DPK - BAB 23

16.5K 635 21
                                    

LANGKAH Iman terhenti apabila terpandang satu kelibat yang seakan dia kenali. Pantas dia menoleh ke belakang. Tetapi, kelibat tadi sudah menghilang. Iman angkat bahu seraya menyambung langkah semula. Pintu bilik itu diketuk sekali dua seraya memulas tembolnya. Lalu dia melangkah masuk dengan senyuman.

"Hai, Dr Ash.. nampak serabut aje hari ni." Iman menegur mesra. Dia terus berlabuh di hadapan Ash tanpa menunggu dipelawa.

Ash terus mengukir senyumannya. Dia bersandar memandang Iman.

"Tak adalah. Ada apa masuk bilik saya ni?" Soal Ash.

"Nak ajak awak lunch la. Dah masuk waktu ni." Ujar Iman sambil mengetuk jam sendiri.

Ash terus melihat jamnya. Dia mengetuk dahi sendiri. Hampir dia terleka dek lamunan sendiri. Terlalu fikirkan Keysha.

Tiba-tiba Iman terpandang sampul di atas meja. Dahinya terus berkerut apabila terbaca nama yang bertulis diatas sampul itu. Kemudian dia terus memandang ke arah skrin monitor yang masih menyala. Iman terpanar.

"Yang siapa punya ni, Ash?" Tanya Iman ingin tahu. Detak jantungnya sudah mula kencang. Keysha Dayani bt Ahmad Khairil. Satu nama yang dia rasa tidak asing lagi baginya. Tetapi, berapa ramai dalam dunia ni mempunyai nama yang sama. Tak mungkinlah.

"Oh, ni yang pesakit saya merangkap adik angkat saya." Ujar Ash. Monitor terus ditutup seraya kepingan filem itu turut disimpan ke dalam sampul itu semula. Kemudian dia menyimpan ke dalam lacinya.

Iman terus tergamam. Adik angkat Ash? Ash ke yang Keysha mahu perkenalkan kepadanya? Jika ya, itu bermakna Keysha Dayani adalah Keysha Dayani yang sama dia kenali. Kakak iparnya sendiri.

"Oh, dia sakit ya. Saya nampak macam dia ada masalah hati." Iman mula mengorek rahsia. Sempat dia melihatnya tadi.

Lambat-lambat Ash mengangguk. Berat sebenarnya untuk dia menelan hakikat yang satu itu. Seorang adik yang dia kenali lebih dua puluh tahun lalu kini menderita disebabkan penyakit kronik lebih setahun lalu. Sungguh dia rasa seperti sebuah mimpi. Sukar untuk dia percayai. Malah, dia sendiri yang menjadi doktor peribadi kepada adik angkatnya itu.

"Yup."

Iman tersentap. Dengupannya semakin kuat berdegup.

"Sampai ke saat ni saya masih tak percaya adik saya mengidap penyakit yang boleh membawa maut. Sha nampak sihat selama ni tapi kesihatan dia diambil dalam sekelip mata saja. Kerana itulah setiap pemberian dari Allah hanyalah bersifat sementara dan satu pinjaman begitu juga nyawa kita. Saya hanya mampu berusaha semampu daya saya untuk kembalikan semula kesihatan Sha seperti dulu, sihat walafiat. Selebihnya saya bertawakal." Luah Ash perlahan. Dia mula bercerita tanpa diminta. Mungkin dia perlukan teman untuk berkongsi kerana fikirannya juga terasa berat dan beban. Tak pernah dia terasa begini.

Iman hanya mampu mendengar. Kelu lidahnya untuk bertanya. Dia sangat terkejut. Pelbagai persoalan mula berlegar dalam kepalanya.

"Sampai ke hari ni saya masih ingat riak wajah Sha saat pertama kali saya sahkan dia mengidap kanser hati. Wajah Sha nampak sangat tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku. Macam saya tak beritahu dia pasal hal sebenar. Ketenangan Sha sampai membuatkan saya tertanya-tanya.. adik saya ni berhati kering ke? Atau langsung tak ada perasaan? Tapi apa yang saya perasan, Sha diam. Dia diam setiap kali saya jelaskan keadaan sebenar diri dia. Tapi, saya tahu Sha menangis di belakang. Adik saya tu, dia takkan menangis di depan orang termasuklah famili dia sendiri. Sha tu berlagak kononnya dia kuat. Tapi, saya kagum.. Sha adik saya memang seorang yang sangat kuat semangatnya. Sampai ke hari ni, dia masih kuat dan masih lagi setenang dulu walaupun hanya didepan saya dan keluarga." Ash menyambung kata.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now