Bab 4

289 63 47
                                    

Kampung Bahagia, Kedah, Malaysia.

SUDAH genap sebulan mereka semua meninggalkan negara Holmes dan menetap di bumi Malaysia. Mereka memilih untuk menetap di negara ini memandangkan negara ini agak kecil dan tidak terlalu terkenal serta jauh daripada negara Holmes. Pasti musuh tidak akan berjaya mengesan kedudukan mereka.

Sebuah rumah banglo yang jauh daripada petempatan orang awam dibeli untuk menempatkan mereka bersembilan. Rumah itulah tempat mereka tidur, berlatih dan merancang strategi.

Selama sebulan mereka hidup bersama, banyak perkara yang dipelajari oleh Rayyan, Ayra dan Zakwan tentang latar belakang hidup ejen-ejen senior mereka.

"Jadi Projek 046 ini ialah... benda ni ke?" Dahi Rayyan berkerut melihat satu kristal ungu yang diletakkan di hadapan mereka bertiga. Saiz kristal ungu itu hanyalah sebesar botol air Tupperware 500 mililiter.

Arash mengangguk perlahan. Lengan kanannya yang masih berbalut itu diurut perlahan bagi menghilangkan rasa kebas.

"Apa bendanya kristal ungu ni?" soal Ayra ingin tahu. Dia agak kagum dengan kecantikan kristal ungu itu lebih-lebih lagi ketika cahaya lampu di atas meja itu terbias dengan kristal tersebut. Apabila ia terbias, ada pembentukan imej yang berwarna-warni yang menakjubkan terhasil di tapak kristal tersebut.

"Nama kristal ni adalah Teranium. Kristal ini tidak wujud di mana-mana negara melainkan negara Holmes. Pada tahun 1995, seorang ahli geologi telah menemui sebuah pulau asing semasa menaiki kapal untuk pulang ke Asia daripada England setelah selesai melaksanakan tugas mereka.

Kebetulan, dia dan sembilan orang lagi krew kapal yang lain adalah ahli geologi juga. Disebabkan semangat adventure mereka yang kuat, mereka menerokai pulau tersebut dan menemui satu kristal ungu yang berada di hadapan kita sekarang.

Mereka tidak meninggalkan pulau mahupun melaporkan berita itu kepada pihak atasan. Sebaliknya, mereka mengkaji kristal itu. Setelah seminggu lamanya, akhirnya mereka temui satu tenaga asing di dalam kristal tersebut." Arash berhenti bercerita. Tiba-tiba dia terasa susah pula untuk bernafas. Badannya terasa lenguh apabila duduk di kerusi untuk jangka masa yang lama.

"Itulah... Armel suruh abang rehat tapi abang tak nak. Abang sudahlah belum sihat lagi." Armel menggeleng kepala sambil menggosok bahagian belakang abangnya itu. Harap-harap dapat redalah rasa lenguh dan sakit Arash.

"Tenaga apa yang ada dalam kristal tu?" soal Zakwan teruja. Cerita Arash sebentar tadi yang tergantung membuatkan perasaan ingin tahunya semakin berkobar-kobar.

Melihat Arash seperti tidak mampu meneruskan ceritanya, Haura menyambung, "Kristal itu mempunyai satu tenaga iaitu technopath. Bahasa mudahnya keupayaan untuk mencanggihkan teknologi yang ada di bumi lebih-lebih lagi teknologi untuk berperang.

Sembilan orang ahli geologi itu bersepakat untuk tidak mendedahkan tentang kewujudan Teranium kepada dunia kerana bimbang akan menyebabkan perebutan dan peperangan memandangkan hanya satu kristal Teranium sahaja yang wujud di dunia ni.

Jadi, pulau itu telah dijadikan sebagai satu negara rahsia untuk melindungi Teranium daripada orang luar. Kuasa Teranium ini boleh dibuktikan dengan hemisfera sheild besar yang diaktifkan menutupi seluruh pulau Holmes. Fungsi hemisfera sheild tersebut adalah untuk menghaibkan pulau itu daripada dikesan oleh orang luar," terang Haura panjang lebar. Sempat badannya disandarkan pada kerusi untuk merehatkan tulang belakang.

"Jadi, cuma ada satu sahaja Teranium di dunia ini?" tanya Ayra inginkan kepastian.

Haura mengangguk sembari mengesahkan jawapan untuk soalan Ayra.

JUSTICE : Projek 046 Where stories live. Discover now