DPK - BAB 6

13.1K 574 31
                                    

KEPALANYA digeleng berkali-kali apabila kata-kata Keysha sebulan lalu kembali tergiang di telinga. Keysha benar-benar sudah gila agaknya. Hampir setiap hari dia diganggu dengan panggilan telefon dari bekas kekasihnya itu.

Entah dari mana Keysha dapat pun dia tak tahu. Tak dinafikan Keysha memang seorang yang bijak. Ada saja idea Keysha. Idea yang dia sendiri tak jangka.

Bukan setakat panggilan saja Keysha menganggunya, sehingga ke pejabat Keysha berani menceroboh masuk. Keysha benar-benar mahu mengotakan apa yang telah dikatakan dulu. Dia tak sangka Keysha senekad dan seberani itu. Keysha yang dulu dia kenal tidaklah senekad dan seberani ini.

Nampaknya tiga tahun satu tempoh yang telah banyak merubah siapa Keysha Dayani.

Kepalanya terus disandar pada kusyen yang terletak di kerusi malas itu. Matanya memandang langit hitam yang disinari taburan jutaan bintang yang berkelimpangan.

Tiba-tiba dia teringat kembali setiap patah hinaan Keysha padanya dulu. Hanya disebabkan dia memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis, dia dihina teruk oleh Keysha yang memandang pangkat.

FLASHBACK

"Izz.. berapa sangat yang awak dapat dengan pekerjaan polis yang awak banggakan sangat tu? Ciputlah, Izz. Tak setanding langsung dengan anak-anak kawan parents awak yang lain. Jatuh standard awak sebagai anak Dato Firdaus yang mempunyai syarikat besar dan kaya. Tapi, anaknya kerja polis aje. Oh God.. Izz, awak takkan kaya."

Mengucap panjang Izz mendengar kata-kata Keysha.

"Kalau awak nak terus berdampingan dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil.. tolong Izz, tolong sangat-sangat tinggalkan kerja awak tu dan kerja di syarikat famili awak tu. Gaji awak akan lebih besar, penampilan awak akan lebih kemas dan berkarisma berbanding sekarang ni. Dan kereta buruk secondhand awak tu tak lalulah saya nak naik, panas gila. Sempit pulak tu. Taste apa awak ni, Izz.. sangat-sangat kampunglah. Orang kampung pun lebih kaya dari awak, Izz." Lontaran demi lontaran Keysha lemparkan kepada Izz.

"Tapi, halal kan. Janji kita bahagia. Saya tak pinjam duit orang untuk belanja awak makan. Dan, yang pasti saya tak guna duit haram." Ujar Izz lembut. Di sudut hatinya, dia berharap dan berdoa agar Keysha berubah.

"Yup, halal. Saya pun cari duit guna jalan halal jugak. Tapi, Izz.. saya tak sukalah awak belanja saya makan di warung, kedai atau restoran biasa. That's not my taste, dear.. no class. Berpanas berpeluh semata-mata menunggu makanan yang dimasak gila lamanya. Saya tak sabar orangnya, Izz.. saya tak suka menunggu. Please, ubahlah cara hidup awak ni. Saya tak suka dan saya sesangat malu berjalan dengan awak yang berpakaian selekeh. Kereta Wira buruk awak tu dah layak disedekahkan ke kedai besi buruk. Tak layak untuk drive lagi, dah nazak kronik.. tunggu masa aje nak hancur berkecai atas jalanraya dah."

Nafas Izz dilepas perlahan. Dadanya mula berombak panas. Kata-kata Keysha kali ini benar-benar menguji had kesabarannya.

"And one more thing, kerja polis? Ke hulur ke hilir dengan pakaian saragam. Huh, lapuk!"

"Stop it, Keysha! Stop it!" Kata Izz merenung tajam ke wajah Keysha yang nyata terkejut dengan jerlahannya tadi. Keysha dah melampau.

"Berani awak tinggikan suara awak, Izz." Kata Keysha juga panas hati. Selama ni Izz tak pernah meninggikan suara tapi kali ini meninggikan pula.

