DPK - BAB 44

29.9K 697 11
                                    


"MENGELAMUN fikirkan apa tu? Leka betul."

Teguran itu membuatkan lamunan Keysha tersentak. Pantas dia mendongak kepala memandang si gerangan yang menegurnya itu.

"Awal Nish balik hari ni." Balas Keysha sedikit datar.

"Sakit kepala." Jawab Danish lalu tersengih. Kerusi di hadapan Keysha ditarik lalu dilabuh duduknya. Tali leher dirungkai.

"Carilah seorang permaisuri tolong picitkan."

Danish terus tergelak.

"Jangan workaholic sangat." Tegur Keysha.

"Nish bukan workaholic." Danish membetulkan ayat Keysha.

"Habis tu? Perkataan apa yang lebih sesuai untuk orang macam Nish ni?" Soal Keysha lalu menatap wajah tampan adiknya.

"Kesegaran."

Dahi Keysha terus berkerut. Tak faham.

"Kesegaran apa?"

"Kesegaran dalam pekerjaan." Jawab Danish lalu ketawa.

"Mengarutlah." Keysha menggeleng kepala.

Danish tersenyum nipis. Wajah si kakak dipandang seketika. Dia tak tahu apa yang sedang difikirkan Keysha tetapi apa yang pasti, dia jarang melihat keceriaan di wajah itu kecuali saat Keysha bersama si kembar.

"Apa yang kak Sha cari lagi?" Danish mula menyoal.

"Erm?" Dengan dahi berkerut, Keysha memandang Danish semula. Apa maksud Danish?

"Abang Izz dan kembar dah berjumpa. Dan kak Sha pun dah jumpa abang Izz walaupun tak menegur sapa selepas empat tahun. Abang Izz juga setia menunggu kak Sha pulang ke pangkuan dia semula. Seperti anganan dan impian kak Sha dulu.. abang Izz sayangkan kak Sha. Apa yang kak Sha cari lagi? Semua impian kak Sha dah terlaksana." Jelas Danish tanpa dipinta.

Lidah Keysha terus terkelu. Tak sangka Danish akan bertanya begitu sedangkan selama ini adiknya itu hanya senyap tanpa bertanya.

"Nish boleh nampak yang kak Sha masih sayangkan abang Izz sama seperti dulu. Tapi, kenapa bila abang Izz tunggu kak Sha dan nak jumpa kak Sha.. kak Sha mengelak dari dia? Nish betul-betul tak fahamlah dengan setiap tindakan yang kak Sha ambil. Sayang dan cinta tapi tak nak kembali. Kalau dah tak sayang dan cinta.. kenapa kak Sha tak minta perpisahan secara sah aje? Kenapa nak terus jadi macam ni? Untuk berapa tahun lagi? Kak Sha tak penat ke? Nish yang tengok ni pun penat tau." Ujar Danish lagi. Hatinya hairan.

"Nish tak faham." Keluh Keysha.

"Apa yang Nish masih tak faham lagi? Nish ni tak cukup dewasa ke untuk beri nasihat dan menegur? Nish nak tengok kak Sha bahagia. Tapi, takkanlah kak Sha nak bahagia dengan jalan yang kak Sha sedang pilih dan lalui saat ni? Tak lengkap, kak Sha.. terutamanya untuk anak-anak kak Sha sendiri. Fikirkan si kembar tu. Diorang perlukan daddy, bukannya papa."

"Nish dah penat jadi papa diorang ke?" Soal Keysha.

"Nish takkan pernah penat jadi papa kepada anak-anak buah Nish sendiri sebab Nish sayangkan diorang sama macam Nish sayangkan diri sendiri dan kak Sha. Diorang datangnya dari darah daging Nish juga. Tapi, Nish sekadar papa diorang. Papa saudara bukan papa kandung. Bapa saudara dan bapa kandung adalah dua perkara yang berbeza. Sangat berbeza termasuklah kasih sayang yang dicurahkan." Ujar Danish ikhlas. Dia tak mahu Keysha menyesal atas keputusan yang diambil.

Keysha menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Kadangkala buah fikirannya menemui jalan buntu untuk terus berfikir. Entah apa yang tak kena pun dia tak tahu. Keysha dalam dilema. Dia rasa was-was.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now