DPK - BAB 31

19.9K 608 16
                                    

SETELAH memberi salam, Izz terus melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya itu. Matanya meliar pelosok ruang tamu itu mencari kelibat ahli keluarga namun, tak kelihatan. Yang ada hanyalah bibik yang menyambutnya tadi.

"Semalam mimpi apa?"

Izz terus menoleh apabila mendengar teguran dari belakang. Dahinya terus berkerut.

"Mimpi?"

"Yelah, mimpi. Semalam mimpi apa sampai abang Izz balik rumah hari ni?" Soal Iman sambil menuruni anak tangga. Izz dihampiri.

"Oh, kena mimpi dulu baru boleh balik ya?" Izz terus berlabuh atas sofa di ruang tamu itu.

Iman ketawa kecil. Punggungnya turut dilabuhkan di sofa lalu alat kawalan jauh dicapai.

"Kalau tak ada apa-apa, abang takkan balik kan. Lebih suka duduk di rumah sendiri walaupun seorang diri." Ujar Iman sambil matanya dihalakan ke arah tv

"Boring. Baliklah.. boleh juga tengok persiapan." Ujar Izz lalu bersandar. Tersengih apabila Iman memandang wajahnya.

"Yelah kan.. orang tu dah dua kali nak akad nikah. Mestilah excited berbanding sebelum ni."

"Perli ke apa ni?" Izz mula menyoal hairan. Lain macam angin Iman ni.

"Tak adalah. Abang Izz rasa Iman sedang perli ke?" Balas Iman bersahaja.

"Yup."

Sedang mereka berbual-bual, muncul Datin Aida beriringan dengan Izara. Mula menyertai Izz dan Iman yang rancak berbual.

"Ibu dari mana ni? Izz cari tadi tak ada. Kak Zara pun ada sekali. Bila balik?" Tegur Izz seraya bangkit dan menyalami tangan ibu.

"Ibu dengan Zara keluar beli barang sikit. Ada beberapa barang hantaran kamu belum cukup." Ujar Datin Aida seraya berlabuh.

"Kena baliklah tolong ibu buat hantaran. Nak harapkan Iman sibuk aje di hospital tu ha." Jawab Izara seraya turut berlabuh di sisi Iman.

"Seorang aje ke? Abang Naufal dengan Hariz tak balik sekali? Rindu pula dengan si Hariz tu." Izz bertanya tentang anak saudara tunggalnya itu.

"Kalau teringin nak anak tu suruh ajelah si Keysha tu beranak." Ujar Izara agak sinis.

Iman pandang Izz.

"InshaAllah." Ucap Izz bersama senyuman kelat.

"Sebut pasal Keysha ni.. dia tak balik sekali ke?" Datin Aida mula mencelah perbualan itu.

"Ha'ah. Baru akak perasan.. tak balik sekali ke?" Izara turut bertanya. Kelibat Keysha dicari.

"Tak, Sha balik rumah parents dia." Jawab Izz ringkas.

"Kenapa? Kamu berdua ada masalah ke?" Soal Datin Aida.

"Mana ada. Keysha balik rumah parents dia sebelum Izz balik sini lagi. Katanya dia nak rehat kat sana." Izz terus jelaskan perkara sebenar. Kerana itulah yang diberitahu Keysha ketika dia masih berada di Australia.

"Izz balik dah dekat seminggu, maknanya dah lebih seminggulah dia balik sana. Tak terasa nak ambil bawa balik sini tolong kami buat hantaran?" Izara terus menyoal. Tak berkenan dengan sikap Keysha.

Izz hela nafas perlahan. Dia rasa kehidupannya kian rumit sejak Keysha hadir kembali.

"Mana ada seorang isteri sanggup buat hantaran untuk suami yang bakal menghadiahkan madu untuk dia." Iman mula mecelah setelah sejak tadi menjadi pendengar.

"Izz sengaja tak nak ambil Sha sebab Izz tak nak ganggu waktu rehat dia. Maybe Sha perlukan ruang untuk terima semua ni. Sha cakap Sha sendiri akan balik bila dah bersedia. Jadi, tak perlulah Izz pergi jemput lagi." Jelas Izz lagi mengenai pesanan Keysha.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now