DPK - BAB 37

25.2K 690 12
                                    

LANGKAHNYA terus dibawa ke wad VIP itu sebaik saja tiba di hospital. Saat dia membuka daun pintu wad, Izz terpaku. Bilik wad itu kemas dan kosong seakan tak lagi berpenghuni. Pantas dia melangkah ke kaunter pula.

"Nurse, pesakit bilik VIP tu ke mana ya?" Tanya Izz sedikit cemas. Dadanya mula berdebar kencang.

"Apa nama pesakit ya?"

"Keysha Dayani bt Ahmad Khairil." Jawab Izz resah.

"Oh, Puan Keysha dah keluar, encik." Maklum jururawat itu setelah membuat pemeriksaan.

"Sejak bila?"

"Dah dua hari."

Izz terpanar.

"Nurse, boleh saya tahu pesakit tu sakit apa ya?" Jika Iman tak nak jelaskan perkara sebenar, biar dia sendiri yang bertanya.

"Maaf, encik.. itu rekod peribadi pesakit. Jadi, kami tak boleh beritahu sebarang maklumat kepada orang luar mahupun keluarga atas permintaan pesakit sendiri."

Izz mengeluh perlahan.

"Terima kasih." Dengan langkah yang berat Izz terus berlalu pergi.

Pulang dari hospital, dia terus memandu ke rumah keluarga Keysha. Namun, jawapan yang dia terima dari pembantu rumah amat mengecewakan. Tan Sri Khairil dan Puan Sri Dian tiada di rumah begitu juga Keysha sendiri. Melainkan Danish dan Dhafir yang kini berada di pejabat.

Izz bersandar pada kusyen kereta sambil meraup wajah. Dia mula buntu memikirkan ke mana Keysha pergi tanpa pengetahuannya. Sebarang makluman tak dimaklumkan kepadanya. Fikirannya mula berserabut.

Tanpa membuang masa, Izz terus memandu pulang ke rumah. Hanya Iman jawapannya saat ini. Sebaik saja tiba, kelibat adiknya terus dicari. Nama Iman dilaung agak kuat.

"Iman! Iman!" Panggil Izz sambil memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Bilik Iman terus dituju.

"Iman!" Pintu bilik tidur adiknya diketuk berkali-kali.

"Iman.. I.." Baru saja dia hendak memanggil lagi, daun pintu sudah dibuka dari dalam.

"Ya, ada apa?" Iman terus menyoal sebaik saja membuka pintu. Dia baru saja selesai menunai solat asar selepas pulang dari kerja.

"Mana.." Kata-kata Izz terhenti apabila melihat Auni keluar dari bilik tidurnya. Dia terus tersenyum nipis memandang si isteri.

Iman tersenyum sinis. Tubuh disandar di pintu sambil berpeluk tubuh memandang Izz dan juga Auni. Lagak macam takut bini.

"Tak tahu." Jawab Iman senada dan mendatar walaupun Izz belum habis menyoalnya.

Mata Izz terus memandang Iman semula. Agak tajam. Agak panas dia mendengar jawapan selamba dari Iman.

"Iman tak tahu jadi apa-apa hal jangan tanya Iman lagi. Remember.. apa yang pernah Iman cakap pada abang Izz sebelum ni?"

Izz terus menolak pintu bilik dan tubuh Iman ke dalam lalu dia turut melangkah masuk. Pintu bilik terus ditutup rapat lalu dikunci.

Dahi Auni berkerut apabila melihat tingkah aneh suaminya.

"Tipu. Iman tipu." Kata Izz sedikit membentak. Dia mula mencekak pinggang.

Iman terus melipat sejadah dan telekung yang tak sempat dia lipat tadi. Lalu disimpan ke tempat asal. Wajah Izz dipandangnya.

"Buat tambah dosa aje Iman tipu abang Izz. Buang masa dan tak ada faedah langsung." Ujar Iman seraya berlabuh di sofa.

"Iman kan rapat dengan Keysha.. tak mungkin Iman tak tahu ke mana Keysha pergi." Sukar untuk Izz percayakan Iman lagi. Iman semakin kuat berahsia dengannya.

"Kenapa abang Izz cari kak Sha lagi?" Tanya Iman ingin tahu.

"Abang Izz risau."

Iman tergelak. Kata-kata Izz dirasa lucu baginya. Sebelum ni tak pula risau.

"Buat apa abang Izz nak risau, kak Sha tu dah besar panjanglah. Kalau abang Izz risau kak Sha tak boleh hidup tanpa abang Izz.. memang silaplah. Wanita berdikari macam kak Sha tu dah tak perlukan lelaki macam abang Izz yang tak pernah menghargai sewaktu ada di depan mata." Bidas Iman geram.

