Bab 3

366 69 100
                                    

ARASH berjaya melepaskan diri apabila Hans melepaskan tembakan menebusi bahu kanan Malik.

Malik meraung sakit. Dia jatuh melutut ke tanah. Darah mula menitik daripada bahagian bahu kanan.

"Tak guna," seranah Malik. Luka tembakan itu ditekan kuat untuk menghentikan pendarahan.

Arash mengambil peluang untuk merampas semula pistol G18 yang berada dalam genggaman Malik. Muncung pistol itu dihala tepat ke dahi musuhnya.

"Kau jangan ingat semudah itu nak kalahkan pasukan aku!" sembur Arash dengan penuh kegeraman. Jari-jemarinya ketat memegang pistol itu supaya tidak lepas daripada genggaman. Disebalik iris matanya, ada api kemarahan yang sedang marak menyala.

Malik ketawa secara tiba-tiba bagai si fulan hilang waras. Deruan nafasnya bertukar laju. Bibirnya mengulum senyum psiko yang menampak barisan gigi putih.

"Engkau... engkau nak bunuh aku?" ketawa Malik. Rasa sakit pada bahunya terus hilang. Dia kembali bangkit, berdiri sama tinggi dengan Arash. Senyuman ngerinya masih lagi terukir.

Arash mahu menekan picu namun, jarinya kaku. Entah kenapa maklumat untuk menarik picu itu tidak sampai ke otot efektornya.

"Aku tanya kau sekali lagi, Kapten Arash. Mana kau sorok Projek 046?" Ketawa Malik mati. Anak matanya menikam tajam wajah polos Arash.

"Diamlah kau!"

Akhirnya Arash menarik picu. Akan tetapi, tiada butir peluru yang keluar. Arash menekan sekali lagi picu pistol itu namun, tiada apa yang dilepaskan ke arah Malik.

"Tak guna!" Arash mencampak pistol G18 jauh daripada mereka lantas meluru laju menerkam perut Malik jatuh ke tanah. Mereka berdua bergelut, saling berbalas tumbukan.

"Farhan! Tolong papa!" teriak Malik meminta bantuan.

Arash memberi tumbukan padu pada pipi yang sudah lebam menyebabkan kepala Malik terteleng kasar ke kiri.

Darah tersembur keluar daripada bibir yang pecah. Pandangannya mula berpinar-pinar sekejap cerah, sekejap gelap. Dadanya berasa sesak apabila salur pernafasannya disentak kuat oleh Arash.

Farhan berlari untuk menyelamatkan Malik namun, Armel terlebih dahulu menerkamnya daripada belakang dan sekali lagi mereka berdua bergelut di atas tanah.

"Sebab kau, aku hilang kawan-kawan aku!" Arash menghayunkan gumpulan tenaga dengan padu pada pipi kanan Malik. Segala sengsara yang dia pendam, akhirnya dilepaskan dengan kekerasan. Ada mutiara jernih yang hangat bertakung di tubir mata.

"Sebab kau, ejen JUSTICE yang masih hidup terpaksa dengar cakap aku yang masih mentah untuk memimpin!" Pipi kiri Malik pula ditumbuk. Akhirnya, mutiara jernih itu mengalir membasahi pipi. Hatinya menjadi sebak apabila terkenang segala kesalahan lelaki itu yang membuatkan hidup mereka sengsara kehilangan orang tersayang.

"Sebab kau, aku tepaksa tanggung rasa bersalah seumur hidup aku!" Arash menyentak kuat leher Malik. Nafas Malik tercungap-cungap mendesak oksigen masuk ke peparu namun trakeanya terasa begitu sempit. Mata Malik semakin kuyu dan tiada apa-apa yang dia dapat fokus melainkan wajah Farhan yang sedang berlari ke arahnya.

"Papa!"

"Maafkan papa, Farhan." Malik memejamkan mata. Air mata mengalir saat dia membayang wajah anaknya. Sesungguhnya dia tak sanggup meninggalkan dunia lagi. Ada hal yang masih belum langsai.

Namun, itu semua sudah tidak bermakna apa-apa lagi. Dia berharap agar Farhan akan menerusi legasinya untuk memusnahkan JUSTICE.

Dia pasti Farhan akan lebih berjaya daripada dia. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk dia hidup di alam sana.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now