DPK - BAB 17

13.8K 563 32
                                    

TUBUH yang lesu dia terus baringkan ke atas katil. Salendang yang membaluti kepala terus diuraikan perlahan. Hari ini dia terpaksa pulang awal disebabkan tubuhnya benar-benar terasa kepenatan dan tak bermaya.

Baru saja dia hendak memejam mata, terdengar loceng rumah berbunyi. Mahu, tak mahu dia terpaksa bangkit semula. Salendang diletak ke atas kepala lalu dililit ke bahu. Perlahan dia menapak ke luar bilik. Pintu rumah banglo itu dibuka. Alat kawalan jauh ditekan bagi menjemput tetamu tidak diundang masuk.

Dahi Keysha terus berkerut apabila melihat seorang wanita muda sedang melangkah masuk ke laman rumah. Apabila makin dekat, wajah wanita itu semakin jelas. Baru saja dia nak menegur satu tamparan hinggap ke pipinya. Keysha tergamam.

"A.. Auni."

Keysha bersuara gagap. Wajah merah padam Auni terus dipandang.

"Ya, aku Auni. Kawan kau merangkap bakal tunang husband kau." Ucap Auni keras.

Zup!

Keysha tersentap. Tak mungkin Auni sahabatnya adalah Auni yang sama kekasih suaminya. Tak mungkin!

"Tergamak kau Keysha.. tergamak kau rampas Zarif dari aku. Kau betul-betul kawan makan kawan!" Marah Auni tanpa dapat ditahan.

Keysha terpanar. Dia memandang ke arah belakang Auni. Iman sedang berlari ke arah mereka.

"Kak Auni.."

"Iman jangan masuk campur. Ni urusan akak dengan perempuan perampas ni." Pangkah Auni pantas.

Allahuakbar!

Bagai direntap tangkai hatinya. Keysha terus terasa sakit di bahagian dada. Auni sahabatnya.

Iman terus terdiam. Tidak berani nak mencelah. Dia hanya mampu memandang dua wanita dalam hidup abangnya. Keysha vs Auni.

Auni terus memandang Keysha dengan renungan tajam. Dia tidak sangka suri hati kekasihnya adalah Keysha, sahabatnya sendiri.

"Aku tak sangka kau sanggup tikam aku dari belakang, Sha. Kenapa kau rampas Zarif dari aku? Dah tak ada lelaki lain lagi ke dalam dunia ni sampai kau sanggup rampas bakal tunang sahabat kau sendiri? Kau betul-betul talam dua muka, Sha.. depan aku, kau bukan main baik lagi dengan aku tapi dia belakang aku, kau kejam. Kejam sebab sanggup rosakkan kebahagiaan kami. Aku benci kau, Sha! Aku benci! Kau perampas!" Jerit Auni sedikit tertahan. Sakit hatinya dengan sikap Keysha yang bermuka-muka baik dengannya.
 
Keysha berdehem.

"Auni.. aku.. aku tak tahu kau kekasih Izz." Akui Keysha jujur. Lengan Auni cuba diraih. Sungguh. Dia benar-benar tak tahu Auni kekasih Izz. Kalau dia tahu dia takkan nekad. Tapi.. sekarang dah pun terlambat. Menyesal pun dah tak guna lagi.

Auni pantas menepis tangan Keysha dengan kasar. Mahu saja dia layangkan sekali lagi penamparnya ke wajah mulus Keysha. Muka tak bersalah Keysha membuatkan dia makin rasa sakit hati.

"Kau tipu! Kau penipu. Aku kenal sangat sikap kau, Sha.. dari dulu suka menipu dan membelit-belitkan fakta. Sekarang kau nak guna taktik yang sama dengan aku, sorry.. tak laku! Aku takkan percaya dengan permainan kotor kau ni. Takkan!" Kata Auni tegas. Dia cukup kenal siapa Keysha.

Keysha terkelu. Bagaimana dia hendak menjelaskan perkara sebenar? Ya Tuhan..

"Aku fikir kau dah berubah sejak kau berhijab, rupanya tak. Kau berhijab ada makna. Kau goda Zarif sampai dia kahwin dengan kau. Aku tak percaya kau tak tahu hubungan aku dengan Zarif. Kau kan suka menyiasat. Tak mungkin kau tak menyiasat pasal Zarif terlebih dulu sebelum kau perangkap dia. Taktik kau mudah dibaca, Sha.. aku bukannya bodoh nak menilai sikap kau. Kau lupa berapa lama kita berkawan? Sembilan tahun kita berkawan, aku dah masak benar dengan sikap kau selama sembilan tahun tu. Kau pengkhianat persahabatan kita. Kau pengkhianat, Keysha!" Hambur Auni bertalu-talu.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now