DPK - BAB 49

29.2K 645 6
                                    

"ANAK-ANAK mana?" Tanya Keysha apabila melihat kelibat Izz sedang menghampirinya.

"Dah tidur." Jawab Izz seraya berlabuh di sisi Keysha.

"Penat sangatlah tu." Ujar Keysha lalu menyandarkan kepalanya di bahu tegap si suami.

"Sha tak sejuk ke duduk kat luar ni malam-malam?" Tanya Izz. Bahu Keysha dipaut erat.

"Sejuk tapi nyaman." Kata Keysha perlahan. Setelah hampir sebulan kembali semula menjalani kehidupannya sebagai seorang isteri, dia rasai hidupnya kini sudah lengkap. Satu perasaan yang tak pernah dia alami. Bahagia disamping suami dengan kehadiran sapasang cahaya mata.

"Apa yang abang perasan, sejak kita kahwin Sha selalu habiskan masa di balkoni dengan mengelamun. Apa yang selalu Sha fikir?" Soal Izz ingin tahu dengan hobi Keysha itu.

"Apa yang Sha fikir?"

"Yup." Izz angguk.

"Selalunya Sha tak fikirkan apa-apa pun, cuma tengok pemandangan malam yang Sha rasa sangat tenang dan damai. Apatah lagi rumah kita ni jauh dari kesibukan jalan raya jadi suasana kat sini sangat bersih dan segar. Bila malam masih rasa sejuk tu. Pendek kata Sha sekadar menikmati alam ciptaan Allah SWT ni." Jelas Keysha. Itulah yang sering dia lakukan bagi menghilangkan tekanan. Baginya, ia satu terapi.

"That's therapy." Komen Izz terangguk-angguk.

"Ya."

Suasana antara mereka bertukar sepi sehingga Keysha mula membuka bicara semula.

"Sha accident."

"Hah?" Izz yang terkejut terus memandang wajah Keysha yang hanya tenang. Keysha tersenyum melihat reaksi suaminya.

"Bila Sha accident? Kenapa tak beritahu abang? Sha okay tak ni?" Izz terus bertanya. Kalut. 

Keysha menggeleng kepala perlahan. Lengan Izz ditepuk.

"Yang abang panik sangat ni kenapa?" Soal Keysha.

"Isteri abang accident, takkanlah abang tak risau."

Keysha senyum lagi.

"Ya, memang Sha accident tapi Sha accident dah lama. Seminggu Sha balik dari oversea beberapa bulan lalu, Sha accident. Sha terpaksa berkerusi roda dan kadangkala bertongkat tu sebab kaki Sha patah." Jelas Keysha tenang. Baru malam ini dia berasa mahu mencerita kejadian itu. Suaminya itu juga tak bertanya lagi selepas dia tak memberi jawapan ketika di taman tempoh hari.

"Dengan apa? Macam mana boleh accident? Sha nak ke mana masa tu?" Soal Izz lagi.

"Masa tu Sha nak ke kafe. Masa Sha keluar simpang empat rumah parents Sha.. ada sebuah van laju sangat rempuh kereta Sha dari tepi. Kaki patah sebab hentakan kuat." Jelas Keysha. Dirasanya seperti masih baru kejadian itu sehingga dia takut untuk mengingati kembali. Namun, dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Cuainya van tu. Takkan tak nampak kereta Sha keluar simpang." Kata Izz hairan.

"Van tu tak cuai, abang.. brek van tu tak berfungsi."

"Yake? Macam tak logik aje. Tu kan kawasan perumahan, mana boleh memandu laju. Satu kesalahan tu." Getus Izz.

"Pasal had kelajuan tu memang salah driver van tu dan polis pun dah buat siasatan. Brek van tu memang betul-betul ada masalah." Jelas Keysha lagi agar Izz tak salah faham.

Izz hela nafas.

"Disebabkan kecuaian orang lain Sha cedera teruk."

"Pemandu van tu cedera juga. Tulang leher dia retak."

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now