DPK - BAB 4

14.1K 559 36
                                    


"SHA nak kahwin!"

Tan sri Khairil, Puan Sri Dian berserta Danish yang enak menikmati hidangan sarapan pagi pada pagi itu terus terhenti serta merta. Kini, tiga pasang mata memandang ke arah Keysha yang hanya tenang.

"Apa kamu cakap tadi? Ulang sekali lagi." Tanya Tan Sri Khairil sambil meletak sudu ke tepi. Wajah satu-satunya anak perempuan mereka dipandang tepat. Terkejut dengan berita yang baru disampaikan.

"Kamu ni bermimpi ke, Sha?" Belum sempat Keysha menjawab, Puan Sri Dian pula menyoal lembut. Wajah si anak turut dipandang. Dia juga terkejut seperti suaminya.

"Tak, Sha tak mimpi dan Sha sedar apa yang dah beritahu. Sha nak kahwin." Ujar Keysha lebih yakin. Wajah ibubapanya dipandang.

Puan Sri Dian dan Tan Sri Khairil terus memandang sesama sendiri. Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba si anak perempuan tunggal mereka nak kahwin. Mengejutkan. Sedangkan sebelum ini Keysha begitu menegaskan tidak mahu berumah tangga. Tapi, apa yang telah membuatkan fikiran anak kesayangan mereka ini berubah?

"Bukan ke sebelum ni kamu cakap kamu tak nak kahwin?" Tan Sri Khairil terus memberi fokus kepada si anak. Ingin tahu sebabnya.

"Ya, memang Sha pernah cakap Sha tak nak kahwin tapi tak bererti Sha tak nak kahwin sampai bila-bila, kan?" Jawab Keysha tenang.

Sekali lagi sepasang suami isteri itu beradu pandang.

"Siapa lelaki yang bertuah tu?" Tanya Puan Sri Dian ingin tahu. Mungkin hati anaknya ini sudah terbuka untuk berumah tangga. Lega juga hatinya mendengar. Tidaklah nanti Keysha jadi andartu. Lagipun usia Keysha sudah layak benar menjadi isteri orang.

Bibir Keysha terus tersenyum sebaik saja terbayang seraut wajah kacak Izz Zarif. Arg, sudah gilakah dia asyik berbayang wajah bekas kekasihnya itu? Kalau Izz tahu, apa agaknya reaksi yang bakal lelaki itu tonjolkan. Terkejut ke? Atau menyampah?

"Izz Zarif."

"Izz Zarif? Bukan ke Izz tu ex-boyfriend akak." Danish yang sejak tadi menjadi pendengar terus menyampuk sebaik saja terdengar sebaris nama itu. Dia yakin dia tak silap.
 
Keysha mengangguk bersama senyuman yang kian lebar.

"Bekas kekasih? Kenapa kamu nak kahwin dengan bekas kekasih pula? Dah tak ada lelaki lain ke, Keysha Dayani?" Suara Tan Sri Khairil bergema kembali. Hairan bercampur terkejut. Ini pertama kali dia mendengar nama lelaki dari Keysha. Bekas kekasih pula tu, bukan kekasih!

"Keysha.. kamu ni dah hilang akal ke apa sampai nak kahwin dengan bekas kekasih? Entah nak entah tak nak si Izz yang kamu sebut tadi tu." Puan Sri Dian menyampuk.

"Akak.. Nish tahu akak masih sayangkan Izz tapi takkanlah sampai nak kahwin dengan dia? Dah gila ke apa ni? Izz tu belum tentu sayangkan akak tau." Danish berkata tegas.

Gulp!

Keysha menelan liur. Nampak jelas ahli keluarganya tak menyetujui keputusannya. Apatah lagi Danish yang bijak benar meneka isi hatinya. Tepat sekali tekaan Danish mengena. Ya, dia masih sayangkan Izz Zarif. Cinta dan sayangnya pada Izz Zarif tak pernah berubah.
 
"Salah ke?"

"Salah!" Serentak tiga suara menjawab. Tegas.

Keysha menunduk seketika. Mencari kekuatan. Lalu, kepalanya kembali diangkat.

