DPK - BAB 53

39.6K 757 96
                                    

DALAM kemeriahan majlis kesyukuran dan tahlil di kediaman ibubapa Izz, Keysha mencari kelibat suaminya itu. Selepas kaum adam selesai makan tadi, kelibat suaminya sudah tiada. Entah ke mana perginya.

"Cari apa, Sha?" Ash yang perasan tindak tanduk Keysha yang ke hulur ke hilir terus menegur. Hairan melihat sikap Keysha.

"Cari si Izz ni.. ke mana dia ni pergi? Ash ada nampak tak?" Keysha bertanya jika Ash tahu.

Ash tersenyum kecil. Cara pertanyaan Keysha menggeli hatinya.

"Ash tahu tak Izz kat mana? Tersenyum sengih pula dia ni." Getus Keysha tak puas hati.

"Sha cari Izz macam kucing hilang anak." Komen Ash bersahaja lalu berpeluk tubuh.

"Ash lupa ke?"

"Lupa apa?" Dahi Ash terus berkerut. Tak faham.

"Izz Zarif tu husband Sha tau.. mestilah Sha risau kalau Izz hilang."
 
Ash ketawa.

"Sha.. Izz tu dah besarlah. Suami dan bapa orang pula tu. Tak ke mana pun si Izz tu. Takkan hilanglah."

"Nilah orang lelaki, tak sensitif langsung. Semua benda diambil mudah. Zaman sekarang ni manusia sangat berani tau." Ujar Keysha.

"Oh, maksudnya Sha takut ada orang rampas Izz dari Sha, gitu?" Ash menduga Keysha.

"Manalah tahu kan."

"Sha, Sha.. walaupun Ash tak kenal Izz tu macam mana Sha kenal, tapi Ash tahu Izz jenis lelaki yang setia pada cintanya. Tengok dari renungan Izz pada Sha pun Ash dah tahu yang Izz tu benar-benar sayang dan cintakan Sha. Sepenuh hati dia." Ujar Ash. Dia mahu Keysha buang rasa sangsi yang masih bersisa dan sikap negatif.

"Tu Ash tak beritahu pun Sha dah tahu." Balas Keysha.

"Janganlah negatif sangat."

"Okay, tapi Ash ni nak tolong Sha ke tak ni? Izz mana?" Keysha kembali ke topik asal mereka.

"Tak sudah-sudah dengan hubby dia. Ingat sikit.. anak dah dua tu." Kata Ash selamba.

"Eleh! Kata orang, dia pun sama. Sikit-sikit Iman. Ingat sikit diri tu dah nak ada anak so, buatlah cara diri tu bakal bergelar ayah bukannya buat macam zaman orang muda mudi lagi." Balas Keysha kembali.

"Eh, Ash tak seteruk Sha okay. Sha dengan Izz yang berlagak macam orang muda." Ash turut membalas. Lari dah topik asal mereka ni.

"Memang Sha dengan Izz masih muda apa. Kami baru je masuk awal 30an, yang Ash tu dah pertengahan." Ejek Keysha.

"Budak ni.. umur jangan sebut, eh?" Ash beri amaran.

"Tak boleh terima hakikatlah tu yang diri tu sebenarnya dah tua. Pula tu, lebih tua dari abang ipar sendiri. Patutnya sejak dulu Sha kena panggil ni Ash dengan panggilan Abang Ash, biar sedar sikit diri tu dah tua. Dahlah, malas sembang dengan abang Ash ni.. buang masa Sha aje. Bukannya nak tolong Sha ke apa, ajak bergaduh adalah." Keysha membebel panjang lalu meninggalkan Ash yang pegun.

Ash seperti tak percaya yang membebel tadi adalah Keysha Dayani, adik angkatnya sendiri. Keysha dah banyak berubah selepas empat tahun ini. Makin matang. Namun, dia bahagia dengan perubahan itu.

Mata Keysha terus meliar mencari kelibat Izz. Cari dan terus mencari. Akhirnya, matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang berdiri mengadap kolam renang. Bibirnya terus mengukir senyuman. Lega.

Pantas Keysha menghampiri Izz lalu dia merangkul lengan gagah suaminya itu. Leka benar mengelamunnya.

"Sha?" Izz tersentak dengan rangkulan mengejut itu.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now