keluar dengan aku." Akui Auni. Dia rasa malu tapi dia tak sanggup lagi berahsia selagi dia tak mengakui perkara sebenar.

Keysha terdiam.

"Aku cinta dia sangat, Sha.. sampai aku rasa sakit dan cemburu sangat bila dia dengan kau. Aku tak nak dia luangkan masa dengan kau walaupun sedikit. Terutamanya masa birthday dia. Aku sengaja ajak dia keluar dinner dengan aku dan lengahkan masa dia bagi dia balik lewat sebab aku tahu kau selalu tunggu dia balik rumah hari-hari." Jelas Auni lagi.

Keysha hanya diam dan mendengar.

"Bila aku nampak Izz macam nak happy dengan kau.. aku desak dia ajak kahwin sebab aku tak nak kau bahagia dengan dia. Aku gunakan kak Zara dan racunkan fikiran dia dengan Iman. Tapi, Iman cepat sedar.. sebab tu dia tak back up aku, cuma kak Zara yang selalu back up aku. Lepas Izz setuju nak kahwin, aku desak dia ceraikan kau.. tapi Izz banyak alasan. Masa tu aku sakit hati sangat, Izz bagi macam-macam alasan bila aku suruh dia ceraikan kau sebab aku tak nak bermadu. Akhirnya, aku tak kisah dia ceraikan kau atau tak asalkan kami kahwin. Aku sengaja suruh famili aku percepatkan tarikh kahwin kami."

Keysha pejam mata rapat-rapat bila terasanya matanya pedih dan panas.

"Beberapa hari sebelum kami kahwin, aku mula sedar.. aku takkan bahagia sebab hati Izz bukan milik aku. Aku nampak dia gelisah cari kau dari sebelum kami kahwin sampailah selepas. Dia tidur tak pernah lena sebab risaukan kau, sebab dia cari kau tak jumpa.. dia tanya Iman pasal kau, Iman pula tak nak bagitahu, sampailah dia marah Iman. Dia cari kau merata tapi famili kau sepakat untuk rahsiakan semuanya dari dia. Dan, cuma Danish sebagai penyampai apa-apa berita pasal kau."

Keysha buka mata semula setelah agak tenang semula.

"Sebenarnya dari awal lagi aku tahu, aku nampak cinta Izz tak pernah berubah pada kau. Dari awal lagi aku tahu aku takkan dapat gantikan tempat kau dihati dia, tapi aku degil.. aku cuba juga. Sebenarnya aku yang minta dia declare kami sebagai kekasih padahal Izz tak pernah pun fikir semua tu sebab dia hanya anggap aku kawan. Dia sayang aku hanya sebagai kawan. Sakit, Sha.. bila lelaki yang aku cinta cuma sayangkan aku sebagai kawan. Dan lebih sakit bila aku dapat tahu.. perempuan yang dia selalu nanti dan cinta tu adalah kau, sahabat aku sendiri. Aku cemburu!"

Keysha renung Auni dalam-dalam. Dia cuba meletak dirinya ditempat Auni. Cuba bayang dan rasai.

"Aku fikir aku akan dapat memiliki dia lepas kau pergi, tapi rupanya tak. Dia masih sama dan tunggu kau.. malah, lebih teruk dia banyak mengelamun dan menyesal. Jadi, lebih baik.. aku menyerah sebab aku takkan bahagia." Auni sudahi pengakuannya.

"Dia lelaki yang kau cinta." Ujar Keysha.

"Cinta hanya disebelah pihak sangat menyakitkan, Sha. Cinta tak pernah dibalas dan takkan dibalas. Sia-sia. Jadi, aku tak nak hidup aku disia-siakan dengan perkara yang sia-sia." Balas Auni hanya tenang.

"Kau marah Izz?" Tanya Keysha ingin tahu.

"Tak, aku takkan marah Izz sebab dia lelaki yang setia. Setianya Izz pada kau sampai aku langsung tak dia sentuh."

Keysha terus hilang kata. Matanya terpaku pada wajah tenang Auni.

"Kau terkejut kan?" Auni hanya senyum bila melihat reaksi Keysha.