"Tapi, Sha masih sayang dan cintakan Izz. Tak ada lelaki lain yang Sha sayang dan cinta selain Izz." Hilang rasa malu Keysha mengakui isi hatinya yang sebenar.

"Tapi, takkanlah sampai nak kahwin, Sha?" Puan Sri Dian berkata lagi. Tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anaknya itu. Apa yang pasti, dia tak bersetuju.

"Akak.. lupakan aje dia tu. Izz dah lama lupakan akak tau." Danish benar-benar tidak faham dengan fikiran serta perasaan kakaknya ini. Entah apa-apalah yang Keysha fikir sampai sanggup berkahwin dengan bekas kekasih yang belum pasti mencintai dan menyayangi kakaknya ini.

"Tapi, akak tak dapat lupakan dia, Nish. Nish pernah bercinta kan mesti Nish tahu dan faham perasaan akak. Mama dan babah juga pernah muda kan.. mesti tahu apa Sha rasa."

"Idea bodoh apa yang kamu dah buat ni, Keysha Dayani? Jangan jatuhkan maruah kamu sebagai
perempuan yang terkejar-kejar lelaki yang tak cintakan kamu. Babah tak suka!" Tan Sri Khairil terus bertegas.

Tersentap hati Keysha mendengar. Dia kembali menunduk.

"Mama takkan setuju dan izinkan kamu berkahwin dengan lelaki tu yang jelas-jelas bekas kekasih kamu." Puan Sri Dian terus memberi kata putus.

"Mama.." Keysha bersuara sayu. Airmatanya mula bertakung apabila keputusannya tak dipersetujui oleh mama.

"Nish juga takkan setuju akak kahwin dengan lelaki tu. Akak belum tentu akan bahagia jikalau cinta akak hanya bertepuk sebelah tangan. Dan Nish yakin cinta akak memang cinta bertepuk sebelah tangan. Sebab apa tau? Sebab Nish pernah nampak Izz dengan perempuan yang sama banyak kali. Siap bertepuk tampar lagi. Nampak jelas kat situ, Izz dah ada orang yang punya. Yang pasti bukan akak." Ujar Danish lalu bersandar dan berpeluk tubuh. Hilang selera makan.

Keysha terus terdiam. Airmata yang hampir tumpah terus diseka dengan hujung jari.

"Babah.. " Keysha memandang babah yang seakan sedang berfikir saja. Apa yang babah fikirkan?

Tan Sri Khairil menghela nafas berat. Mengeluh. Anak perempuan buat hal.

"Izz tu sayangkan kamu tak? Cinta?"

"Sha tak sure sebab Sha baru sekali terjumpa dia semula selepas lebih tiga tahun. Sha tak tanya dia." Jelas Keysha tanpa dipinta.

"Kalau dia juga masih sayang dan cintakan kamu, babah dengan seikhlas hati akan menikahkan kamu dengan dia. Tapi, kalau disebaliknya, babah takkan memberi restu." Ujar Tan Sri Khairil cuba berkompromi.

Air mata si anak sedikit sebanyak menyentuh hatinya. Bukan mudah untuk melihat Keysha menangis. Tapi, apabila menangis, dia tahu anaknya benar-benar berharap dalam hati. Lagi pula Keysha satu-satunya anak perempuan mereka.

"Abang!"

"Babah!"

Bibir Keysha terus tersenyum walaupun suara Danish dan mama seakan membantah. Dia tak sangka babah akan berkata begitu. Dia fikir babah akan jawab macam mama dan Danish. Tapi, sangkaannya meleset sama sekali. Babah seakan memahami.

"Sha akan try tanya dia. Sha akan jumpa dia."

Puan Sri Dian dan Danish terus menghela nafas. Berat sekali kerana Tan Sri Khairil telah memberi keizinan. Yang pasti keizinan itu telah memberi ruang dan peluang kepada Keysha untuk bertindak.

Bukannya Puan Sri Dian tak tahu, Keysha anaknya ini bijak kelentong. Dia khuatir Keysha akan bertindak dalam waktu tersepit begini. Arg, Keysha.. apa yang bakal kamu lakukan?

..
04 Julai 2019
11.15pm

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now