"Walau apapun Keysha tetap isteri abang Izz jadi abang berhak tahu ke mana dia pergi. Iman siapa cuba halang abang Izz, hah?" Izz mula hilang sabar dengan sikap berahsia Iman.

"Iman siapa? Abang Izz tanya Iman siapa?" Iman mula berdiri mengadap Izz. Tegang. Renungannya juga tajam.

"Ya!"

" Iman adalah manusia yang melihat kesedihan dan kesakitan seorang isteri yang sanggup berkorban demi seorang lelaki yang amat dicintai hanya kerana dia cinta dan sayangkan lelaki yang bergelar suami dia tu. Seorang suami yang tak pernah menghargai kehadiran isteri sebaik Keysha Dayani walaupun sesaat pun. Abang Izz cakap abang Izz berhak tahu sebab kak Sha isteri abang Izz.. tapi tanya diri abang Izz tu dulu. Pernah tak dalam masa sesaat tu abang Izz anggap kak Sha sebagai isteri?"

Izz terpaku. Entah kenapa kali ini dia bagaikan terpaku dengan setiap tutur kata Iman.

"Iman tak marah tau abang Izz nak kahwin dengan kak Auni atau sesiapa pun, Iman tak marah. Iman restu sebab hati dan perasaan ni kita tak tahu. Tapi, Iman kecewa dengan abang Izz.. kecewa sangat sebab abang Izz tak adil pada kak Sha. Sebelum abang Izz kahwin dengan kak Auni lagi abang Izz dah tak adil dan selalu beratkan kak Auni. Iman nampak dan Iman perhati macam mana layanan abang Izz pada kak Sha. Iman sedih tahu tak, sebab seorang abang yang Iman kenal dari kecil ni rupanya kejam pada isteri sendiri." Ujar Iman. Airmatanya tak dapat dia bendung lagi. Menitis sambil berkata.

"Iman tertanya-tanya, mana abang Iman yang selama ni berhati baik dan sangat penyayang. Iman tak sangka abang Izz macam ni. Kalau pun abang Izz tak suka, tak sayang dan tak cintakan kak Sha.. tolonglah sekurang-kurangnya hargailah dia. Iman tahu hati abang Izz pernah dilukai oleh kak Sha.. tapi tak payah kejam sangat sampai abaikan isteri sendiri macam tu." Ujar Iman lagi. Airmatanya disapu.

Izz membisu dan hanya mendengar luahan hati Iman. Dia tahu Iman kecewa dengannya kerana Iman dah berusaha menyedarkannya.

"Iman sedih tengok keadaan kak Sha macam tu. Dia sakit tapi dia tak tahu nak cakap dan mengadu pada siapa. Dia pura-pura gembira depan kita untuk lupakan kesakitan dia. Dia selalu senyum tapi hati dan diri dia tu.. siapa yang tahu? Tak ada, abang Izz.. tak ada. Kak Sha tanggung seorang diri sampai keadaan dia makin teruk dan koma. Kak Sha sakit, abang Izz.. kak Sha sakit. Iman sendiri pun tak sanggup nak tengok keadaan kak Sha." Iman menepuk dadanya. Sebak.

Izz tertunduk dan pejam mata. Dia cuba mengawal perasaan.

"Kenapa baru sekarang abang Izz nak cari kak Sha? Tanya pasal kak Sha? Pedulikan kak Sha? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak sebelum ni? Kenapa, abang Izz? Kenapa baru sekarang? Selepas kak Auni dah jadi isteri abang Izz." Iman pula yang bertanya. Bertalu-talu.

Izz terus terdiam. Terkelu untuk membalas dan bertanya lagi.

"Sudahlah tu, abang Izz.. jangan tanya Iman lagi pasal kak Sha. Iman dah penat. Biarlah kak Sha pergi. Ikhlaskan kak Sha tinggalkan abang Izz." Kata Iman seraya melangkah ke arah pintu. Daun pintu terus dibuka.

"Apa maksud Iman yang Keysha dah pergi?" Soal Izz kian berdebar kencang. Cemas. Dia hanya takut satu kemungkinan saja. Keysha pergi tinggalkan dia.

Iman angkat bahu. Malas mahu menjawab lagi. Dia betul-betul dah penat.

"Iman.." Izz masih mahu merayu.

"Iman tak tahu.. Iman betul-betul tak tahu. Kali ni Iman jujur." Jawab Iman.

Izz pandang Iman. Agak lama.

"Better abang Izz keluar aje dan pergi rehat sebelum majlis resepsi malam ni ya. Selamat Pengantin Baru, abang Izz.. dari kak Sha." Pintu bilik terus dibuka. Menghalau Izz keluar.

Izz masih kaku disitu.

"Abang Izz.."

Izz akur. Gagal lagi.

...
08 Ogos 2019
10.08pm

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now