DPK - BAB 8

13.4K 532 11
                                    

"IZZ dah gila ke apa nak kahwin dengan perempuan yang pernah hina kau dulu?" Marah Izara.

"Gila tu memang taklah. Izz buat semua tu sebab Keysha mula tuntut janji Izz semula. Izz nak buat macam mana?" Keluh Izz perlahan. Dia tiada pilihan lain selain menceritakan perkara itu kepada kakaknya.

"Janji? Janji tu dah lapuk, Izz.. korang berdua dah lama putus. Izz dah lupa ke hinaan dia dulu pada Izz? Sekarang Izz pula nak ambil dia jadi isteri. Entah-entah lepas ni lebih teruk hinaan dia pada kau, Izz. Atau dia kembali semula sebab kau dah tak jadi polis sebaliknya dah CEO. Wah, hebat betul perempuan tu ya, licik sungguh." Ujar Izara sambil berpeluk tubuh. Panas pula dia rasa walaupun saat ini dia sedang berada dalam bilik pejabatnya sendiri yang berhawa dingin.

"Bagi kita memang janji tu dah lapuk, kak Zara.. tapi bagi Keysha tak. Keysha dah cakap dia sanggup buat apa saja asalkan Izz jadi milik dia semula. Izz tak nak pandang rendah pada kata-kata Keysha sebab Izz tahu Keysha berani tunaikan apa yang dia dah ucapkan. Keysha tak mudah mengalah, kak Zara. Izz kenal Keysha tu macam mana, dia bukan perempuan yang cepat berputus asa selagi sesuatu yang dia nak tu tak jadi milik dia." Balas Izz yakin. Dia tahu Keysha mampu bertindak lebih jauh dari ini. Keysha bukannya bergurau walaupun ketika wanita muda itu bercakap dalam nada lembut.

"Kita tengok ajelah semampu mana perempuan tu mampu buat. Izz.. dah lebih tiga tahun berlalu. Dan akak yakin Keysha tak seperti dulu. Mesti dia guna taktik lama sebab nak takutkan Izz sedangkan kata-kata dia sekadar amaran kosong. Izz.. jangan percaya cakap perempuan tu. Dia licik." Takut pula Izara yang Izz akan termakan ugutan budak mentah seperti Keysha.

"Tak, kak Zara.. akak belum jumpa lagi Keysha yang sekarang ni. Keysha yang sekarang bukan lagi Keysha yang kita kenal dulu. Keysha sekarang sangat berani dan nekad bertindak. Macam tak berakal. Keysha sekarang dah tak bermain dengan kata-kata kosong, kata-kata Keysha sekarang seringkali dia tunaikan. Setiap kata-kata Keysha ada isi bukan sekadar kosong seperti tin kosong. Di luar keras sedangkan dalam kosong, tak.. bukan macam tu. Keysha keras di luar begitu keras di dalam." Ujar Izz lagi. Dia tidak mahu Izara memandang rendah pada kata-kata Keysha padanya. Setiap kata-kata Keysha tidak boleh dibawa main.

Izara menghela nafas.

"Akak tahu.. Keysha akan beritahu parents kita yang Izz pernah ajak dia kahwin lari dulu ke Siam. Kalau perkara ni betul-betul dia sampaikan pada ibu dan ayah, akak agak apa yang akan ibu ayah akan cakap? Izz hampir malukan nama keluarga kita hanya disebabkan rasa sayang Izz pada Keysha dulu. Ingatan keysha kuat, kak Zara.. dia ingat segala benda yang pernah Izz buat dan kata dulu."

Mata Izara terus terbuntang. Terkejut dengan kata-kata yang baru Izz lontarkan.

"Izz ajak dia kahwin lari?"

"Yup, dululah. Izz akui Izz pernah nak bertindak macam tu sebab ibu ayah tak izinkan Izz kahwin ketika waktu belajar. Jadi Izz nekad nak kahwin lari dan ajak Keysha ke sempadan. Bukan sekali Izz ajak Keysha kahwin lari tapi tiga kali. Tapi, mujurlah Keysha tak setuju dengan cadangan Izz dulu." Jelas Izz.

Apabila mengenang kembali sikap akal pendeknya dulu, Izz terasa sungguh malu. Sanggup mahu belakangkan keluarga demi cinta pada Keysha. Betullah cinta itu buta hingga dia sanggup berkorban apa saja demi Keysha.

"Kenapa Izz ni tak berfikir sebelum bertindak?Sekarang ni siapa yang susah kalau perempuan tu betul-betul beritahu ibu ayah. Ibu boleh terkena serangan jantung dan ayah pula darah tinggi naik melambung. Doktor dah pernah pesan jangan bagi parents kita terkejut, takut lain pula jadinya nanti. Dan sekarang, Izz dah terperangkap dengan janji Izz dulu."

Tutur Izara mula risau. Dia menggeleng kepala. Benar kata Izz, Keysha bukan sekadar bercakap kosong. Dia sendiri dapat rasai aura keyakinan Keysha walaupun melalui penjelasan dari Izz saja.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now