DPK - BAB 47

29.8K 666 10
                                    

DENGAN penuh keyakinan, Keysha melangkah masuk ke dalam bangunan dihadapannya dan aras bilik Izz dituju. Inilah kali pertama dia menjejak kaki ke bangunan ini semula setelah beberapa tahun.

"Assalamualaikum." Keysha mengucap salam pada wanita muda yang sedang tekun mengadap skrin komputer itu. Nampak sibuk.

Wanita muda itu terus panggung kepala memandang Keysha yang sedang melemparkan senyuman manis itu. Dia terus berdiri.

"Waalaikumusalam." Jawab wanita muda itu.

"Err.. boleh saya bertemu dengan Encik Izz Zarif?" Tanya Keysha mula berasa gugup semula.

"Cik dah buat appointment ke?" Tanya wanita itu semula tanpa menjawab soalan dari Keysha.

"Saya tak buat appointment tapi boleh tak beritahu dia yang saya nak jumpa atas hal personal?"

"Err.. saya tak boleh janji kalau jadual Encik Izz kosong sebab sekarang ni dia tengah meeting."

"Meeting?"

"Yup."

"Bila dia habis meeting?"

"Maybe dalam setengah hingga satu jam lagi." 

Keysha mengangguk. Jam di tangan dipandang.

"Boleh saya tunggu dia?"

"Err.. boleh tapi, tak apa ke? Saya takut dia marah kalau izinkan seseorang tanpa ada appointment." Wanita muda itu rasa serba salah untuk beri keizinan.

"Tak apa, saya jamin awak takkan kena marah. Kalau dia marahkan awak, saya akan back up. Saya yang nak tunggu tanpa buat appointment. Boleh saya tunggu dalam bilik pejabat dia tak?" Tanya Keysha lagi.

Dia tahu setiausaha Izz ragu-ragu untuk mengizinkan dia menunggu. Wanita itu terus menggigit bibir sendiri. Masih rasa sangsi.

"El, don't worry. awak takkan kena marah."

Eliya terkesima apabila Keysha menyebut namanya.

"Cik tahu nama saya, El?" Soal Eliya mula hairan.

Keysha terus tersenyum lagi. Kerusi di hadapan Eliya terus dia tarik lalu berlabuh di situ.

"Tak sangka awak masih bekerja kat sini. Dah lama rasanya.. maybe dah lebih lima tahun. Kan?"
 
Dahi Eliya terus berkerut apabila wanita di hadapannya itu mengenali dirinya. Dia mula cuba mengingati seraut wajah wanita itu. Macam
pernah tengok tapi tak jelas dimana dan bila namun, terbiasa. Dia terus berlabuh semula di kerusi.

"Macam mana cik kenal saya?" Soal El semakin bingung.

"Nampaknya awak tak ingat siapa saya.. tak apa, saya faham. Kita cuma sekali dua aje pernah bertemu sebelum ni. Tu pun dah lima tahun lalu. Ingatan awak agak terhad.. maybe terlalu busy dengan kerja." Kata Keysha tenang. Dia tak kisah Eliya tak mengingatinya kerana dia masih mengingati Eliya.

Otak Eliya terus dikerah untuk mengingatinya. Ingatannya agak samar-samar tentang wanita dihadapannya kini. Ditambah lagi wanita itu tak kenalkan diri padanya.

"Maybe, lately.. saya banyak kerja harus dibuat. Ingatan saya tak berapa kuat apatah lagi dengan pertemuan sekali dua lima tahun lalu. Satu jangka yang agak lama. Sorry kalau saya dah buat cik tersinggung.

"It's okay. Tak semua benda harus kita ingat apatah lagi dengan perkara yang tak penting. Saya pun kadangkala macam tu juga. Terlupa dan tak jelas." Balas Keysha.

Eliya senyum lega.

"Tapi, saya rasa muka cik memang familiar. Tapi, sayangnya saya tak ingat nama cik."

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now