DPK - BAB 22

16.5K 678 38
                                    

ASH meletak sampul di hadapan Keysha yang hanya diam sejak tadi. Sebuah helaan nafas dia hela dengan rasa yang amat berat. Dia kemudiannya mengarahkan Keysha untuk melihat monitor di hadapannya dan menjelaskan dengan lebih terperinci.

Mata Keysha hanya terpaku pada skrin itu sambil telinganya terus mendengar penerangan dari Ash. Selesai mendengar penerangan dari Ash, dia terus menghela nafas perlahan. Sudah diagak perkara seperti ini akan berlaku juga pada dirinya.

"Jadi apa keputusan awak, Keysha?" Soal Ash.

Perlahan Keysha menggeleng kepala. Dia hanya tunduk. Fikirannya sedikit kusut. Dia tak mampu buat menjawab saat ini.

Ash tersentak. Dia terus duduk tegak sambil memandang wajah pucat itu. Terkejut dengan keputusan yang cuba dibuat Keysha.

"Keysha.."

"Tahu tak.. kesan kemo tu sakit. Sakit sangat, Ash." Keysha terus mencantas bicara Ash. Matanya mula bergenang.

Ash terdiam. Dia tahu Keysha sakit tapi ini bukan Keysha yang dia kenal.

"Sebelum ni Sha tak pernah mengalah tapi, kenapa hari ni Sha nak mengalah? Come on, Sha.. ni bukan pengakhirannya." Ujar Ash. Dia akan memujuk. Dia takkan biarkan Keysha mengalah begitu saja.

"Pengakhiran atau tak, Sha tak tahu. Bukannya sebab sakit aje tapi Sha dah penat, Ash. Sha letih sangat. Sha dah tak mampu nak tanggung lagi. Makin lama rasa tu makin sakit. Sha dah tak sekuat dulu, Ash." Luah Keysha perlahan. Ini juga bukan kemahuannya.

Entah kenapa, Keysha tak mahu lagi menggunakan bahasa formal dengan Ash. Kini dia rasa seperti mahu mengguna Ash-Sha seperti saranan babah. Dia mahu hormat Ash sebagai abang. Bukan lagi orang asing seperti saya-awak yang sering dia gunakan.

"Sebab tulah Ash nak beritahu babah pasal ni. Sekurang-kurangnya babah boleh tolong. Sampai bila Sha nak rahsiakan perkara ni sedangkan keadaan Sha makin hari makin teruk. Sha tak sayang nyawa ke? Tak sayang mama babah? Abang-abang, adik? Dan husband Sha sendiri? Sha dah tak sayang kami semua lagi ke?" Soal Ash bertalu-talu. Dia tak mahu kehilangan Keysha.

Apabila mendengar bahasa ganti nama yang digunakan Keysha, Ash tahu hati Keysha sudah mula terbuka untuk menerima dia sepenuhnya sebahagian dari keluarga itu.

" Sha sayang semua orang. Tapi apa boleh Sha lakukan untuk melawan takdir DIA? Allah itu Maha Kuasa, Ash.. kita takkan mampu melawan kuasa besar DIA."

"Sekurang-kurangnya kita usaha." Pangkah Ash pantas.

"Sha dah penat berusaha. Dan sekarang Sha hanya mampu berserah. Bukan sekejap kita berusaha. Dah setahun tapi hasilnya tak ada. Mungkin dah tiba masanya untuk Sha mengalah aje. Perkara ni takkan selesai selagi Sha tak dapat penderma hati. Dan untuk mendapat organ penderma sangat-sangat susah. Bukan saja untuk Sha tapi untuk orang lain juga. Sha tak nak terus seksa diri. Biarlah apa akan terjadi lepas ni, Sha pasrah." Luah Keysha perlahan. Dia sudah mula penat berusaha. Kini dia hanya mampu berserah.

"Ni bukan Sha yang Ash kenal. Keysha Dayani seorang yang tak mudah mengalah." Ash terus menggeleng kepala.

Keysha angguk. Dia akui kata-kata Ash. Dia bukanlah seorang yang mudah mengalah sebelum mendapat hasil. Tetapi, dia bukanlah Keysha yang dulu. Keysha Dayani semakin rapuh dimakan waktu dalam masa setahun ini. Dulu dia hampir mengalah apabila mendapat pengesahan dari Ash bahawa dia mengidap penyakit kronik. Kerana pujukan Ash, dia bangkit berusaha mencari ikhtiar. Mengalah sebelum berusaha adalah satu perkara yang tidak pernah dia lakukan. Kerana itu dia berusaha hingga sekarang. Namun, saat ini dia tahu sudah tiba masanya dia pasrah. Dia sendiri dah rasa penat.

Demi Peluang Kedua (✔)Where stories live. Discover now