"Dia tak sanggup sentuh aku sebab kau, Sha.. walaupun aku pun isteri dia masa tu. Jadi, jelas kat situ.. sebab apa aku minta cerai. Sebab aku tak diperlukan. Buat apa aku nak habiskan masa dengan lelaki yang tak cintakan aku. Jadi, penceraian adalah jalan terbaik sebab aku pun nak bahagia."

"Aku minta maaf." Ucap Keysha.

"Aku tak salah, Sha. Izz pun tak salah sebab setia cintakan kau. Kalaulah aku tak nekad.. kau takkan tinggalkan dia kan dulu. Semuanya sebab aku kan kau tinggalkan dia." Kata Auni.

"Sebab aku nak kau dengan dia bahagia." Balas Keysha. Dia dah ikhlas lepaskan Izz masa tu jadi dia sama sekali tak salahkan Auni.

"Tapi, hakikatnya kebahagiaan dia hanya ada pada kau, satu-satunya perempuan yang dia cintai.. tak pernah berubah walaupun sikit."

Keysha hela nafas perlahan.

"Sha, maafkan aku sebab aku pun jahat nak pisahkan kau dengan Izz. Niat aku buruk. Mungkin sebab tu aku tak bahagia masa kahwin dengan Izz. Memang patut sebab dari awal aku memang berniat macam tu."

Keysha senyum nipis.

"Tak apa. Aku pun jahat, rampas hak orang." Keysha mengaku.

"Kau tak pernah rampas hak sesiapa pun, Sha.. dia bukan milik aku pun dan tak pernah jadi milik aku. Izz sendiri yang pilih kau jadi isteri. Kalau dia tak nak kau jadi isteri dia dari awal.. dia takkan lafaz akad kau, tapi dia buat sebaliknya. Dia ada kuasa nak lari, tapi dia tak lari. Dia ada kuasa nak repot kau, saman kau.. tapi dia tak buat. Dia pun ada kuasa nak jelaskan hal sebenar pada famili dia.. tapi dia tak buat. Apa maknanya tu? Dia sendiri pilih kau, bukan kerana terpaksa atau apa.. tapi, hati dan peluang hanya datang sekali. Jadi, bukan salah kau."

Keysha senyum. Dia nampak keikhlasan dalam bicara Auni. Bukan itu saja, Auni positif.

"Okay, sekarang.. aku tak nak fikir lagi pasal semua tu. Tutup buku." Kata Keysha.

"Ya, tutup. Kita dah sama-sama bahagia, Sha.. dengan pilihan hati kita." Auni angguk. Dia pun dah lupakan semuanya dan takkan ungkit lagi. Biarlah segalanya berakhir.

"Oh, ya.. Sufian tu macam familiar la muka dia. Aku rasa aku kenal." Ujar Keysha mula ubah topik. Puas dia perah otak selepas melawat Auni dua bulan lepas. Serasanya dia kenal siapa Sufian.

Auni senyum lebar. 

"Memanglah. Ex aku."

"Serius?" Keysha terkejut.

"Yelah. Ex masa form 3. Kami terjumpa balik lepas aku cerai dengan Izz. Jadi, bunga-bunga tu berputik kembali." Akui Auni dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

Keysha ketawa mendengar.

"Entah-entah dia tunggu kau."

Kali ini Auni pula yang ketawa. Dia angguk laju dengan tekaan Keysha.

"Ahli nujumlah kau ni."

"Seriuslah?" Keysha terkejut lagi.

"Serius. Dia tunggu aku. Dia tahu aku pernah kahwin dengan Izz. Dan, yang aku terkejutnya.. Sufian tu kawan Izz masa dekat PULAPOL dulu sebab tu diorang rapat." Beritahu Auni.

"Kau ni biar betul?"

" Betullah. Aku tak sangka aku boleh move on secepat tu dari Izz." Auni ketawa. Sufian mampu membuatkan dia melupakan Izz sepenuhnya. Hanya dengan kuasa cinta dan kesetiaan Sufian menunggunya.

Keysha menggeleng kepala. Dia cuba hadam apa yang dah berlaku. Sufian dengan Izz berkawan baik. Dia pula dengan Auni. Izz dengan Auni pernah ada sejarah. Ah, rumitnya kisah mereka berempat.

...
22 Ogos 2019
10.00pm

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now