"Memang patut saya tinggikan suara pada manusia macam awak, Keysha. Manusia bongkak, angkuh dan sombong dengan kedudukan. Awak ingat dengan harta, nama pangkat keluarga awak tu boleh menjamin awak masuk syurga ke? Hei, Keysha.. saya sama sekali tak takut untuk hilang Keysha Dayani Tan Sri Khairil dalam hidup sayalah. Sebab apa tau? Sebab saya malu berjalan disisi seorang manusia yang bongkak dan riak atas bumi Allah ni. Awak dah lupa agaknya, awak siapa dan dunia ni milik siapa? Sedarkan diri awak tu, Keysha. Hidup kita bagaikan sebuah roda yang berputar. Sekarang awak masih diatas dan awak boleh menghina orang sesuka hati. Dan ingat, apabila awak berada di bawah nanti, orang yang awak hina tulah yang akan bantu dan tolong awak dengan ikhlas tanpa minta dibalas." Ujar Izz sedikit puas kerana dapat membalas setiap patah hinaan Keysha.

Keysha tergamam. Jelas sekali sehingga mata itu terpaku. Malah, tubuh Keysha kaku.

"Saya diam bukan bererti saya mengalah tapi saya biarkan sebab saya mahu melihat sejauh mana hamba Allah dihadapan saya ni akan terus bongkak berjalan di atas bumi buatan Tuhan. Bumi ni takkan kekal selamanya sama juga dengan kekayaan serta pangkat yang disandang oleh famili awak. Ingat satu perkara Keysha.. Allah swt itu Maha Kuasa. Bila-bila masa saja DIA boleh menarik segala apa yang awak miliki saat ini termasuklah kecantikan dan kesihatan awak. Teruskanlah ketaksuban awak tu pada pangkat, keturunan dan darjat awak. Bagi awak semua tu masih relevan tapi bagi saya dimata Tuhan kita semua adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah iman didada, akhlak, dan amalan kita. Bukannya kekayaan."

Keysha terus terpaku dengan bicara dari Izz.

"Mulai hari ni, kita putus. Saya tak nak lagi berdampingan dengan manusia yang angkuh sombong macam awak ni. Sungguh saya rasa malu. Tapi, saya bersyukur sebab dipertemukan dengan manusia macam awak. Dari situ, saya ambik pengajaran untuk saya. Rupa yang indah belum tentu menjamin keperibadian yang indah jugak, macam awak Keysha. Dan, terima kasih kerana hina saya selama ni. Moga awak berubah sebelum terlambat, Keysha Dayani."

FLASHBACK END!

Usai saja memberi 'ceramah' kepada Keysha petang itu, Izz tak lagi mengambil tahu tentang Keysha. Malah, bekas kekasihnya itu juga tak lagi menghubunginya. Seakan lenyap begitu saja. Sehinggalah pertemuan antara mereka sebulan lalu, itulah pertemuan pertama mereka selepas lebih tiga tahun berlalu. Dan apabila pertemuan kali kedua mereka yang sengaja dirancang Keysha, dia terkejut kerana dia dilamar oleh manusia bongkak sombong yang pernah menghinanya dulu. Sungguh dia tak sangka.

Keysha Dayani. Satu nama yang indah. Tetapi, kerana nama indah itu juga telah membuatkan dia tersungkur pada cinta Keysha. Semakin hari dia semakin mengenali sikap Keysha. Rupanya sikap wanita muda itu begitu teruk sekali. Hinaan demi hinaan dilemparkan Keysha tanpa ada rasa bersalah.

Hari demi hari, perasaan sayangnya pada Keysha dia kikis. Dia tidak mahu terus mencintai seorang manusia yang terlalu bongkak dan sombong dengan apa yang ada di dalam duniawi ini.

"Apa yang awak nak sebenarnya ni, Keysha?"

...

Sorry,🙏 sbb sy tak bermaksud nk menghina kerja polis tau. Sy suka polis😘 tp harap faham ye.. ni cerita je.

...

06 Julai 2019
01.32am



Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now