DPK - BAB 14

13.2K 532 6
                                    

"KEYSHA!"

"Auni!"

Mereka sama-sama menjerit suka apabila berjumpa di kafe Keysha. Mereka berpelukan seketika.

"Lamanya tak jumpa kau, Sha." Ujar Auni seraya mereka berlabuh.

"Tulah.. sama-sama sibuk kan." Keysha turut berlabuh.

"Nampak kuruslah kau sekarang. Diet ke?" Tegur Auni sambil memandang wajah Keysha yang kelihatan sedikit kurus. Begitu juga susuk tubuh itu.

"Ya, aku diet." Keysha angguk.

"Tak payahlah diet, Sha.. tak cantik kurus sangat." Ujar Auni.

"Lepas ni naik balik. Jangan risaulah. Bukannya selalu aku diet."

"Kau tu memang. Eh, Sha.. sorry tau aku tak dapat balik masa kau kahwin." Ucap Auni kesal kerana tak dapat datang ke majlis bersejarah sahabat sendiri.

"Nak buat macam mana kau ada kursus kat Sabah."

"Rugi dah aku. Tak dapat tengok husband kau. Exclusive sangat ke husband kau tu sampai tak nak tunjuk gambar kat aku?" Auni tarik muncung. Keysha ni berkira betul.

Keysha ketawa.

"Limited edition."

"Amboi!" Auni turut ketawa.

"InshaAllah.. ada masa nanti aku kenalkan kau dengan suami aku."

"Siapa husband kau tu? Aku kenal tak?" Tanya Auni ingin tahu.

"Tak sure kau kenal ke tak sebab ni ex aku." Beritahu Keysha perlahan.

"Ex-boyfriend?" Auni terkejut. Bulat matanya memandang Keysha.

Keysha angguk dengan senyuman.

"Yup!"

"Ex-boyfriend yang ke berapa?"

"Entah, aku pun tak tahu. Tapi yang last." Keysha ketawa. Tak tahu Izz bekas kekasihnya yang ke berapa.

"Oh, rasanya aku tak kenal sebab kau dengan dia sekejap aje kan. Beberapa bulan aje kan."

"Ya, empat ke lima bulan je. Kami terjumpa balik beberapa bulan lepas.. aku ajak dia kahwin."

"Dia setuju?" Auni teruja nak tahu.

"Kalau dia tak setuju kami tak kahwin tau." Ujar Keysha.

Auni ketawa lagi.

"Gilalah kau, Sha."

"Aku masih sayangkan dia, cintakan dia." Tanpa rasa malu Keysha mengaku. Dengan Auni memang dia agak terbuka. Sama seperti Ash.

"Ash macam mana pula?" Auni bertanya ingin tahu. Dia juga tahu Ash ada menaruh hati pada Keysha tapi Keysha tak layan.

"Aku ni cuma nak setia pada suami aku je. Ash faham aku. Dia tahu hubungan kami takkan lebih daripada seorang kawan dan juga adik beradik angkat."

"Baguslah Ash tu. Untungnya bakal isteri dia nanti. Sangat memahami."

"Aku selalu doakan dia dapat seorang perempuan yang lebih baik, yang lebih sempurna daripada aku. Aku tahu dia lebih layak dapat seorang perempuan yang lebih menghargai dia, sayang dia.. cintakan dia sepenuh hati. Ikhlas." Ucap Keysha ikhlas. Itu yang selalu dia harapkan pada Ash. Ash bahagia.

"Kalau mama babah kau tahu Ash ada perasaan dekat kau, macam mana eh?" Auni tak habis fikir. Abang angkat jatuh cinta pada adik angkat. Baginya normal tapi tak mudah untuk Keysha.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now