DPK - BAB 28

18.2K 644 18
                                    

"ABANG."

Izz hela nafas perlahan. Sahutan Keysha tidak dia balas. Tangannya ligat melipat pakaian lalu dimasukkan ke dalam luggage. Pengerakannya serta merta terhenti apabila tangan Keysha mula menahan.

"Keysha.. boleh tak jangan ganggu saya? Saya ni dah lewat nak ke airport." Getus Izz sambil memandang wajah Keysha dengan renungan yang agak tajam.

"Sha tahu. Tapi izinkan Sha yang kemas untuk abang. Abang pergilah bersiap dulu." Ujar Keysha lembut. Dia berlabuh di sisi Izz diatas katil.
 
Izz berdecit.

"Keysha.." Izz mengeluh. Kenapalah Keysha susah sangat nak dengar cakap?

"Abang, Sha ikhlas nak tolong abang. Izinkan Sha jalankan tugas Sha sebelum abang berangkat ke Australia. Lepas ni mungkin Sha dah tak berpeluang kemas pakaian abang lagi kalau abang nak outstation, Auni akan ambil alih tugas Sha sepenuhnya." Ujar Keysha bersungguh-sungguh.

Izz hela nafas. Kenapalah Keysha ni dirasa sangat degil? Malah, hatinya sering kali mengalah jika Keysha merayu begitu?

"Sha tiada niat apa-apa. Sha ikhlas. Kan sebelum kita kahwin dulu Sha pernah cakap yang Sha nak berbakti kepada abang selagi Sha berpeluang. Izinkan Sha ya." Untuk sekian kalinya Keysha berkata.
 
Izz mengeluh lagi. Wajah Keysha yang tidak bermaya itu dia pandang untuk seketika. Kesian pula.

"Okaylah." Ujar Izz. Terpaksa dia mengalah disebabkan kedegilan sikap Keysha. Lagipun dia memang dah agak lewat.

Keysha tersenyum kecil. Dia bingkas bangun semula lalu mencapai tuala dan diberikan kepada Izz.

"Pergilah mandi."

Tanpa membuang masa Izz menyambut seraya melangkah ke arah kamar mandi. Pantas.

Keysha kembali berlabuh. Pakaian suami kembali dia keluarkan lalu dilipat semula agar lebih kemas. Selesai melipat dia menyusun dengan kemas ke dalam beg itu. Keperluan lain juga Keysha masukkan dengan kemas. Setelah memastikan semuanya sudah lengkap, dia menarik zip. Tutup.

"Dah siap." Maklum Keysha pendek sebaik saja Izz melangkah keluar dari kamar mandi.

"Cepatnya." Komen Izz lalu menyarung pakaiannya.

"Senang aje." Ujar Keysha sambil memerhati suaminya itu bersiap.

Dari pantulan cermin, Izz nampak jelas pandangan si isteri yang kelihatan leka memandangnya. Tidak berkelip. Dan senyum sendiri.

"Abang." Seru Keysha lembut.

Izz tak menyahut dan sekadar memandang.

"Sha masak. Boleh tak abang jamah sikit sebelum pergi? Sha rasa Sha dah lama tak masakkan untuk abang. Sha masak tak banyak, sikit aje. Untuk seorang makan." Pinta Keysha
sedikit perlahan dan berdebar.

Izz terus menoleh memandang Keysha secara berdepan. Jam tangan Rolex disarung ke tangan.

"Nak guna-gunakan saya?" Izz bertanya tanpa lapik.

"Astaghfirullahalazim. Demi Allah, Sha takkan buat perkara laknat tu. Abang suami Sha, takkanlah Sha nak buat benda syirik tu." Ujar Keysha sedikit tegas. Dia tidak mahu Izz terus berprasangka buruk padanya. Tipulah kalau dia kata dia tak terasa dengan tuduhan itu. Sungguh dia terasa.

Izz terus terdiam. Mungkinkah dia sudah keterlaluan?

"Sha cuma minta abang jamah masakan Sha walaupun sikit pun jadilah. Kalau abang tak nak jamah, Sha faham tapi tak usahlah tuduh Sha macam tu. Sha masih waras dan percaya kepada kuasa Allah. Sha tak seteruk tu sehingga nak guna-gunakan suami sendiri. Sha masih mampu membezakan antara dosa dan pahala." Ujar Keysha lagi. Dia kecewa.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now